Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, January 16, 2012

Mimbar Jumaat 13 Jan 2012


Alhamdulilah, dengan kasih sayang ALLAH saya diberi peluang untuk menyampaikan Khutbah Jumaat. Berikut diturunkan sinopsis Khutbah:-


Kehidupan kita di mukabumi ini cuma sementara. Esok lusa kita akan kembali kepada Pencipta kita. Himpunan harta dunia akan menjadi sia-sia jika ianya tidak disertai dengan ilmu, iman dan amal.

Dalam hidup, kita berusaha keras untuk mengumpul harta. Kita melabur ribuan ringgit dengan harapan untuk mengumpul untung. Kita melabur di pelbagai tempat, dan ada kalanya kita terlupa persoalan halal dan haram.

Khatib ingin mengajak sidang jumaat sekelian untuk memfokuskan pelaburan kepada pelaburan ilmu dan amal. Maka tindakan berikut perlu diambil:-

1) Mengenalpasti kelemahan ilmu kita.

Jika kita tiada ilmu, hadirlah ke majlis-majlis ilmu di Masjid dll.

Jika kita ada ilmu, mantapkah ilmu kita. Jika kita tahu kekosong ilmu, maka kenalpasti ilmu mana yang tidak mantap, dan berguru.

2) Cari masjid yang mampu memberi kita ilmu yang kita inginkan.

Kepimpinan masjid seharusnya proaktif memahami kehendak masyarakat bukannya kuliah yang diulang-ulang bertahun-tahun lamanya. Anak-anak muda generasi Y amat ketandusan ilmu “baru” bersesuaian dengan perubahan semasa. Masjid bukan untuk orang tua sahaja, ia perlu mampu menarik anak-anak muda.

Khatib juga ingin menyarankan kepada diri sendiri, kepada rakan-rakan CEO, YB, professor dan pensyarah supaya turut sama-sama menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah nur kehidupan. Bukanlah satu sikap yang baik bila berstatus CEO, YB, pengarah, professor atau pensyarah, kita hanya berada dalam kelompok elit. Dan dengan ilmu serta kepakaran, kita seharusnya sama-sama terjun ke dunia reality dan membantu membangunkan masyarakat.

Medan kita bukan dalam masjid. Medan kita adalah membina masyarakat dan bersama mencegah kemungkaran. Kepimpinan Masjid yang jumud dan lemah, akan ditanya oleh ALLAH. Sesuatu yang merugikan jika usaha dakwah ditarik ke bawah dengan pendekatan lama yang tidak menceriakan.

We need to advance! Ayuhlah kita melabur untuk mengukuhkan perjalanan kita menemui ALLAH. Mereka yang berilmu, hendaklah berusaha melaburkan ilmunya dan mereka yang tiada ilmu, melaburlah sedikit wang untuk memantapkan ilmu.


Barakallah……….


Friday, January 13, 2012

Jemputan Pertemuan Kelab Haji Muda

Assalamualaikum,
Sukacita dimaklumkan bahawa pertemuan pertama untuk mengerakkan Kelab Haji Muda akan diteruskan sebagaimana yang dirancang. Biarpun ramai tidak dapat hadir kerana mempunyai pelbagai urusan, InsyaALLAH saya telah membuat keputusan untuk meneruskan juga pertemuan ini kerana ianya perlu dimulakan. Kerja baik tidak seharusnya ditangguh. Lagipun tempahan sewa bilik mesyuarat telah dibuat dan kos sewa akan saya tanggung sendiri.

Untuk maklumat lokasi, mohon hubungi atau sms Sekretariat Sementara Kelab HM di talian HP: 019-2416623 .

Tarikh: 15 Jan 2012 AHAD
Masa: 9.30am-12.00pm
Lokasi: No 24, Jalan Pelabur, Seksyen 23 Shah Alam (Lot Kedai bersebelahan MydinMart) berdekatan Carrefour (Mohon contact Sekretariat).

Dengan rendah hati, saya menjemput Tuan/puan/cik yang mempunyai masa untuk hadir sama. Tiada bayaran dikenakan.

Terima kasih.


Thursday, January 12, 2012

Pengumuman: Kelab Haji Muda


Assalamualaikum,

Pertama sekali terima kasih kepada tuan/puan/cik/kakak2 & abang2 yang telah menyatakan hasrat untuk sama-sama mengerakkan Kelab Haji Muda.

InsyaALLAH satu briefing visi Haji Muda akan saya kongsikan pada Hari Ahad 15 Jan 2012 jam 9.30am-12.30pm di Shah Alam.

Kepada anda yang sudah mendaftar untuk bersama, anda akan menerima panggilan atau sms dari Sekretariat Sementara. Bagi anda yang belum respon tetapi berminat untuk menjayakannya, sila sms saya dengan memaklumkan nama dan no hp untuk dihubungi.

Terima kasih dengan sokongan berterusan. Moga kita istiqamah untuk membina ummah dan membantu insan yang memerlukan.

Kejayaan Kelab Haji Muda terletak di tangan anda. InsyaALLAH saya akan membuka jalan dan berkongsi bahawa terlalu banyak yang kita boleh lakukan dengan semangat kerjasama.

Ia perlu bermula dengan satu tapak
Ia perlu dikemaskan dengan team-spirit
Ia perlu digerakkan dengan hati ikhlas
Tiada elaun di dunia
Melainkan kilauan elaun mutmainnah di alam sana....


Inspired People Beyond Lecture Hall- Ridz


Sunday, January 8, 2012

Dana Masjid Bojongloa


Dengan KEBESARAN kalimah Bismillah hirRahman NirRAhim, saya dengan sukacita memaklumkan butiran Akaun untuk tuan/puan kreditkan bagi maksud menyumbang ke dana masjid Desa Bojongloa;


No Akaun: 16-018-02-002731-9

Nama Pemegang Amanah: Ridzwan Bin Bakar

Nama Bank: Bank Islam Malaysia

Cawangan Bank: Putrajaya


Anggaran Biaya Projek: Rupiah 212.835 Juta bersamaan dengan lebih kurang RM80 ribu.

Nota: Akaun di atas adalah Akaun KHAS untuk tujuan pembinaan Masjid ini. Untuk tujuan pembayaran pembelian buku atau khidmat lain, sila gunakan akaun lain yang akan saya maklumkan.

Moga ALLAH mengizinkan usaha ini berjalan lancar. Amin!



Bukankah indah hidup ini

Jika laungan azan berkumandang

Di Masjid ‘KITA’



Tidakkah akan berseri

Wajah dan hati KITA

Bila laungan azan penduduk miskin

Mampu menembusi pintu langit

Kerana ianya lahir

Dari hati yang ikhlas



Saturday, January 7, 2012

Update Dana Masjid



Alhamdulilah dengan izin ALLAH, saya banyak menerima email dan sms supaya disegerakan dana Masjid ini. Seorang muslimah telah menelefon saya pagi Jumaat semalam, untuk memberi RM1,000 bagi maksud kerja amal ini. Ada juga insan dari Brunei Darusalam dan Singapura yang mahu memberi wang untuk kerja amal atas nama arwah ibu. ALLAHU AKBAR!

Dalam tempoh seminggu ini, perkara-perkara berikut telah saya lakukan:-

1. Menghubungi beberapa orang yang mempunyai kredibiliti untuk menjadi auditor dana ini. Mereka terdiri contohnya seorang rakan saya yang pernah menjadi Hakim Mahkamah dan sekarang pegawai kanan Jabatan Peguam Negara Putrajaya.

2. Mencari penolong untuk membantu melaksanakannya. Saya akan bertemu pemuda ini di Kompleks PKNS Shah Alam jam 11 pagi ini.

3. Diskusi dengan teman-teman saya, senior management sebuah bank Islam supaya wang remittance ke Indonesia benar-benar selamat.

4. Semalam saya telah menelefon teman bisnes saya di Indonesia (saya kagum dengan mereka sebab mereka berzikir ketika berbisnes. Mereka adalah pimpinan Koperasi Syariah yang cuba saya bantu sebagai penasihat secara jauh). Mereka bersedia untuk membantu kita memastikan dana tiba ke masyarakat miskin ini dan mereka juga akan memantau projek masjid sampai ianya siap, InsyaALLAH.

Mengapa perkara di atas penting?

Pertama, saya mahu pastikan tiada satu senpun wang amanah ini saya gunakan untuk diri saya.

Kedua, saya sangat-sangat memerlukan pembantu atas factor masa. Terlalu banyak perkara yang saya ingin lakukan, jadi saya boleh delegate tugas ini dan fikiran serta tenaga saya boleh disusun untuk inisiatif lain.

Ketiga, saya mahu pastikan kita salurkan dana kepada orang yang sentiasa berzikir. Insan ikhlas yang sentiasa berzikir ini sudah tentu tidak akan menipu kita, InsyaALLAH.

“Ya ALLAH, KAU dengarlah isi hati kami. Kami sangat-sangat mengharap belas kasihMU. Kami sangat-sangat teringin untuk membina masjid sendiri atas kalimah Syahadah. Maka terimalah usaha kami, rahmatilah kami dan berikanlah kami kasih sayangMu di bumi Mahsyar nanti.”

Nota: No AKAUN saya akan maklumkan di entri akan datang.



Mahasiswa/i Thumbdrive

Mahasiswa/i thumbdrive- Datang kuliah bukan untuk ilmu...


Hari ini genap 15 bulan saya dipinjamkan ke dunia akademik. Terima kasih kepada organisasi/majikan saya kerana telah melanjutkan tempoh pinjaman hingga 30 September 2013.

Dalam tempoh yang singkat ini banyak perkara yang saya belajar. Cuma saya masih tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berligar di pemikiran generasi muda Melayu bila melihat kejadian mahasiswa dan polis di UPSI. Saya tidak berminat untuk komen isu ini diblog ini apatah lagi jika melibatkan ‘management by emotion’.

Cuma saya ingin berkongsi satu fakta penting untuk kita fikirkan.

Sepanjang 15 bulan di alam akademik secara full-time, tiada seorangpun anak muda Melayu datang bertemu saya untuk mendapat bimbingan menjadi usahawan atau bercita-cita menjadi CEO yang baik. Rata-rata mahasiswa Melayu datang ke pejabat saya bila ada masalah/ repeat paper. Seolah-olah orang melayu kita ini mempunyai sikap ‘reactive’ kepada sesuatu keadaan. Sukar untuk saya bertemu anak muda kita yang ‘proactive’ dan melakukan lebih dari yang diminta.

Satu lagi fakta, Dari 11 orang mahasiswa/I yang datang berjumpa saya untuk menjadi mentor bisnes, kesemua mereka adalah berbangsa Cina. Saya katakan kepada pelajar PhD/DBA/MBA dan UG bahawa saya bukanlah jutawan bisnes yang boleh dijadikan mentor tetapi pengalaman sector korporat dan banyak membantu organisasi melakukan transformasi bisnes, menyusun kembali strategic direction dan pengurusan kewangan sedikit sebanyak akan dapat membantu anda yang mahu terjun ke alam bisnes. Saya ada sedikit kepakaran (yang juga tidak dimanfaatkan oleh pemerintah, organisasi Islam dan Masjid).

Justeru, kepakaran saya cuba dimanfaatkan oleh pelajar Antarabangsa dan pelajar berbangsa Cina rakyat Malaysia. Saya tiada masalah untuk membantu pelajar Cina ini sebab Islam mengajar kita untuk berlaku adil dan tidak kedekut ilmu. Itu bukan isu sebab Rasululah s.a.w mengajar kita berlaku adil kepada bukan Islam. Soalnya, Apa sudah jadi dengan mahasiswa/I Melayu dan India?

Adakah pelajar Melayu dan India secara umumnya adalah golongan yang berpuas hati dengan apa yang ada? Saya tidak fikir begitu sebab saya juga bertemu dengan insan Melayu dan India yang gigih berusaha di dalam dunia bisnes.

Adakah kita mula berusaha bila ditekan atau berhadapan masalah hidup? Jika begitu, tidak kemanalah orang Melayu dan India di Negara tercinta ini.

Kepada anda para mahasiswa/I, manfaatkan masa yang ada untuk perkara berfaedah dan capitalize pengalaman para professor dan pensyarah. Jadikan Perpustakaan sebagai ‘tempat lepak’ dan masjid Universiti tempat mendampingi ALLAH dan ketenangan (Nota: Telah saya kupas dan tekankan di dalam buku Bila Pintu Hati Terbuka).


Kita tidak mahu melahirkan mahasiswa/I ulat buku

Tetapi kita juga tidak mahu melahirkan

Mahasiswa/I berfikiran beku…



Sunday, January 1, 2012

Arah Tuju Haji Muda 2012




Arwah abah saya pernah berpesan selepas solat Subuh di satu pagi tahun baru,


Jadilah insan yang ikhlas

Jadilah manusia, yang kehadirannya TIDAK DIJEMPUT

Tetapi KEPERGIANNYA dirasai…


Ketika saya remaja, madah di atas juga saya jumpa atas pesanan As-syahid Imam Hassan AL-Banna, Pengerak Ikhwan.


Sudah lebih satu minggu saya fikirkan perkara ini. Perlukah saya berkongsi di blog ini? Perlukah saya rahsiakan apa yang ingin saya capai secara peribadi? Mengapa tidak dikongsi kerja amal dengan anda semua yang saya kasihi?

Pertama, saya sudah lama berhasrat untuk mengujudkan “Kelab Haji Muda” sebagai satu wadah aktiviti pra dan pasca Haji/Umrah. Saya ada banyak idea.

Action: Saya perlukan volunteer untuk mengerakkannya. Lebih baik ianya bergerak secara jamai dari individu kerana banyak perkara yang ingin saya lakukan dalam masa 24 Jam.

Nota: Terima kasih dengan sokongan moral pengunjung blog seperti Abg Kamarulzaman (Kelantan), Pn Shafinaz & Faizul (Auckland), Kakak Kamarjhan (Brunei), Kakak Hjh Norlia & Pn Zaidah (KK), Rosli (Bangi), Zarea (KL) kerana bersama-sama menghayati idea ini.


Kedua, limpahan email, komen dan sms hasil dari entri Bandung- Mengisi Sebuah Impian memberi satu indikasi bahawa ramai dikalangan pengunjung blog mahu sama-sama mengutip pahala untuk kita bina masjid untuk penduduk miskin di Bandung.

Action: InsyaALLAH saya akan ujudkan satu jawatankuasa untuk melaksanakannya supaya wujud ketelusan dana kita ini. Sebagaimana kata orang tua miskin kepada saya “Kamu akan mampu cium bau syurga bila hati dan jiwa kamu bersama rakyat miskin.”

Kedua-kedua arah tuju ini adalah untuk mencari redhoALLAH. Ianya akan hanya Berjaya dengan nilai teamwork pra dan pasca Haji/Umrah.

Haji dan Umrah bukanlah untuk kepuasan diri kita sendiri. Ianya memerlukan tindakan supaya Haji dan UMrah kita mempunyai erti yang tinggi dan di terima ALLAH sebagai amal soleh.


I can inspire

I am empowered by ALLAH to change myself

But I could not change others

Let us move forward to the next level

Let us together smell the beauty of flowers of Jannah…


ALLAHU AKBAR!


Nota: Jika anda berminat untuk sama-sama mengerakkan Kelab Haji Muda dan Program membina Masjid mohon email saya tigeridz@gmail.com maklumkan nama dan no hanfon.