Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, December 4, 2016

Islamic Leadership: Surah Mulk (The Kingdom)

Alhamdulilah Public Program Islamic Leadership telah berjalan dengan lancar dari  29-30 November 2016. Seramai 21 orang telah menghadiri program ini. Kebanyakkan peserta adalah pegawai kanan, Pengarah, CEO, doktor dan wakil Majlis Agama Islam Negeri.

Satu perkara yang ditekankan di dalam program leadership development ini adalah Pemerintahan dan Kuasa hanya milik ALLAH. Kuasa dan jawatan adalah amanah yang berat untuk dipikul, bakal ditanya dengan teliti oleh ALLAH.  Lebih lebih lagi jika kita selalu menganiaya orang, menafikan hak orang baik baik, sombong dengan kuasa yang ada serta menyekat perkembangan dakwah dan pembangunan negara /masyarakat.

Peserta didedahkan dengan Islamic Leadership model dan beberapa kajian kes dibuat secara bersama agar manfaat kursus dapat dirasai bersama.

InsyaALLAh atas permintaan ramai, Public Program Islamic Leadership 2017 akan dijalankan pada bulan Jan atau Feb 2017.

Whatsapp: 011- 2150 0283



Tuesday, November 15, 2016

Islamic Leadership: Public Program



Assalamualaikum,

MasyaALLAH & TabarakAllah  dengan izin ALLAH, public program di atas akan dibuat sekali lagi  tahun 2016  atas permintaan.  Program Dua hari.

Berminat untuk hadir?  Sila whatsapp saya 011-2150 0283  atau hubungi terus  Program Organizer di talian 03-5122 3682  .  Quote nama saya untuk dapatkan  rebat/diskaun RM50.

Barakallahu feekum.

Saturday, October 8, 2016

Umrah: Bantu Siapa Yang Perlu



MAsyaALLAH Tabarakallah, usia yang dipinjam perlu dimanfaatkan.

InsyaALLAH saya dan isteri  akan terus istiqamah  untuk meneruskan  program hujung minggu dengan  berkongsi  sedikit ilmu dan pengalaman  agar  masyarakat  sama sama bersedia mengajak insan berubah.

Hidup Perlu Banyak Berkongsi,
Bukan Sombong dalam kegelapan.

Tuesday, October 4, 2016

HARGAI DIRI DENGAN MEMBACA AL QUR'AN

 Hargailah diri dengan  membaca Qur’an  biarpun Cuma 
sepotong ayat sehari.   




Kita adalah hamba ALLAH yang lemah.  Jika kita tidak mampu menghargai diri sendiri, siapa  pula yang peduli pasal diri kita.  AL_Qur’an  akan menghargai kita  di hari mahsyar, memberi kita sakinah ketenangan, hati kita bisa hidup, dinaikkan darjat  dan gandaan kebajikan.


1.    Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya:  ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”(HR Muslim)

Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya:  ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).” (Riwayat Muslim)
  
2.   Menjemput ketenangan
Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya: 
“Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu.  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu.”  

3.  Hati pembaca AL-Quran akan hidup
Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”  (HR at-Tarmidzi)

 4.  Mendapat  Kebaikan jika al-Quran dibaca secara tartil
Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:
“Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”  (HR at-Tarmidzi)

5.  Ganjaran-  Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan. 
Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.  Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.”      (HR at-Tarmidzi)


Moga ALLAH mengampuni dosa kita dan melapangkan hati dan rezeki kita, InsyaALLAH.



Thursday, June 30, 2016

Inspirasi Hidup: Indahnya Khatam Al-Qur'an



MasyaALLAH & TabarakALLAH,  ALLAH terus memberi  kita peluang untuk menagih rahmat, maghfirah dan doa harapan agar diri kita, ahli keluarga dan semua muslimin muslimat mendapat pembebasan dari api neraka. 

Alhamdulilah, malam semalam dapat meluangkan masa untuk menyertai majlis Khatam Al-Qur’an Program Cetusan Ukhuwah Ramadan. Ianya adalah majlis tradisi dan budaya muslim yang perlu di pupuk. Anak anak muda perlu tahu, ini adalah majlis istimewa apatah lagi jika dibuat di dalam bulan Ramadan. 

Bagi memimpin masyarakat, kita perlu ada matlamat dan program khas menjayakannya. Kita telah Berjaya dengan Program Cetusan Ukhuwah Ramadan (CUR)  dengan melaksanakan aktiviti Iftar Perdana, memberi  kurma/tamar dari rumah ke rumah, baca Yasin dan tahlil di Base, tazkirah berwhatsapp, tarawikh, tilawah & tadarus bersama dan berdoa bersama-sama.  Ianya adalah kenangan sangat manis bila semua penduduk sama-sama turun menyertai Program CUR ini.

Letih dan penat bukan ukurannya, kerana hasilnya
bukan untuk manusia ukur. 
Hasilnya di dalam pengetahuan ALLAH dan para malaikatNYA. 


Khatam Al-Qur’an adalah program tradisi  keilmuwan dan amalan masyarakat Islam terdahulu. Kita mewarisi program ini dengan adab yang telah digariskan oleh Rasululah s.a.w dan para ulama’.  Ilmu dan amalan ini yang kita semua khususnya anak anak muda perlu tahu dan praktiskan.

Kita digalakkan untuk menghadiri majlis Khatam Al- Quran walaupun kita tidak tahu membaca AL-Qur’an, atau sedang bertatih belajar membaca, atau bukan kita yang khatam hatta wanita yang uzur syarie juga diminta hadir ke majlis yang hebat ini. 


Mengapa kita semua perlu hadir  Majlis Khatam AL-Qur’an.........?

1. Majlis ini turut  dihadiri oleh para malaikat dan di dalam satu hadis disebutkan seramai 60,000 malaikat hadir dalam majlis ini. 

2. Doa dalam majlis ini akan dikabulkan oleh ALLAH. Malaikat akan turut berdoa untuk kita.

3. Rahmat ALLAH turun untuk kita

4. Meraih degree Taqwa kerana berusaha menghidupkan satu amalan mulia.


Bayangkan, program kita jam 10.30 malam tadi dihadiri oleh 60,000 malaikat yang mendoakan kesejahteraan dan kedamaian hidup kita di PPTNI ini. Dengan bayu lembut nyaman sejuk dan selesa, bacaan ayat-ayat ALLAH berkumandang bagi kita mencari cinta ALLAH dan kedamaian hidup. 


Kita juga sama-sama berdoa antaranya mengharapkan AL Quran menjadi sahabat kita di dunia sebagai pelita hidup,  AL Quran akan menemani dan menerangi kita di alam kubur, AL Quran juga akan menjadi pembela dan saksi di hari mahsyar  dan AL Quran juga menjadi asas tindakan kita di dunia. Mereka yang berpeagang kepada AL Quran, akan dipelihara oleh ALLAh dari fitnah dunia.  Imam juga berdoa yang sangat relevan dengan kehidupan dunia yang kita semua sesak melaluinya antaranya doa supaya ALLAH membebaskan kita dari beban hutang, kehidupan yang damai, mempunyai jiran dan masyarakat yang baik dan Negara yang mengutamakan kebajikan masyarakat.


Rahmat ALLAh juga turun di malam itu, 
dimana rahmat ini akan menceriakan kita semua diPPTNI.  
Rahmat yang manusia tidak mampu ukur
 tetapi dapat dirasai hasil dari khatam AL-Qur’an.


Program CUR (Cetusan Ukhuwah Ramadan) di susun untuk kita semua enjoy Stress-Free-Life Hidup tanpa tekanan.  Setiap kita mempunyai kelebihan, maka kita gabungkan kelebihan ini untuk mencari ruang sinergi dan kerjasama.  Ada antara kita diberikan ALLAH lebihan wang, ada yang mempunyai ilmu, ada yang berakhlaq first class, ada yang sangat rajin membantu, ada juga kepelbagaian kepakaran dan skil.  Bila ini semua disatukan,  maka dengan sendirinya kita sudah menjadi Sahabat Al-Quran. 

Kita adalah berbeza. Mungkin kita merendah diri kerana tiada ilmu, tiada wang, tiada skil mahupun tiada apa-apa.  Hakikatnya kita semua memang tidak ada apa-apa kecuali akal dan Al-Qur’an.

Dengan akal dan berpandukan AL-Quran, kita (MT)  fikir dan susun program supaya mereka yang tidak ada apa-apa bakal mengambil manfaat dari jiran jiran yang ada sedikit kelebihan. Kita manfaatkan kelebihan untuk memahami bahawa dunia ini adalah tempat indah untuk kita lalui. Jangan sempitkan hidup dengan perkara yang tidak perlu. 


Akhir bicara, kepada semua warga PPTNI, jadikanlah program sebegini sebagai Program Tahunan kita. Kita hidupkan tradisi ini dan berkongsi ilmu. Kita ajak jiran dan anak-anak kita memahami kepentingan majlis khatam Al-Quran. 


Tidak mengapa Kita merangkak membaca Al Quran
supaya kita mampu berjalan pantas 
di titian sirat nanti.....


Ramadan Cuma tinggal  5 hari lagi. Bila ia pergi, belum tentu kita berusia untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan.  ALLAH dan Rasululah s.a.w mahu kita  menghidupkan malam dan siang kita sebagai hamba.  

Maka berdoa dan mintalah kepada ALLAH. 

Walaupun sudah khatam, InsyaALLAh kita akan teruskan membaca Al Quran dan menghayati warkah Cinta dari langit ini.


ALLAHU AKBAR, Lailahaillahu Allahu Akbar walilahilhamd.



Dr Ridzwan Bakar
Villa Raudah, PPTNi Senawang
25 Ramadan/30 Jun 2016


Friday, June 24, 2016

Inspirasi Hidup: Stesen Kehidupan #1





Ramadan terus melangkah meninggalkan kita. Sudah 20 hari Ramadan berlalu, apakah kita mendapat kemanisan Ramadan dan KPI Ramadan tercapai...atau kita masih seperti tahun tahun lalu...?

Ya, Kita bakal menangis bila Ramadan berlalu meninggalkan kita, tetapi kita tetap orang yang sama.

Allah memberi kita 5 Stesen Kehidupan sebagai asas untuk Berjaya. 

Allah memberi kita syahadah untuk kita mengambil stesen pertama, istirehat untuk renovate dan refresh aqidah. Aqidah ini sangat penting kerana ianya melibatkan kesungguhan iman. ALLAH ada di mana-mana. Bila lesu, segera ingat ALLAH, bersyahadah, berzikir dan beristighfar.  Kita hamba tidak boleh berlagak pandai walaupun kita mungkin dalam kategori bijak pandai. Ramai orang bijak pandai, menggunakan kepandaian untuk menipu, menganiaya orang dan korup. Ada juga yang ego tinggi dan suka cari salah orang kerana mereka fikir mereka pandai.  Mereka ini  pandai tapi muflis aqidah dan iman. 

ALLAH beri kita stesen kedua, solat- untuk kita istirehat refresh perjuangan hidup bahawa setiap detik waktu samada  pahit mahupun manis ada di dalam pengetahuan ALLAH. Take Break dengan solat menghampirkan diri dengan ALLAH, Pencipta kita

Di stesen ketiga, ALLAH sediakan tempat yang agak lama sikit, satu bulan Ramadan. Bulan inilah ALLAH beri kita cukup masa untuk refresh dan kembali ke fitrah.  Contohnya, ramai yang saya jumpa sangat kuat dan taat akan puasanya, tetapi ada juga yang tidak solat atau tidak konsisten solat.  

ALLAH masih sayang kepada kita. DIA  beri kita sebulan untuk refresh dan muhasabah diri. 
ALLAH bagi kita tempoh secukupnya untuk refresh dan kembali menghenyakkan nafsu yang sangat kuat menghalang hasrat bersolat. 

Mengapa tidak solat....?  Saya tidak tahu solat...?

Jika tidak tahu atau tidak faham, ajak ajaklah berbincang. Jika malu, tanyalah orang yang hampir dengan kita. Belajar-belajar solat. 

Rugi meninggalkan solat. ALLAH rindu akan doa kita di stesen ini. ALLAH nak kita minta sendiri. Bila lagi hendak hampir dengan Sang Pencipta jika kita tidak solat?   Bila lagi hendak minta kepada ALLAH jika kita lalai tentang solat.

Muhasabah sahaja tidak cukup. Perlu ada ACTION!

Bersambung Stesen Kehidupan #2....



Wednesday, June 15, 2016

RAMADAN YANG BERLALU

             Nota: Jika blog ini tidak update, sila ziarah facebook/drridzwan


Tulisan di bawah saya petik dari tazkirah ramadan dalam blog ini yang telah saya tulis pada tahun terdahulu. Saya membuat beberapa tambahan dari teks asal bersesuaian dengan perubahan semasa.

Alhamdulilah, ALLAH telah mengizinkan kita untuk terus menikmati kehebatan Ramadan. Ianya lebih dirasai oleh insan-insan yang benar-benar mencari kasih sayang ALLAH. Mereka terus istiqamah dengan tarawikh dan qiam.


Bagaimana prestasi Ramadan selepas 11 hari kita melaluinya?
Fasa Pertama Ramadan sudahpun berlalu. Sudahkah kita buat yang terbaik di Fasa Pertama?
Jika anda menjawab bahawa anda tidak berpuashati dengan prestasi Ramadan, anda sebenarnya bukan keseorangan. Rata-rata, ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan prestasi akibat kesibukan tugas dan usaha melawan nafsu. Ianya adalah satu penilaian yang jujur namun tidak cukup jika tiada pelan tindakan mencari kehebatan Ramadan yang hanya tinggal dua-pertiga lagi .
Dalam satu kajian di USA, didapati bahawa hanya 11% umat Islam sahaja yang berpuashati dengan prestasi Ramadan. Maknanya majoriti umat Islam (89%) tidak puashati dengan prestasi Ramadan. Mungkin kita termasuk sekali dalam bot ini...
Di Fasa kedua pula, ALLAH memberi ruang maghfirah kepada hambaNYA.
Namun kini, sudah ramai mula kecundang. Sebagaimana trend terdahulu, Fasa kedua Ramadan iaitu mendamba maghfirah ALLAH tidak diberi perhatian. Saf-saf tarawikh mula susut. Letupan mercun sudah mula kedengaran ketika sebahagian hamba-hamba ALLAH sedang sujud menunaikan Tarawikh. Kehadiran bazaar Ramadan pula sentiasa konsisten, tidak pula kelihatan susutnya. Kaum ibu pula mungkin mula sibuk mengajak suami shopping raya, membuat kueh raya dan pelbagai keperluan raya. Ianya adalah satu keperluan untuk menyambut lebaran. Lebih teruk, kita mungkin sedang menghitung dan menghimpun hutang kerana persediaan lebaran.
Tahun lalu, saya menunaikan tarawikh di beberapa masjid dan surau. Ingin mengkaji  'tabiat pengurusan masjid' yang dipraktiskan oleh masjid-masjid di Tanahair. Bukan untuk menghentam masjid tetapi ingin membantu Majlis Agama Islam dan pengurusan masjid supaya Ramadan dihidupkan dengan Qiyam Ramadan. Tugas kita menegur, enggan bertindak tidak mengapa...
 Perkataan yang saya selalu gunakan 
"If we don't take action, we are no more relevant....."
Saya perhatikan bahawa trend menyusut tarawikh ini dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk juga cara pihak masjid dan surau meraikan jamaah. Bila jamaah tidak dapat apa yang mereka hajatkan, mereka akan beralih angin dan mungkin ada juga yang solat dirumah. Contohnya, tazkirah Ramadan di buat selepas tarawikh 4 rakaat dan habis tazkirah jam 10.20 malam. Keseluruhan solat tarawikh 8 rakaat berakhir jam 11 malam. Pendekatan sebegini tidak bijak. Ianya tidak menjinakkan hati anak-anak muda untuk berdamping dengan masjid. Tazkirah Ramadan tidak perlu hingga satu jam, cukup sekadar 15 minit (sebab itu disebut tazkirah bukan ceramah). Ada juga penceramah yang menjerit-jerit ketika memberi tazkirah. Tazkirah dengan nada menjerit-jerit tidak akan melembutkan hati manusia khususnya untuk menarik anak-anak muda.

 Di Indonesia, lebih dikenali sebagai KULTUM- Kuliah Tujuh Minit tapi padat dan tepat!
Berbalik kepada diri kita. Kita manusia yang lemah. Tuntutan Ramadan mungkin ada juga yang tidak dapat kita sempurnakan. Inilah dia, hidup dan diri kita. Kita tidak mampu istiqamah dengan usaha mencari ilmu dan tarbiah Ramadan.
Bagaimana kita mampu membebaskan Al-Aqsa jika kita berterusan saban tahun begini?
Blog ini menasihati diri penulis sendiri untuk segera memperkukuhkan hubungan dengan ALLAH dan memohon keampunanNYA atas setiap butir kesilapan hidup kerana sasaran kita adalah memasuki SYURGANYA yang luas itu. Firman ALLAH
“Bersegeralah kamu mencari keampunan ALLAH dan SYURGANYA yang luas antara langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.”
Ali-Imran : 133
Moga ALLAH menerima proses Fasa kedua ini bagi bekalan kita seterusnya untuk melalui fasa ketiga Ramadan. Tips berikut boleh membantu kita semua:-
1. Rasululah s.a.w. berpesan supaya kita mengambil wuduk sebaik mungkin dan menunaikan solat taubat 2 rakaat. Kemudian muhasabah diri mengenangkan dosa dan kesilapan terdahulu.
2. Menghadiri majlis ilmu di surau/masjid
3. Teruskan baca AL-Quran
4. Menghadiri program Qiyamulail di Masjid-masjid.
Kita perlu sama-sama berusaha mencari maghfirah ALLAH kerana ianya tidak datang dengan percuma. Hendak BERJAYA perlu BERUSAHA.
Kepada bakal jamaah Haji, inilah waktu sesuai untuk muhasabah diri dan mencari keampunan ALLAH. Perlu berdoa moga ALLAH memberi rahmat, haji yang berkualiti- haji mabrur dan menerima ilmu yang terbaik di Tanah Suci nanti.
Wallah'alam.

Wednesday, May 4, 2016

MAKLUMAN DANA TAJAAN IFTAR RAMADAN 1437H 2016



TARIKH TUTUP:  22  SYAABAN 1437H = 29 MEI 2016



Alhamdulilah dengan sokongan dari tuan/puan, sukacita KHM melancarkan dana Program Iftar Ramadan  1437H/2016. Untuk makluman, ini adalah tahun ke LIMA (5) program Iftar dianjurkan oleh KHM. 

Menilai kembali kejayaan program pada Ramadhan tahun 2015 dan empat tahun terdahulu, agihan makanan telah dibuat di Mekah, Madinah, Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Kemboja.  Jamaah Umrah KHM telah dapat merasai sendiri suasana dan cabaran agihan makanan di bawah program Iftar on the street ini. Mereka dapat melihat sendiri bagaimana pek makanan menjadi rebutan golongan dhuafa di kota Mekah. KHM juga turut menghantar wakil ke Indonesia untuk membuat agihan dan melihat sendiri bagaimana suasana damai berbuka puasa dengan makanan simple seperti kurma, tempe,  ubi kayu dan air putih. Wakil KHM turut menyampaikan KULTUM/Tausiyah dan mengimamkan solat  di beberapa masjid di Indonesia. Sementara rakan-rakan di Bangladesh dan Kemboja turut saya membantu dengan sokongan ulama dan Maulana Ahlul Sunnah di sana.  Suasana lebih terharu dan dirasai khusunya di Bangladesh dan Indonesia bilamana anak-anak yatim ini sangat dahagakan sokongan dan kasih sayang. Sementara di Malaysia pula, agihan diberikan ke empat pusat anak yatim/tahfiz  di mana wakil KHM turut serta berbuka puasa dengan mereka. 

Untuk foto, rujukan dan kejayaan program tahun lepas, sila rujuk posting dalam blog http://ridzwan-bakar.blogspot.com,  facebook/kelabhajimuda dan facebook/ drridzwan sepanjang bulan Ramadan 2015, 2014 dan 2013. 

Nikmat yang paling berharga ialah apabila kita dapat memberi sedikit rezeki dan melihat mereka sangat menghargai apa yang kita beri.

Kejayaan  program Iftar  pada tahun-tahun lepas telah menjadi titik tolak kepada usaha kita sama-sama untuk mengumpul dana bagi menaja masyarakat muslim khususnya golongan dhuafa fakir miskin berbuka puasa. Sesungguhnya, tidak rugi kita berkongsi sedikit rezeki kita untuk kerja kebaikan khususnya di bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak nanti. Dan ALLAH menjanjikan rezeki kita tidak berhenti apabila kita terus memberi.

 InsyaALLAH, KHM telah merancang program berikut untuk tahun 2016:-

PROGRAM:   IFTAR RAMADAN
(TAJAAN BERBUKA PUASA GOLONGAN DHUA’FA/FAKIR/MISKIN/ANAK YATIM)

A) LOKASI

  • Mekah Al-Mukarramah/Madinah .
  • Indonesia (Dengan kerjasama Tahfiz MisfatulKhoir, Masjid Fatimah, Masjid Abu Bakr As Siddiq dan Sahabat  KHM Indonesia)
  • Malaysia:   Pusat Anak Yatim/Tahfiz
  • Bangladesh- akan dimaklumkan oleh sahabat-sahabat di Bangladesh
  • Kemboja- Teman Shabab



B) JUMLAH DANA DIPERLUKAN = RM36,000

TARIKH TUTUP:  22  SYAABAN/ 29 MEI 2016

D) SASARAN:
Golongan anak yatim, dhuaafa dan fakir/miskin


E) BAGAIMANA DANA INI DIURUSKAN?

Diuruskan secara professional, amanah dan telus menggunakan  Akaun Khas yang akan diaudit . Semua kemasukkan dana ke akaun ini dari  1 -29 Mei 2016  akan dianggap untuk  sokongan program ini (Nota: Atau sehingga dimaklumkan).   Jumlah kutipan dana ini akan dimaklumkan  dalam blog dan FB. 

F) BAGAIMANA AGIHAN DIBUAT?

Dana akan dihantar/diagihkan  terus ke Mekah/Madinah, Indonesia, Malaysia, Bangladesh   selepas diluluskan oleh EXCO KHM pada  1  Jun 2016/ 25  Syaaban 1437H.

Malaysia: Diuruskan oleh Exco dan ahli KHM Malaysia

Mekah/Madinah:- Agihan dan urusan logistik  diuruskan oleh  Ahli Bersekutu KHM (affiliate member).

Indonesia:-   Agihan dan pengurusan di buat oleh  Sahabat Komunitas Haji Muda, Panitia Masjid dan Pasentren KHM Bandung Indonesia.  

Bangladesh: Agihan dan urusan logistik  diuruskan oleh  sahabat KHM Dakka


G) Sumbangan ke Dana Iftar, sila gunakan akaun berikut:-
Nama Akaun:  Kelab Haji Muda
Bank:   Bank Islam
No Akaun:   1418001-0013411


Moga ALLAH mengurniakan rahmat dan rezeki untuk kita terus beramal dengan wadah KHM Dana Annuiti Akhirat.  Terima kasih. Amin!

Untuk maklumat lanjut program ini, tuan/puan boleh hubungi terus:-
Dr Ridzwan Bakar  drridzwanbakar@gmail.com  Mobile: 019-262.8585  Whatsup: 011-2150 0283
Haji Razali Tumirin  Mobile/whatsapp: 012-6079097

TAJAAN UMRAH 2016: JAMAAH KINI BERADA DI MEKAH

Maklumat Terkini sila ziarah facebook/drridzwan  facebook/kelabhajimuda

Alhamdulilah, Pak Tam (Abdul Rashid) dari Sungai Besi telah dipilih sebagai insan pertama menerima tajaan Umrah KHM 2016. Program ini dikhususkan kepada tajaan warga emas yang belum pernah ke Tanah Suci dan aktif dalam aktiviti masjid/surau dan kemasyarakatan.

Pak Tam kini sudah tiba di Mekah dan akan pulang ke Malaysia pada 9 Mei 2016.