Saat sore jumaat, tiba-tiba awan mendung menemani saya dan jamaah
menuju Masjidil Haram. Sudah lama tidak merasai hujan di bumi Mekah. Sebaik-baik memasuki Pintu Satu Masjid untuk menuju terus ke
Dataran Kaabah, hujan turun dengan lebat. Hasrat untuk solat depan Kaabah
terpaksa ditangguh.
Sementara menanti panggilan solat berjamaah, saya cuba menilai erti
sukses hidup….Adakah saya dan hamba ALLAH lain hadir ke Tanah suci untuk
menempah nama sukses hidup atau sekadar melengkapkan senarai destinasi
percutian dan pusat istirehat?
Ternyata, Ada ketikanya kita perlu “selfish” untuk diri kita iaitu perlu meninggalkan sementara urusan hidup, ahli keluarga dan pekerjaan. Kita perlu “selfish” untuk diri sendiri. Di dalam entri sebulan yang lalu, salah satu
tip yang saya kongsi untuk kita melonjakkan level of happiness ialah dengan:
Fourth, we need to spare time for ourselves. Isolate physical and mind from any
disturbances. Concentrate our mind and
recite zikir, name of ALLAH or read few verses of Qur’an. We need this quality time for our
personal development.
Cuaca penghujung musim sejuk kian menghangatkan
badan. Ianya menghangatkan suntikan untuk saya semak hati dan kemajuan diri.
Hati adalah sesuatu yang amat sukar untuk diurus.
Bulan lepas, saya sempat mengucapkan selamat jalan kepada Kiyai
Aa Gym dan rombongan untuk berangkat menunaikan Umrah. Alhamdulilah, dapat juga
berjumpa dan mendengar kuliah beliau walaupun hanya seketika. Perancangan
asalnya berbeda kerana itu adalah
ketentuan ALLAH. Saya perhatikan, Hati dan jiwa mereka kelihatan sangat segar.
Ketika berdoa (malam jumaat) Aa
kelihatan teresak-esak kerana menyedari bahawa
manusia sangat mendambakan Tuhan. Hati saya yang keras ini juga
tersentuh. Yang pasti, Mini Madinah kelihatan hidup di sini.
Saya meneliti kembali diri di Masjidil Haram. Saya hanya mempunyai
lebih kurang 7 bulan lagi di sebuah university kerana pinjaman saya akan
berakhir 30 Sept 2013. Dengan lain madah, saya bisa kembali ke dunia korporat
yang sangat rutin, dan ada kalanya ALLAH bukanlah priority dalam senarai KPI.
Dunia korporat adalah dunia yang sangat glamour dan kita masing-masing mengejar
sesuatu yang semua orang akan turut kejar dalam konteks “scarce resources”. Dunia yang turut menjanjikan pelbagai fitnah
dan hasad dengki. Dunia yang banyak polisi, prosedur dan kertas yang perlu
diisi. Dunia di mana manusia memfokuskan material, pangkat, kemewahan hidup,
kemegahan dan ego serta kurang memberi perhatian ke atas pembinaan hati, diri
dan kasih sayang. Dilema yang kita semua hadapi dan tempohi. Kecuali kepada
organisasi yang mahu meletakkan Islam dan akhlaq sebagai panduan manual kerja
atau dikelilingi oleh insan-insan yang hatinya hidup kerana ALLAH.
Sungguh sukar meneliti diri biarpun berada di Tanah Suci. Di depan
Kaabah, manusia menangis, menitis air mata rindu dan insaf. Perasaan ini tidak
dapat dibendung kerana manusia dan kita semua sangat-sangat mengharapkan rahmat
ALLAH. Kita mungkin menjadi pujaan dan idola manusia, tetapi jika ALLAH murka,
tiada erti penghargaan ini. Terkial-kial kita mencari erti hidup, erti sukses
dan erti bahagia namun berpanjangan kita kurang pasti erti hidup, erti sukses
dan erti bahagia.
ALhamdulilah, terima kasih ALLAH kerana menjemput aku dan rakan-rakan KHM berjiran sebentar
dengan RasulMU dan menjemput kami menjadi Tetamu MU.
1 comment:
Assalamualaikum Dr...
Hati akak tersentuh! tak sabar menunggu hari untuk ke Tanah Suci...
Post a Comment