Alhamdulilah, Dengan izin ALLAH dana Masjid Bojongloa (sehingga 25 Jan 2012) telah meningkat ke:-
RM66,066.22
SASARAN 1: RM80,000
SASARAN 2: Akan diputuskan secara syura oleh AJK pro-tem
Kemaskini maklumat:-
1. Beberapa cadangan telah dimajukan kepada saya oleh rakan-rakan bloggers mengenai dana masjid ini. Cadangan-cadangan ini akan mengakibatkan keperluan dana tambahan. Saya akan bincang dengan AJK pro-tem Kelab Haji Muda. Kita akan buat keputusan secara syura. Terima kasih dengan cadangan.
2. Saya telah mengarahkan rakan saya di Bandung supaya memulakan projek sungguhpun dana belum mencukupi.
3. Saya telah dijemput oleh pemimpin masyarakat desa Bojongloa supaya dapat hadir sendiri untuk menyerahkan dana permulaan dan sama-sama doa 'pecah tanah projek masjid'. Allahu Akbar! Saya belum putuskan untuk hadir kerana jadual tugas yang padat disamping keperluan menanggung sendiri kos penerbangan. Ketika MAS beroperasi awal tahun lalu (2011) tiket penerbangan ke Bandung cuma RM350 seorang dua-hala tetapi sejak MAS dihentikan perkhidmatannya untuk memberi laluan kepada Air Asia (?) kos ke Bandung pada November 2011 lalu ialah RM940 seorang dua-hala.
4. Ada dikalangan sahabat/bloggers memohon no akaun Maybank saya untuk tujuan sumbangan ke dana masjid Bojongloa ini. Saya mohon maaf saya tidak dapat mengizinkannya sungguhpun tuan/puan/sdr/i masih menyimpan no akaun Maybank saya. Mengapa?
a) Akaun Bank Islam tersebut adalah AKAUN KHAS KERJA AMAL. Ianya akan diaudit oleh orang-orang yang mempunyai kredibiliti. Ianya akan menjadi saksi dan diaudit di Akhirat nanti bahawa amanah tuan-puan dijaga rapi, InsyaALLAH.
b) Akaun Bank Islam tersebut adalah akaun konservatif. Maksudnya ianya tidak mempunyai kad ATM, tiada online banking facility dan mendapat kerjasama pengurusan bank. Walaupun ianya mungkin menyukarkan saya kerana perlu ke kaunter Bank untuk update status akaun, saya tidak menganggap ianya menyulitkan. Teamwork dari pihak bank amat saya hargai. VIP treatment, tiada isu. Alhamdulilah.
Mengapa konservatif? InsyaALLAH saya akan huraikan pengalaman saya di sektor korporat dan apa implikasi 'akaun kontemporari'. Wang amanah perlu diuruskan secara konservatif.
5) Walaupun dana masjid masih jauh dari sasaran 1, saya bercadang untuk mengusulkan kepada AJK pro-tem untuk meluluskan penghantaran dana sebanyak 100 Juta Rupiah (100 Juta! banyak tu...). InsyaALLAh jika kelulusan diperolehi, tt akan dibuat Isnin minggu depan.
6) Bagaimana jika dana sasaran 1 tidak penuh? Itu adalah urusan ALLAH. Sebagai tenaga pengerak, saya akan menanggung risiko.
Moga ALLAh mengizinkan desa ini memiliki masjid dan mengizinkan dana kita selamat tiba ke tangan mereka.
"Ya ALLAH KAU selamatkanlah dana ini dari insan korup."
".......menjadi tukang kebun di Syurga ALLAHpun dah kira okay........"
4 comments:
Assalam Dr,
Subhanallah! Allahu Akbar!
Sama sama kita berdoa semuga Allah berkati dan redhai usaha ini.
Semuga Dr dan keluarga dan semua warga HMMRK termasok mereka yang menderma dirahmati Allah. Amin ya Rabb.
Terima kasih Dr kerana memberi peluang kepada kami bagi ikut serta dalam kerja amal ini. Hanya Allah yang dapat membalas nya.
Jazakaullahukhairan kathira'
AJ
Assalam Dr
Moga ALLAH merahmati semua usaha untuk mendirikan Masjid Bojongloa... Amin
Sama-samalah kita berdoa moga pembangunan Masjid Bonjongloa akan berjalan dengan lancar. Insya ALLAH.
Salam hormat
kamarjhan
salam Dr.sefamili, semoga ada insan-insan yang terbuka hati dgn. ikhlas untuk menghulurkan derma bagi mencukupi dana tersebut sptmana yg. ditetapkan, insyallah.alhamdulilahirabbilaalamiin,perkenankanlah ya Allah.
Assalamualaikum Dr,
Allahu Akbar
Insya Allah dalam masa terdekat ni, akan penuh le sasaran, saya dah war-warkan pada rakan pejabat dan kakak yang memang mencari tempat untuk sedekah...
Moga terbuka hati mereka untuk sama-sama ber amal..
Zue
Post a Comment