Aku sujud akan kebesaran dan nikmatMU
STATUS DANA MASJID TERKINI 17 Jan 2012
RM53,892.62
Keinginan membina masjid telah lama saya simpan dalam hati. Itu adalah salah satu misi hidup saya yang telah saya tuliskan ketika menunaikan Haji tahun 2002 lalu.
Jika anda masih ingat, di dalam buku Rindu Baitullah, saya ada mengupas satu tajuk “The Power of Niat”. Tetapi niat sahaja tidak cukup, ianya memerlukan sedikit anjakan niat agar ianya lebih “power”.
Beberapa hari sebelum melangkah ke Bandung akhir tahun lepas, saya berkata kepada isteri saya “Abang berhasrat nak bina Masjid.” Terkejut isteri saya kerana ‘membina masjid’ mempunyai pengertian lain yang biasanya muslimah tidak gemar mendengarnya, apatah lagi wanita yang bergelar isteri. Maka saya teringat kisah 20 tahun dulu, bila ustaz saya membina satu lagi ‘masjid’ maka ustazah saya terus pitam, terkejut!
Saya katakan kepada isteri saya, “It is a real Masjid for the poor and the needy.” Membina masjid di Malaysia mungkin kosnya mencecah RM500 ribu.
Isteri saya bertanya “ Di mana hendak cari wang yang banyak untuk bina satu masjid?” Satu soalan yang amat challenging!
Biasanya saya akan jawab begini, “Rezeki dan wang bukan urusan manusia, ianya urusan ALLAH!”
Adakah membina masjid sesuatu yang penting dalam agenda hidup saya? Jawapannya “Ya”. (InsyaALLAH, saya akan kupas dientri lain).
Di dalam entri bulan lepas, saya ada berkongsi bagaimana ALLAH melapangkan hati dan perjalanan saya mencari Masjid di perkampungan orang miskin di pinggiran desa Bandung. Dan ALLAH menemukan saya dengan mereka biarpun Cuma sekitar kurang 15 minit.
Di dalam pesawat dari Bandung ke KL, saya meneliti setiap butiran kertas proposal Masjid Bolongoa ini. Saya rasa saya perlu bermula di sini. Usah ditunggu lagi hasrat ini kerana mungkin esok lusa ALLAH menjemput saya.
Seminggu-dua di tanahair, wajah-wajah harapan pemimpin masyarakat miskin Bolongoa ini sentiasa muncul dalam kelopak mata. Hati dan perasaan saya bersama mereka. Ada ketikanya, airmata saya tidak mampu saya kawal. Ia menitis tanpa diundang. Saya tidak mampu melakukannya sendirian.
Bila perkara ini dirujuk dengan guru tua saya, maka berkatalah beliau,
“Bukankah baik jika hasrat ini dikongsi dengan ramai orang. ALLAH melihat hati dan keikhlasan kita. Mungkin ini kehendak ALLAH yang mungkin tidak sama dengan hasrat kita. Berkongsi lebih baik dari buat sendiri-sendiri. Jika kita buat masjid sendiri-sendiri, mungkin satu hari kita akan mengungkit atau riak dengan amalan kita. Sifat riak akan merosakkan amal. Nanti jalan ke Syurga akan berlopak-lopak akibat sifat riak, sombong dan membangga diri.”
Atas factor ini, isteri saya memberi cetusan idea, “Berkongsilah hasrat ini dengan pengunjung blog Haji Muda. Soal dana adalah urusan ALLAH. Kita Cuma mencetuskan idea demi sebuah harapan yang perlu di isi.”
Alhamdulilah, dengan nasihat, teguran, sokongan dan cetusan idea ini, maka dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadur Rasululah maka saya ingin memaklumkan bahawa dana Masjid Bolongoa telah mencecah
RM53,892.62 (Baki setakat 17hb Jan 2012 11 pagi).
Terima kasih kepada semua penyumbang termasuk kepada mereka dari Brunei, Singapura dll. Saya terkejut dengan angka ini biarpun ianya hanya lebih kurang 7 hari diwar-warkan dalam blog ini.
InsyaALLAH saya dan isteri akan menyimpan nama anda dengan baik supaya ianya hanya diketahui oleh ALLAH, RasulNya dan malaikatNYA sehingga satu hari nanti jika tuan/puan mengizinkan nama tuan/puan saya ukirkan dalam blog ini.
Kepada jawatankuasa Pembina (Pro Tem) Kelab Haji Muda, kita perlu kerja kuat lagi untuk mencapai sasaran dana masjid. Jika projek No1 ini berhasil, InsyaALLAH kita akan bina lagi banyak Masjid, pasentren dan pusat-pusat Tahfiz anak yatim.
“Ya ALLAH, terimalah amalan kami, terangilah alam barzakh kami dengan cahaya Qur’an dan lapangkanlah hamparan mahsyarMU buat kami dengan penyaksian Masjid yang bakal kami usahakan ini.” Amin!
Kepada Pengunjung blog, mohon bantu dana ini dan war-warkan kepada rakan-taulan.
2 comments:
Assalam Dr,
Alhamdulillah! Hati begitu sebak membaca catatan Dr.
Terima kasih kepada Dr atas usaha ini dan semua warga blog ini dan mereka mereka yang ingin membuat saham akhirat.
Semuga Allah permudahkan semua urusan Dr dan keluarga termasok kelab HM.
Kepada mereka mereka yang sama menjayakan usaha murni ini dan yang akan datang, semuga diberkati dan dirahmati Allah.
Barakaullah.
Jazakaullah
AJ
Assalam Dr
Moga rahmat ALLAH sentiasa bersama Dr dan keluarga serta semua rakan blog ini. Moga ALLAH mudahkan impian Dr dan kita semua. Ameen.
Gelak saya bila baca isteri terkejut 'membina masjid' hati wanita mudah sensitive....
Alhamdulillah wang hampir mencecah sasaran. Moga ALLAH mudahkan dan dibukakan ALLAH hati semua pembaca blog ini untuk sama-sama berkongsi rezeki.
kita hulur saja atas kemampuan kita dan kita berdoa moga sumbangan kita ini dapat membantu untuk mendirikan Masjid.
Subhan ALLAH.
Kita hampir memasuki Bulan Rabiaulawal bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. kan cantik kalau kita dapat beramal dalam bulan ini. Insya ALLAH di mudahkan ALLAH usaha kita.
Salam hormat
kamarjhan
Post a Comment