Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, January 20, 2012

Bina Masjid- Pinggiran Syurga ALLAH



Di dalam entri lepas, saya ada menulis

Adakah membina masjid sesuatu yang penting dalam agenda hidup saya? Jawapannya “Ya”. (InsyaALLAH, saya akan kupas dientri lain).


Di sini kupasan saya..

Setiap kita sudah tentu berkeinginan memasuki syurga ALLAH. Namun ada yang berhujah bahawa kita tidak sepatutnya meminta syurga ALLAH. Kita tidak layakpun masuk syurga ALLAH bagi pandangan segelintir rakan-rakan kita kerana kita mempunyai dosa yang banyak.

Jika begitu, mengapa ALLAH menyatakan bahawa kita adalah waris syurga ALLAH jika kita menepati ciri-ciri Alhlul-firdaus? (InsyaALLAH saya akan menulis siapakah ahlul firdaus ini, kita semua sudah tahu sebenarnya).

Di dalam Kitab Tafsir Ibn Kathir (mengikut kefahaman saya) disebutkan bahawa jika kita ingin memohon syurga ALLAH, maka pohonlah syurga Firdaus.

Begitu juga, setiap khutbah Jumaat , di dalam solat, setiap lepas solat hatta semasa TAWAF kita akan berdoa “Rabbana atina fidunya hasanah wafil akhiratil hasanah waqina azabannar.”

Hakikatnya, Haji dan Umrah mengajar kita satu perkara- Syurga boleh dicari dan diusahakan dengan syarat ianya dilakukan dengan ikhlas. Ini diperkukuhkan dengan kata-kata “Haji mabrur tiada balasannya melainkan syurga.”

JIka kita telah berusaha keras meniti perjalanan haji/umrah mabrur, maka kita perlu berusaha lagi dengan pendekatan pasca Haji (InsyaALLAH Kelab Haji Muda akan menyusun program pasca Haji/umrah). Dan BINA MASJID adalah antara langkah kita bagi mencari:-


1. Syafaat Rasululah s.a.w

Kita sangat mendambakan rahmat ALLAH di Dataran Mahsyar nanti. Kita sangat mendambakan syafaat Rasul s.a.w. Maka dengan usaha kita membina masjid, kita mengharap kasih sayang ALLAH dan syafaat Rasul s.a.w .


2. Dijanjikan Syurga ALLAH



عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ مِثْلَهُ

Daripada ‘Uthman bin ‘Affan berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah maka Allah s.w.t. membina untuknya sama sepertinya di syurga.

(al-Bukhari, no: 450, Muslim, no: 533, al-Tirmidhi, no: 318, Ibn Majah, no: 736)


ALLAH menjanjikan mahligai bagi sesiapa yang berusaha untuk membina masjid atas dasar ikhlas.

Dengan kuasa ALLAH, hari ini saya menerima satu sentuhan kalbu


“Izinkan saya menumpang di Pinggiran Syurga…..”


Semasa Khutbah Jumaat, airmata saya menitik tanpa disangka. Mengapa?

Sebelum ke Masjid untuk solat, seorang hamba ALLAH yang tidak saya kenali menelefon saya,


"Dr, saya Cuma seorang buruh. Gajipun kecil dan tangunggan ramai. Saya tidak mampu memberi wang ribuan atau ratusan RM untuk sama-sama menjayakan program Dana Masjid. Tapi saya berazam untuk memberi. Saya berharap Dr tidak keberatan menerima RM10 dari saya….”

“Dr, sayapun nak masuk syurga. Saya berharap Dr boleh terima RM10 ini untuk dana Masjid. Saya tidak perlukan mahligai syurga sebagaimana hadis yang Dr sebutkan. RM10 ni tak mampu untuk membeli mahligai syurga ALLAH. Dapat rumah di Pinggiran Syurga dan menjadi Tukang Kebun Syurgapun dah ok buat saya yang serba daif ini…….”

Tiada ungkapan yang lebih mulia selain

Subhanallah! Alhamdulilah! ALLAHu akbar!



6 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!

Hati tersentuh dan menitiskan air mata.

Semuga Allah memperkenankan doanya saudara itu.

Semuga Allah rahamti Dr dan keluatga dan semua warga HMMRK.

Semuga Allah permudahkan semua urusan.

Barakaullah

AJ

Anonymous said...

Assalam Dr,

Saya cerita dengan anak anak dana masjid ini. Saya galakan mereka menderma walau RM1. Anak saya berkata "sikit tu. Nak derma banyak". keesokan hari nya dia bagi saya RM20 dengan senyum untuk dana masjid. Duit ini adalah yang di kumpul bagi keperluan nya. Allahu Akbar.

Semuga keikhlasannya diterima Allah dan menjadi anak yang soleh.

roha said...

salam ya salam dr. sedikit tapi berterusan, alhamdulillah.

Anonymous said...

Assalam Dr,
Moga ALLAH akan sentiasa memberi rahmat dan kekuatan untuk Dr terus berjaya dan dapat memimpin kami untuk ke Syurga Firdaus. Masya ALLAH. Hanya ALLAH saja yang mengetahui apa yang ada di hati kami.

Saya juga sependapat dengan rakan disini. bawa anak untuk sama-sama beramal walapun jumlah yang kecil.

saya suka nak kongsikan suatu nasihat yang kakak saya sampaikan semasa pada kami masa remaja.

Mak Wa saya orang Spore, dia pesan pada kakak saya, katanya' Makwa didik semua anak dari kecil lagi belajar bersedekah. salah satu "caranya Bila ada undangan perkahwinan kadang-kadang bawa anak dua tiga orang, Mak Wa sediakan sampul surat untuk mereka beberapa ringit untuk mereka sampaikan kepada Tuan Rumah semasa bersalam. Mungkin ia kecil bagi kita tapi besar bagi ALLAH.

Saya berdoa moga ramai lagi orang dapat sama-sama menghulukan wang untuk Dana Masjid.

Banyak atau sedikit sumbangan bukan ukurannya yang penting kita dapat sama sama membantu hingga terdirinya Masjid ini dan dapat digunakan. Subhan ALLAH

salam hormat
kamarjhan

Naz Mohamed said...

Bergetar hati, meremang roma & bergenang air mata saya. Sehingga entri ini saya masih menangguh utk berderma krn malu tidak dpt memberi ratusan/ribuan ringgit. Buruh yang mulia itu menyedarkan saya bukan nilai RM yg diterima Allah, tetapi keikhlasan hati. Subhanallah, Alhamdullillah, Allahu Akhbar.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

Allahuakbar...yang penting kita nak menderma, walau sedikit tapi ikhlas dan berterusan..

Hiba dan menyentuh sangat ayat-ayat yang di lafazkan...

Subhanallah...

Zue