Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, November 15, 2017

UMRAH JALAN MEMAHAMI REZEKI



“Menjadi Tetamu Allah, doanya dikabulkan, dosanya diampuni.”  (HR Ibnu Majah)

Kelmarin saya singgah solat Maghrib di Blue Mosque Shah Alam. Selepas solat  sunat, mata saya liar mencari seseorang. Kelibat insan ini tidak kelihatan.  Biasanya beliau berada di saf no 1. Tapi kali ini tidak muncul. Mungkin dia kurang sihat, bisik hati. 

Ketika melangkah untuk meninggalkan ruang utama solat, terlihat  kelibatan orang tua ini sedang sujud. Usianya lebih dari 80 tahun tetapi masih istiqamah solat berjamaah di Masjid. Saya tunggu orang tua ini. Selepas beliau memberi salam, saya terus menghampiri beliau, menangkap tangan kanan beliau dan menciumnya. Sudah menjadi kebiasaan bilamana bertemu orang tua ilmuwan ini, saya akan terus mendakap dan cium tangan beliau. 

“Dr Ridzwan, I am proud of you. Continue your vision despite many obstacles. Just do what you believe, Allah will guarantee your rezeki”  Nada Professor ini sentiasa konsisten di saat saya menganggukkan kepala membenam semangat.

Ya... menjadi Tetamu ALLAH  dijanjikan rezeki, yakni doa di kabulkan  dan rezeki dosa diampuni.

Apa lagi yang kita hendak? 


Ramai orang yang sudah bersara dengan pencen bulanan lebih RM3,000 sebulan atau  pencen dengan nilai KWSP RM1 juta masih mahu menimbun harta dan kekayaan.  Masjid masjid walaupun majority warga emas, bilangan orang pencen yang datang ke masjid masih jauh untuk dibanggakan.  Isu tekanan hidup dan  mencari rezeki dijadikan alasan melalaikan hati untuk ke masjid. Sedangkan  pencen bulanan atau wang KWSP jauh mencukupi untuk  hidup sederhana alam pencen. 

Hakikatnya, Rezeki dijanjikan ALLAH, tetapi kita masih menekan diri sendiri untuk kerja kuat mencari wang. Kemudian kita mengeluh wang tidak cukup, kerajaan korup dan terlalu mencari salah orang lain.

Umrah menbuka peluang dan keistimewaan untuk diri kita dekat kepada ALLAH. Bila kita terpilih untuk menjadi Tetamu ALLAH, sujud syukurlah kerana itu sebahagian dari rezeki.  

Ada insan yang punya wang, tetapi tidak punya masa
Ada manusia yang punya harta, tetapi tidak punya kuasa dan daya
Ada insan berjawatan besar, namun hati kecil untuk menjadi tetamu ALLAH

Pelbagai alasan untuk golongan ini menutup pintu rezeki sendiri. Lebih percaya kepandaian dan takut rugi bisnes dan jawatan dari rugi mengaut rezeki.

Umrah menjemput kuasa yang luar biasa. Kita menadah tangan sekuat hati tidak malu meminta kekayaan, tetapi di dalam diam DOSA kita diampunkan. 
Kita merancang kekayaan dan keberhasilan tetapi  Allah memberi Al-Falah yang tiada tandingan
Kita mengeluh akibat kesusahan tetapi ALLAH menyuluh sinar ketenangan 

Umrah adalah proses mendamaikan hati, renjisan kedamaian.  Bila doa lambat diperkenan, ia mendidik kesabaran.

“Wahai hambaKU
Engkau punya keinginan dan Aku punya kehendak
Dan tidak akan berlaku melainkan atas kehendakKu
Jika engkau menyerahkan keinginanmu kepada kehendakKu,
Maka Aku akan penuhi semua keinginanmu...

Namun jika engkau mengikuti keinginanmu
Maka Aku akan menjadikanmu penat lelah dengan apa yang engkau inginkan”

(HR Ath-Tabrani)

Jangan ikut kehendak hati dan nafsu buas, kerana kita akan penat mencari rezeki.

Monday, November 13, 2017

RINDU DALAM KESULITAN



Malam kelmarin, saya mencapai buku Rindu Baitullah. Buku yang telah berusia 5 tahun.  Saya selak satu persatu helaian naskah, ianya lahir dari hati dan pengalaman.

Di dalam Khutbah Jumaat  3 Nov 2017 yang telah saya sampaikan di sebuah Masjid di Kota Bandung saya telah berkongsi  kepentingan ukhuwah, menjaga hati dan membelai hati.  Hati sangat penting untuk dijaga dan dihargai.  Perlu memasuki zon  kebahagiaan hati. Satu zon penting kebahagiaan hati ialah dengan bermusafir ke Tanah Suci, melakukan ibadah haji atau umrah.
Ibadah Haji dan Umrah kelihatan sulit dan payah.  Terlalu banyak prosedur  dan kos yang sentiasa meningkat.  Melancong ke London atau Beijing pun tidaklah sesulit  ke Tanah Suci. Namun, Dalam kesulitan dan kepayahan,  masih ramai merindui Baitullah.  Ibadah yang seronok walaupun sulit.  

Bila ALLAH menjemput tiada siapa mampu menghalang.  Itulah dia, Tetamu istimewa Ar Rahman. 

Kehidupan seharian menjanjikan hati dan fizikal kita sibuk dengan urusan duniawi, sebahagiannya agak melalaikan. Kadang kadang terlupa peranan sebagai hamba Ar Rahman. Kita lebih suka menjadi tuan dan dimuliakan. Sibuk kepada perkara yang tidak perlu atau tiada nilai di sisi Tuhan. Bila menerima whatsapp mesej dari grup kawan-kawan (termasuk grup Masjid), kebanyakkan  mesej  kurang  memberi manfaat. Lebih banyak cerita politik, kutuk mengutuk dan mengeluh. Itulah dia kehidupan manusia. Penuh dengan keluh kesah dan komplain.

Rasa sangat bertuah bila menjadi Dhuyufur Rahman.  Kita  mula sibuk persiapkan diri ke Tanah Suci walaupun mungkin sudah berkali kali menunaikan Haji dan umrah. 


Haji dan Umrah sangat istimewa. Kita belajar mendidik hati yang sentiasa keras, ego melambung dan belajar menangis. Hati yang keras mana bisa menangis, takut akan janji ALLAH dan berita dahsyatnya kiamat.

Di tanahair, kita banyak gelak ketawa, berhibur dan memenuhkan perut. Tengah malam sebelum tidurpun, kita tercari cari makanan. Restoran Mamak pula merancakkan nafsu makan dengan khidmat 23 jam sehari. Makan non-stop. Bila sakit, hospital swasta juga yang untung. 

Malam malam juga kita sibuk berwhatsapp dan berFB. Terlupa dengan Janji pertemuan dengan ALLAH.

Haji dan Umrah membentuk hati. Hati supaya kembali kepada Sang Pencipta. Mengakui kita Cuma hamba, tidak punya apa-apa.

Ketika kita bertawaf, antaranya kita mengadu,
“Ya ALLAH, lindungilah aku di bawah naungan singgahsana Mu pada hari yang tidak ada naungan selain naungan Mu, dan tidak ada yang kekal kecuali DzatMu....”

Di saat berdoa dalam Tawaf, kita menginsafi diri. Kita menangis dan kita memasuki gelombang sakinah, yang rakan rakan kita di luar Tanah Haram tidak mampu menyaingi.  Kita tunduk, sujud dan merintih mohon ALLAH menerima kita dan mengampuni kesilapan kita.  Kita mohon ihsan Ar Rahman Ar Rahim akan dapat berlindung di hari Mahsyar, panasnya api neraka dan sulitnya perjalanan di hari tersebut.

Tundukkanlah dirimu di dunia ini, sebelum bahang Mahsyar menundukkan wajah wajah manusia yang banyak berdosa dan menganiaya diri. Menangislah depan Kaabah sebelum kita menangis di alam barzakh dan titian sirat.  Dosa dan kesilapan kita mengunung tinggi yang cuba kita nafi. 

“Ya ALLAh ampunilah kelalaian kami. InsyaALLAh kami datang lagi kerana kami merindui Baitullah dan Zon ketenangan hati.  Izinkan kami datang lagi...” Aamiin

Sunday, July 16, 2017

PROGRAM KORBAN 1438H/2017 DIBUKA


Kami adalah hamba, berusaha keras meniti danau kehidupan.


NOTA:  Sila rujuk posting program korban tahun tahun lalu di fb/kelabhajimuda   fb/drridzwan.

InsyaALLAH, dengan izinNYA, saya dan KHM  menjemput tuan/puan untuk menyertai  Program Korban 2017 seperti butiran berikut:-

A)  Tempat Korban:   

  • Lembu di Kemboja (Diuruskan oleh Institut Pendidikan Islam As-shabab, Kemboja).

  • Kambing di Indonesia (Diuruskan oleh Pasentren Miftahulkhoir)

                     

B)  Harga:  
RM350 satu bahagian = RM2,450 untuk satu ekor lembu .


C)  Faedah Menyertai Program KHM:
1.  Daging korban akan diagihkan kepada fakir miskin dan madrasah pendidikan (pelajar-pelajar) yang amat memerlukan di Kemboja dan Indonesia, (sila rujuk posting program korban tahun tahun lalu di fb/kelabhajimuda   fb/drridzwan

2.  Membantu dana pembangunan Institut Pendidikan Islam.

3.  Diuruskan oleh orang yang amanah.

D)   Bagaimana untuk menyertai?

1.  Whatsapp ke 011-2150 0283  ATAU 
Sila email ke  drridzwanbakar@gmail.com  

Sila nyatakan nama penuh, no HP dan bilangan (ekor) lembu/kambing yang di tempah. 

2.  Sekretariat KHM  akan menghubungi tuan/puan untuk tindakan susulan. Satu grup whatsapp sementara akan dibuka untuk kita sama sama membantu menjayakan program ini.

3.  Tidak dibenarkan  memasuki wang ke Dana Annuiti AKhirat/Masjid KHM. Bayaran akan diminta bila  aqad dan pengesahan dari Kemboja diperolehi.

Sebarang pertanyaan, boleh call atau whatsapp ke nombor2 dalam poster di atas.

Tarikh tutup:
17 OGOS 2017. 

Terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah, 

Dr Ridzwan Bakar

Tuesday, May 2, 2017

ISLAMIC LEADERSHIP: LAHIRNYA HATI YANG TAWADUK


Kita dilatih di sektor korporat dan kerajaan supaya menjadi pemimpin yang baik. Kita diberi kuasa untuk memimpin.  Hakikatnya, ianya kerja berat yang kita gila-gila mengejar kuasa, nama, jawatan dan imbuhan RM. Tanpa sedar, kita perlekehkan kawan, menikam dari belakang orang2 yang berpotensi, membunuh talent dan menghancurkan musuh. 

Kita perlu khuatir, usaha mengejar kuasa dan pangkat menyebabkan kita tersungkur dan menjadi gila di Padang Mahsyar nanti. 


Rasullulah s.a.w mengajar kita  supaya  sentiasa merendah diri. Solat membentuk rasa rendah diri. Jika kita solat tetapi masih keras hati dan sombong,  maka dikhuatiri  solat kita  tidak berkualiti. 

Kita hina dan kita tidak punya apa-apa.  Rasulullah saw dan khususnya Imam As Shafie menyarankan kita  baca Doa Qunut setiap Pagi Subuh supaya kita menjadi pemimpin yang baik dan adil. 

Jika tidak solat Subuh, macammana hendak jadi Pemimpin Yang ADil...?



Islamic Leadership program 2017

   
    Public Program  Islamic Leadership akan diteruskan pada  3-4 Mei 2017. 

Wednesday, March 29, 2017

REJAB BULAN YANG DINANTI

Alhamdulilah, ALLAH masih memberi kita peluang untuk meneruskan hidup di atas muka bumi ini. Di kala bersiap untuk solat di pagi subuh 1 Rejab, terasa kelainan dan istimewanya. Terima kasih ALLAh dengan kedinginan pergunungan Angsi. Saat kita cuma hamba. 

REJAB  adalah bulan istimewa yang ALLAh berikan untuk kita.  Banyak kisah kisah menarik dikongsi oleh ustaz-ustaz dan Tok Tok Guru berkait bulan Rejab ini.  Maka adalah rugi bila kita hanya meraikan kehadiran Rejab  tanpa berusaha mendapatkannya. 

Perkara pertama yang perlu kita buat di dalam bulan ini ialah perbanyakkan istighfar. Kita perlu sentiasa mengingati diri bahawa hidup ini cuma perjalanan. Kematian adalah sesuatu yang pasti. 

Terlalu banyak dosa dan kesilapan yang kita bawa dan kita pikul. Dosa kepada ALLAH tidak terkira, ibadah yang tidak seberapa dan kesilapan terhadap mak/ ayah/  suami/ isteri/ anak2 /pegawai bawahan mahupun jiran tetangga juga sentiasa berjalan tanpa sedar. Belum lagi dosa melayari facebook dan media sosial dan membuang masa di tempat yang tidak diseharusnya.  Masjid dan surau juga sepi.

Perkara kedua, ayuhlah kita baiki diri dengan solat berjamaah di Masjid/Surau. Kita penat dan letih pergi balik kerja, tetapi luangkanlah masa dengan solat berjamaah Isya' di Masjid/surau.  

Apa lagi alasan kita nak bagi di hadapan ALLAH nanti....?




Wednesday, March 8, 2017

PROGRAM WISE: PROJEK AMAL 2017



 #SilaBantu
#KitaCakapKitaBuat


Terima kasih semua khususnya kpd isteri tercinta Noridz Idris, anak-anak, ahli keluarga dan pendokong wawasan Meniti Renjisan Kedamaian, Program WISE Warisan Ilmu, atas setiap titipan doa dan harapan. Terlalu byk perkara hendak dibuat yang agak mencabar tanpa bantuan dan sokongan. 

Kita cuma hamba, hidup pun cuma menumpang di sisi alam. Atas belas kasih ArRahman ArRahim, kita dipanjangkan usia untuk terus berbakti dan memberi harapan. 

Bila Allah jemput nanti, dikhuatiri uncang Dana Annuiti Akhirat kita bocor dan tak cukup kredit untuk melalui titian sirat. InsyaAllah kerja amal akan terus digerakkan untuk sama sama hidup Islam dan ummah Nusantara Melayu.

 

Projek WISE 2/2017
Umrah Berkitab Syaaban Ramadan. 21 hari 20 Mei.
2 hari di Malaysia, 9 hari Madinah, 9 hari Mekah.

PROJEK WISE 3/2017
Pembelian tanah sawah utk pembesaran bilik kuliah dan pengajian Quran. RM17,000 done via Waqf Khas

PROJEK WISE 4/2017
Pembinaan Masjid Ummu Mariam (Masjid no 3). InsyaAllah coming soon

PROJEK WISE 5/2017
Mahasiswa Turun ke Padang Trisno BDO Ramadan 2017, menunggu kelulusan Universiti.

PROJEK WISE 6/2017
Pembelian tanah sawah RM230k untuk tujuan pembesaran Pasentren Tahfiz, pembinaan Hotel Syariah maktabah Ahlul Sunnah. Sedang mencari dana khas.


 Barakallahu feekum.