Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, January 12, 2012

Pengumuman: Kelab Haji Muda


Assalamualaikum,

Pertama sekali terima kasih kepada tuan/puan/cik/kakak2 & abang2 yang telah menyatakan hasrat untuk sama-sama mengerakkan Kelab Haji Muda.

InsyaALLAH satu briefing visi Haji Muda akan saya kongsikan pada Hari Ahad 15 Jan 2012 jam 9.30am-12.30pm di Shah Alam.

Kepada anda yang sudah mendaftar untuk bersama, anda akan menerima panggilan atau sms dari Sekretariat Sementara. Bagi anda yang belum respon tetapi berminat untuk menjayakannya, sila sms saya dengan memaklumkan nama dan no hp untuk dihubungi.

Terima kasih dengan sokongan berterusan. Moga kita istiqamah untuk membina ummah dan membantu insan yang memerlukan.

Kejayaan Kelab Haji Muda terletak di tangan anda. InsyaALLAH saya akan membuka jalan dan berkongsi bahawa terlalu banyak yang kita boleh lakukan dengan semangat kerjasama.

Ia perlu bermula dengan satu tapak
Ia perlu dikemaskan dengan team-spirit
Ia perlu digerakkan dengan hati ikhlas
Tiada elaun di dunia
Melainkan kilauan elaun mutmainnah di alam sana....


Inspired People Beyond Lecture Hall- Ridz


4 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Alhamdulillah. Semuga usaha ini di permudahkan Allah.

Semuga Dr dan semua yang terlibat di rahmati Allah.

Jazakaullah.

AJ

Kajol said...

As Salam Dr

Bagaimana syarat2/kelayakan untuk menyertai 'Kelab Haji Muda' ?

Anonymous said...

Assalam Dr,
Moga ALLAH memudahkan usaha untuk membina ummah dan membantu insan yang memerlukan dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak. Ameen

Bolehkah saya menyertai Kelab Haji Muda?

Wassalam.
Salam hormat
kamarjhan

Anonymous said...

Assalamualaikum semua

Ia perlu bermula dengan satu tapak
Ia perlu dikemaskan dengan team-spirit
Ia perlu digerakkan dengan hati ikhlas
Tiada elaun di dunia
Melainkan kilauan elaun mutmainnah di alam sana....

Benar Dr. Tk atas jemputan tetapi Laut Cina selatan memisahkan. Semoga usaha ini mampu membantu bakal jemaah haji menunaikan ibadah haji itu dengan sebaik2nya