Alhamdulilah, dengan kasih sayang ALLAH saya diberi peluang untuk menyampaikan Khutbah Jumaat. Berikut diturunkan sinopsis Khutbah:-
Kehidupan kita di mukabumi ini cuma sementara. Esok lusa kita akan kembali kepada Pencipta kita. Himpunan harta dunia akan menjadi sia-sia jika ianya tidak disertai dengan ilmu, iman dan amal.
Dalam hidup, kita berusaha keras untuk mengumpul harta. Kita melabur ribuan ringgit dengan harapan untuk mengumpul untung. Kita melabur di pelbagai tempat, dan ada kalanya kita terlupa persoalan halal dan haram.
Khatib ingin mengajak sidang jumaat sekelian untuk memfokuskan pelaburan kepada pelaburan ilmu dan amal. Maka tindakan berikut perlu diambil:-
1) Mengenalpasti kelemahan ilmu kita.
Jika kita tiada ilmu, hadirlah ke majlis-majlis ilmu di Masjid dll.
Jika kita ada ilmu, mantapkah ilmu kita. Jika kita tahu kekosong ilmu, maka kenalpasti ilmu mana yang tidak mantap, dan berguru.
2) Cari masjid yang mampu memberi kita ilmu yang kita inginkan.
Kepimpinan masjid seharusnya proaktif memahami kehendak masyarakat bukannya kuliah yang diulang-ulang bertahun-tahun lamanya. Anak-anak muda generasi Y amat ketandusan ilmu “baru” bersesuaian dengan perubahan semasa. Masjid bukan untuk orang tua sahaja, ia perlu mampu menarik anak-anak muda.
Khatib juga ingin menyarankan kepada diri sendiri, kepada rakan-rakan CEO, YB, professor dan pensyarah supaya turut sama-sama menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah nur kehidupan. Bukanlah satu sikap yang baik bila berstatus CEO, YB, pengarah, professor atau pensyarah, kita hanya berada dalam kelompok elit. Dan dengan ilmu serta kepakaran, kita seharusnya sama-sama terjun ke dunia reality dan membantu membangunkan masyarakat.
Medan kita bukan dalam masjid. Medan kita adalah membina masyarakat dan bersama mencegah kemungkaran. Kepimpinan Masjid yang jumud dan lemah, akan ditanya oleh ALLAH. Sesuatu yang merugikan jika usaha dakwah ditarik ke bawah dengan pendekatan lama yang tidak menceriakan.
We need to advance! Ayuhlah kita melabur untuk mengukuhkan perjalanan kita menemui ALLAH. Mereka yang berilmu, hendaklah berusaha melaburkan ilmunya dan mereka yang tiada ilmu, melaburlah sedikit wang untuk memantapkan ilmu.
Barakallah……….
2 comments:
Assalam Dr.
Tahniah kerana dapat menyampaikan khutbah Jumaat. MasyaALLAH
Isi pati kutbah yang sangat tepat untuk menyedarkan kita supaya tidak lalai dengan pengaruh kehidupan untuk mengumpul sebanyak-banyak harta dunia. Astagfirullahalazim.
Moga kita semua akan mendapat pertunjuk jalan yang lurus dari ALLAH. Amin
Salam hormat
kamarjhan
Assalamualaikum Dr,
Allahuakbar...
Banyak ilmu yang di perolehi..
Zue
Post a Comment