“Menjadi Tetamu Allah, doanya dikabulkan, dosanya diampuni.” (HR Ibnu Majah)
Kelmarin saya singgah solat Maghrib di Blue Mosque Shah Alam. Selepas solat sunat, mata saya liar mencari seseorang. Kelibat insan ini tidak kelihatan. Biasanya beliau berada di saf no 1. Tapi kali ini tidak muncul. Mungkin dia kurang sihat, bisik hati.
Ketika melangkah untuk meninggalkan ruang utama solat, terlihat kelibatan orang tua ini sedang sujud. Usianya lebih dari 80 tahun tetapi masih istiqamah solat berjamaah di Masjid. Saya tunggu orang tua ini. Selepas beliau memberi salam, saya terus menghampiri beliau, menangkap tangan kanan beliau dan menciumnya. Sudah menjadi kebiasaan bilamana bertemu orang tua ilmuwan ini, saya akan terus mendakap dan cium tangan beliau.
“Dr Ridzwan, I am proud of you. Continue your vision despite many obstacles. Just do what you believe, Allah will guarantee your rezeki” Nada Professor ini sentiasa konsisten di saat saya menganggukkan kepala membenam semangat.
Ya... menjadi Tetamu ALLAH dijanjikan rezeki, yakni doa di kabulkan dan rezeki dosa diampuni.
Apa lagi yang kita hendak?
Ramai orang yang sudah bersara dengan pencen bulanan lebih RM3,000 sebulan atau pencen dengan nilai KWSP RM1 juta masih mahu menimbun harta dan kekayaan. Masjid masjid walaupun majority warga emas, bilangan orang pencen yang datang ke masjid masih jauh untuk dibanggakan. Isu tekanan hidup dan mencari rezeki dijadikan alasan melalaikan hati untuk ke masjid. Sedangkan pencen bulanan atau wang KWSP jauh mencukupi untuk hidup sederhana alam pencen.
Hakikatnya, Rezeki dijanjikan ALLAH, tetapi kita masih menekan diri sendiri untuk kerja kuat mencari wang. Kemudian kita mengeluh wang tidak cukup, kerajaan korup dan terlalu mencari salah orang lain.
Umrah menbuka peluang dan keistimewaan untuk diri kita dekat kepada ALLAH. Bila kita terpilih untuk menjadi Tetamu ALLAH, sujud syukurlah kerana itu sebahagian dari rezeki.
Ada insan yang punya wang, tetapi tidak punya masa
Ada manusia yang punya harta, tetapi tidak punya kuasa dan daya
Ada insan berjawatan besar, namun hati kecil untuk menjadi tetamu ALLAH
Pelbagai alasan untuk golongan ini menutup pintu rezeki sendiri. Lebih percaya kepandaian dan takut rugi bisnes dan jawatan dari rugi mengaut rezeki.
Umrah menjemput kuasa yang luar biasa. Kita menadah tangan sekuat hati tidak malu meminta kekayaan, tetapi di dalam diam DOSA kita diampunkan.
Kita merancang kekayaan dan keberhasilan tetapi Allah memberi Al-Falah yang tiada tandingan
Kita mengeluh akibat kesusahan tetapi ALLAH menyuluh sinar ketenangan
Umrah adalah proses mendamaikan hati, renjisan kedamaian. Bila doa lambat diperkenan, ia mendidik kesabaran.
“Wahai hambaKU
Engkau punya keinginan dan Aku punya kehendak
Dan tidak akan berlaku melainkan atas kehendakKu
Jika engkau menyerahkan keinginanmu kepada kehendakKu,
Maka Aku akan penuhi semua keinginanmu...
Namun jika engkau mengikuti keinginanmu
Maka Aku akan menjadikanmu penat lelah dengan apa yang engkau inginkan”
(HR Ath-Tabrani)
No comments:
Post a Comment