Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, January 7, 2012

Update Dana Masjid



Alhamdulilah dengan izin ALLAH, saya banyak menerima email dan sms supaya disegerakan dana Masjid ini. Seorang muslimah telah menelefon saya pagi Jumaat semalam, untuk memberi RM1,000 bagi maksud kerja amal ini. Ada juga insan dari Brunei Darusalam dan Singapura yang mahu memberi wang untuk kerja amal atas nama arwah ibu. ALLAHU AKBAR!

Dalam tempoh seminggu ini, perkara-perkara berikut telah saya lakukan:-

1. Menghubungi beberapa orang yang mempunyai kredibiliti untuk menjadi auditor dana ini. Mereka terdiri contohnya seorang rakan saya yang pernah menjadi Hakim Mahkamah dan sekarang pegawai kanan Jabatan Peguam Negara Putrajaya.

2. Mencari penolong untuk membantu melaksanakannya. Saya akan bertemu pemuda ini di Kompleks PKNS Shah Alam jam 11 pagi ini.

3. Diskusi dengan teman-teman saya, senior management sebuah bank Islam supaya wang remittance ke Indonesia benar-benar selamat.

4. Semalam saya telah menelefon teman bisnes saya di Indonesia (saya kagum dengan mereka sebab mereka berzikir ketika berbisnes. Mereka adalah pimpinan Koperasi Syariah yang cuba saya bantu sebagai penasihat secara jauh). Mereka bersedia untuk membantu kita memastikan dana tiba ke masyarakat miskin ini dan mereka juga akan memantau projek masjid sampai ianya siap, InsyaALLAH.

Mengapa perkara di atas penting?

Pertama, saya mahu pastikan tiada satu senpun wang amanah ini saya gunakan untuk diri saya.

Kedua, saya sangat-sangat memerlukan pembantu atas factor masa. Terlalu banyak perkara yang saya ingin lakukan, jadi saya boleh delegate tugas ini dan fikiran serta tenaga saya boleh disusun untuk inisiatif lain.

Ketiga, saya mahu pastikan kita salurkan dana kepada orang yang sentiasa berzikir. Insan ikhlas yang sentiasa berzikir ini sudah tentu tidak akan menipu kita, InsyaALLAH.

“Ya ALLAH, KAU dengarlah isi hati kami. Kami sangat-sangat mengharap belas kasihMU. Kami sangat-sangat teringin untuk membina masjid sendiri atas kalimah Syahadah. Maka terimalah usaha kami, rahmatilah kami dan berikanlah kami kasih sayangMu di bumi Mahsyar nanti.”

Nota: No AKAUN saya akan maklumkan di entri akan datang.



4 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Allah.

Amin amin yarabbal alamin atas doa yang Dr panjatkan buat kita semua.

Semuga Allah memberkati hidup Dr dan keluarga dan semua yang menyumbang ke dana masjid ini. Allahu Akbar!

AJ

Anonymous said...

Assalam Dr,

Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Allah.

Amin amin yarabbal alamin atas doa yang Dr panjatkan buat kita semua.

Semuga Allah memberkati hidup Dr dan keluarga dan semua yang menyumbang ke dana masjid ini. Allahu Akbar!

AJ

haji muda said...

Assalam,
Terima kasih AJ

Anonymous said...

Assalam Dr
Moga Allah sentiasa memberi kekuatan dan Ilham untuk Dr terus berkongsi ilmu dan pengelaman. Ameen

Terima kasih Dr atas semua usaha yang Dr kendalikan terutamanya dalam membawa beberapa teman Dr untuk sama-sama menguruskan DANA Masjid.

Saya juga merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada semua Teman Dr yang berkesudian untuk membantu dlam pengurusan DANA Masjid. Moga Allah permudahkan semua urusan mereka. Ameen

Saya berharap kepada semua Silent Readers blog "Haji Muda - Meniti Renjisan Kedamaian" akan dapat sama-sama membantu menyumbang "seangkat-angkat hati" kepada DANA Masjid ini.

Insya ALLAH saya akan membantu.

Moga ALLAH memberi ganjaranNYA kepada DR dan Teman-Teman Dr yang berusaha untuk menguruskan DANA Masjid dan membawa kami pembaca Blog ini untuk berkogsi Rezeki. Subhan ALLAH.

Salam hormat
kamarjhan