A man's best friend is his wife.
Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Monday, May 18, 2015
Friday, May 15, 2015
AL-NAKBA: Di sana Merintih, Di sini Merungut...
Salam dan Muhasabah Jumaat,
Di saat kita mampu makan dan minum, dikala kita bergaduh dan melenting pasal isu Tabung Haji dan GST, sahabat2 kita di Palestin terus merenung masa depan....
Hari ini 15 Mei dikenali sebagai Nakba Day. Ringkasnya, Hari Nakba adalah hari penderitaan rakyat Palestin kerana dihalau dari tanahair sendiri. Tidak mustahil ianya berlaku kepada kita bilamana ahli politik sangat sibuk berpolitiking, menambah kekayaan, meratah masa depan rakyat dan berkompang ke arah kemusnahan ummah. Rakyat pula berpecah sehingga ulama' diperlekehkan...Wallah'alam.
InsyaALLAH, KHM sedang berusaha untuk menguruskan Program Dana Iftar Ramadan ke Gaza dan Baitulmuqaddis. Moga ALLAH permudahkan...
*****************************************************
Source: Al-Jazeera.com
Each year on May 15, Palestinians across the world commemorate the Nakba (catastrophe), or the 1948 establishment of Israel that led to hundreds of thousands of Palestinians being displaced from their homeland.
The estimated 1.7 million Palestinians who carry Israeli citizenship and live in villages, towns and cities across the country are no exception. Each year, protests, marches, lectures and other events to mourn their ancestors' dispossession are held in Palestinian communities across Israel. Yet, since 2011, Israeli legislation has made mourning the Nakba publicly difficult for Palestinians and others in Israel. The "Nakba Law" authorises Israel's finance minister to revoke funding from institutions that reject Israel's character as a "Jewish state" or mark the country's Independence Day as a day of mourning. Although the Nakba Law has yet to be technically implemented, human rights groups and activists say it has a dangerous deterrent effect and is meant to intimidate Palestinians and others who view Israel's establishment as a day of mourning for Palestinians.
The estimated 1.7 million Palestinians who carry Israeli citizenship and live in villages, towns and cities across the country are no exception. Each year, protests, marches, lectures and other events to mourn their ancestors' dispossession are held in Palestinian communities across Israel. Yet, since 2011, Israeli legislation has made mourning the Nakba publicly difficult for Palestinians and others in Israel. The "Nakba Law" authorises Israel's finance minister to revoke funding from institutions that reject Israel's character as a "Jewish state" or mark the country's Independence Day as a day of mourning. Although the Nakba Law has yet to be technically implemented, human rights groups and activists say it has a dangerous deterrent effect and is meant to intimidate Palestinians and others who view Israel's establishment as a day of mourning for Palestinians.
Sunday, May 3, 2015
REJAB: IMAN, CINTA DAN PERJUANGAN
Artikel yang telah dikongsi di ruang Tadabur Rehal Sinar Harian 12 Rejab/1 Mei 2015.
Rejab adalah salah satu bulan yang disebut dalam Al-Qur’an. Bila Al-Qur’an menyebut, sudah tentu ianya istimewa. Bulan Rejab adalah sinonim dengan peristiwa Isra’ Mikraj. Ianya bukan cerita dongeng. Rejab bukanlah sekadar satu perjalanan Pemimpin Agung bertemu Pemilik alam dan PenciptaNya. Ianya adalah perjalanan signifikan hamba menemui PenciptaNya, mengambil amanah dan menyampaikan amanah. Ianya adalah perjalanan ukiran iman, takjubnya cinta dan geloranya perjuangan. Rejab adalah bulan bermulanya hadiah istimewa dari langit khusus bagi umat yang mahu mengerti.
IMAN
Peristiwa Isra Mikraj benar-benar menguji keimanan para sahabat dan pendukung risalah Islam. Di kala Baginda merasa begitu gembira apalagi saat dapat bertemu dengan Allah swt, perkongsian perjalanan suci ini ditempelak oleh kaum Quraisy. Baginda ditertawakan, di gelar gila dan berbagai cemuhan menghingap telinga. Ianya mengegarkan kepercayaan masyarakat. Al-Amin gelaran istimewa Rasululah s.a.w sudah tiada nilai di saat manusia mempunyai hati yang rosak dan menolak risalah Islam. Di saat kekecewaan itu, muncul insan mulia bernama Abu Bakar As-siddiq membenarkan peristiwa Isra’ dan mikraj. Ia menyuntik semangat untuk terus berdakwah.
Dalam kehidupan, iman dan semangat kita sering naik dan turun. Di saat kita senang, kita terlupa sedikit dengan ALLAH dan di saat kita sukar, ramai pula teman yang meminggir. Itu adalah fitrah.
Jika Rasulullah saw mendapat hadiah istimewa daripada Allah saw pada bulan Rajab dengan peristiwa Isra’ Mi’raj, maka kisah Isra Mikraj juga mengundang hadiah ALLAH buat kita. ALLAH memberi kita bulan Rejab agar kita dapat memperkukuhkan iman kita, Iman akan wujudnya ALLAH, Tuhan yang Esa, Tuhan yang satu yang bersemayam di Arash.
Iman akan kewujudan para petugas ALLAH berupa para Malaikat
Iman kepada kewujudan Kitab-kitab suci
Iman akan adanya para Rasul dan Nabi serta Rasululah s.a.w, penutup segala nabi.
Iman akan adanya hari Akhirat
Iman akan Qada’ dan Qadar, perkara ghaib, iman akan ketentuan ALLAH.
CINTA
Di kala Baginda s.a.w berdukacita dan berhadapan dengan kehilangan insan-insan tersayang, ALLAH menunjukkan bahawa DIA lebih menyayangi. Di angkatNya darjat Rasululah s.a.w melalui proses isra’ dan mikraj, menjadi Pemimpin besar buat sekalian Rasul dan Nabi.
Justeru, dalam konteks ini, Allah menghadiahkan Rejab, Syaaban dan Ramadan sebagai tanda cinta dan kasih kepada hambaNya. Di saat kita lalai dengan nikmat dunia, Ramadan melambai melalui lorong Rejab dan Syaaban. Rejab memberi kita ruang untuk Cinta ALLAH, Cinta Rasulullah saw dan Cinta akan para sahabat Baginda.
Sudah tentu hadiah khas yang kita terima melalui Rasululah sa.w. ialah perintah Solat lima waktu sehari semalam. Ianya adalah tanda cinta ALLAH dan Rasululah s.a.w kepada kita. Solat adalah asas kejayaan. Perintah solat mengajar kita untuk menguruskan masa dengan baik, mengikut perintah dan tertib solat dan menjadi terapi kepada persoalan kehidupan yang sentiasa kita tempohi setiap detik dan saat.
Kita dapat berbicara dengan ALLAH secara gratis dalam solat dan ketika memanjatkan doa.
Lantas, bagaimana untuk berjaya jika seruan kejayaan (hayya alassolah) kita tidak ambil peduli?
PERJUANGAN
Bulan Rejab meninggalkan banyak kesan sejarah yang perlu kita hayati. Sejarah bukan untuk di simpan dalam muzium. Sejarah adalah untuk dihayati, diambil iktibar dan pencetus perubahan tamadun insan. Antara peristiwa signifikan berlaku dalam bulan Rejab adalah
1. Lahirnya Imam As-Shafiee
Imam Syafie dilahirkan di Ghuzah-daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Beliau menghafal 30 juzu’ Al-Quran ketika berumur 9 tahun, Mengkaji dan memahami kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya pada usia 19 tahun. Kerana kebijaksanaannya pada umur 15 tahun beliau telah dibenarkan memberi fatwa di untuk masyarakat dan menjawat sebagai guru ilmu hadith serta menjadi mufti. Ketika berusia 20 tahun beliau merantau untuk mendalami ilmu dengan Imam Malik di Madinah, dan kemudian ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah.
2. Pembebasan Palestin oleh Salahudin Al-Ayubi
Di bulan Rejab tahun 583 H (1187 M), Shalahudin Al Ayubi telah memimpin pasukannya berangkat ke Baitulmuqaddis untuk membebaskannya dari cengkeraman tentera salib yang telah menguasainya selama hampir satu abad. Kemenangan Shalahudin sangatlah istimewa karena berjaya mengembalikan bumi Isra’ Mi’raj dan kiblat pertama kaum muslimin ke dalam pangkuan Islam.
3. Jatuhnya Kerajaan Uthmaniah
Pada 28 Rejab 1342 Hijrah (3 Mac 1924M), Khilafah Uthmaniah telah berjaya dikuburkan secara rasmi oleh Mustafa Kamal At-Tarturk Turki dengan dokongan Britain dan Perancis. Di saat kerajaan Uthmaniah tamat, umat kehilangan asas kepimpinan. Tiada lagi institusi yang mampu melindungi umat secara kolektif dan global. Syariah tidak lagi dijadikan asas negara, dan ideologi sekular dan kapitalisma di tanam ke dalam jiwa umat dengan penjajahan terancang. Kerajaan besar Uthmaniah telah dipecah-pecahkan kepada lebih 40 negara-negara kecil dengan berpaksikan kaum, wilayah dan semangat kebangsaan yang merosakkan. Akibatnya, umat Islam terus berkelahi, merebut wilayah dan kekuasaan dan dipisahkan antara negara kaya dan miskin.
Rumusannya, bulan Rejab bukan sekadar bulan berkisar perjalanan Rasululah s.a.w melalui peristiwa isra’ dan mikraj untuk kita kenang. Tetapi bulan Rejab adalah bulan kita menilai tahap iman kita, status cinta kita kepada ALLAH, Rasululah s.a.w dan Islam serta bulan di mana kita menilai dan menghayati sejarah Islam agar umat akan lebih progresif. Imam As-Shafie menunjukkan contoh terbaik untuk umat menguasai ilmu, Salahudiin Al-Ayubi menunjukkan contoh membebaskan Baitulmuqaddis dan kejatuhan Kerajaan Uthmaniah seharusnya memberi semangat untuk umat bangkit demi mengembalikan Khilafah dan kepimpinan dunia ke tangan umat Islam.
Status Dana Iftar dan Tahfiz 30 April 2015
Assalamualaikum,
Alhamdulilah sukacita saya memaklumkan status dana bagi projek Iftar Ramadan dan Kompleks Tahfiz Profesional (jumlah sehingga 30 April 2015).
Dana Iftar Ramadan: RM67.00
Dana Kompleks Tahfiz Melaka: RM21,073.58
Tarikh Tutup:
Dana Iftar: 2 Jun 2015 (15 Syaaban)
Dana Kompleks Tahfiz: Masih dibuka hingga dimaklumkan
Terima kasih dengan sumbangan tuan/puan. Mohon share dan war warkan ke website, fb dan media lain supaya sasaran dana iftar tercapai dan Kompleks Tahfiz boleh dimulakan.
Terima kasih & Barakallahufeekum.
Monday, April 20, 2015
Wisata Turki: Travelling Guide
Foto: Wisata Uthmaniah Turki Disember 2014
Kepada 20 Peserta Wisata Turki Muslim holidays 26 April 2015, selamat berangkat untuk bercuti, berehat, menghayati sejarah Uthmaniah dan melihat Tulip Festival di Istanbul. Baca travelling guide in sebelum berangkat.
WISATA TURKI UTHMANIAH
TRAVELLING GUIDE FROM KELAB HAJI MUDA MUSLIM HOLIDAYS
(This small booklet is prepared by Dr Ridzwan Bakar as part of waqf programs to stimulate social business championed by KHM).
Pesanan KHM
“While travelling, don’t forget…..
To give sadaqah at every masjid and stop-point
Develop ukhuwah and team spirit, help each other
Doa and good prayers coz you are musafeer
Learn the success of Uthmaniah empire
Enjoy the beautiful scenery, foods, people, culture etc
Bring back home, the best knowledge that you gain and together we develop Muslims and syariah in Malaysia.”
You may give some token to this KHM-Travelling Guide and Waqf works
of Kelab Haji Muda (KHM) by contributing direct to:
Bank Islam Account No: 1418001-0013422 KHM Dana Annuiti Akhirat.
KHM: We don’t Sell, but We Serve…
TRAVEL GUIDE & TIP.
MONEY
1. Change USD in Malaysia, MYR is not accepted for change
2. Activate ATM & credit card for overseas usage.
3. Money changer at Istanbul airport charge service tax
4. Better to change currency USD to TurkiLira @ Silk Market Bursa, no service tax
5. May change money at the right of Gate 1 Grand Bazaar and many Money Changer inside Grand Bazaar.
HOTEL
6. Not all hotel in Turkey provide iron (even from house keeping), kettle, tea+coffee or even mineral water in room
7. Sejadah not available and not all hotel have qiblat sign
8. All breakfast and dinner in hotel, mostly buffet.
9. Comfortable walking shoes recommended, especially winter NO open sandal
COMMUNICATION & HANDPHONE & CAMERA
10. Bring charger universal converter and good quality powerbank.
11. Backup and clear memory on handphone, tab, ipad and camera before trip
12. If need be, bring back-up battery, memory card etc….
13. It is advisable not to use Malaysia SIMcard or rooming- Too expensive
14. Communicate via internet ie. Whatsup / skype etc.
15. Wifi available in the bus and most hotels.
FOODS & REST & RELAX
16. Foods are mostly kebab based, not spicy.
17. Advisable to carry with you chilli sauce, maggi etc.
18. Travelling time will be long, advisable to bring snack from Malaysia
19. There will be toilet break/rest every +-2hours
20. Not all R&R or stops have proper musolla & wudhu place.
21. Most Bay & Bayan are clean and have water for istinja’
22. Some Bay and Bayan cost TL1
FLIGHT & LUGGAGE
23. MUST BE AT KLIA 3 hours before departure.
24. Bring big bag & 1 spare bag even no plan for shopping, too many cases need to buy additional bag.
25. Some airlines allow only 2 check-in bags/boxes per person
26. Luggage allowance- MAS 30kg; Turkish Airlines 25kg
27. Advisable to Check-in individual/family rather than big group.
SHOPPING
28. Chocolate stick are nice - with pistachio 2TL, plain 1TL (R&R between Bolu - Istanbul)
29. Turkish souvenir cheapest at Masjid Sulaiman bazaar (eg. small bag 11 for 10TL, other places cheapest 6 for 10TL, pashmima 10TL others 15TL)
30. T-shirt there are some design available for 5TL, outside Spice Market & Grand Bazaar
31. Bursa - good buy for fridge magnet 1dozen 10TL, small pottery, scarf/pashmima at the small alley shop i.e. if facing Silk Market walk to the right, the shop at the back with garden. Good deal.
SADAQAH
32. Don’t forget to give sadaqah at every masjid and break-point.
33. At Green Mosque Bursa, you may give to senior citizens who work as a charity.
SAFETY
34. Walk in a small group.
35. Show your team spirit by helping each other.
36. Keep a copy of your passport photo in your smart phones
37. Keep your valuables in the safety box provided by the hotel.
38. Follow instruction from Tour Guide or Tour Leader.
39. In the masjid, take care of your valuables.
May ALLAH grant you the best journey.
NOTE:
Are you interested to travel, relax and enjoy the bounties created by ALLAH?
Istanbul, London, Spain, Bosnia, Switzerland, Korea,Beijing, Indonesia etc? OR Perform Umrah?
Discuss with KHM Consultant for Umrah and muslim holidays program.
Call/SMS/ Whatsup: 011-3233.2085 or email: drridzwanbakar@gmail.com
State your preference destination, tentative date and number of person.
KHM: We don’t Sell, but We Serve…
Sunday, April 19, 2015
Makluman KHM: Program Iftar Ramadan 2015
TARIKH TUTUP: 15 SYAABAN 1436H = 2 JUN 2015
Alhamdulilah dengan sokongan dari tuan/puan, sukacita KHM melancarkan dana Program Iftar Ramadan 1436H/2015. Untuk makluman, ini adalah tahun ke empat (4) program Iftar dianjurkan oleh KHM.
Menilai kembali kejayaan program pada Ramadhan tahun 2014 & 2013, agihan makanan telah dibuat di Mekah, Malaysia, Indonesia, Palestin dan Kemboja. Jamaah Umrah KHM telah dapat merasai sendiri suasana dan cabaran agihan makanan di bawah program Iftar on the street ini. Mereka dapat melihat sendiri bagaimana pek makanan menjadi rebutan golongan dhuafa di kota Mekah. KHM juga turut menghantar wakil ke Indonesia untuk membuat agihan dan melihat sendiri bagaimana suasana damai berbuka puasa dengan makanan simple seperti kurma, tempe, ubi kayu dan air putih. Wakil KHM turut menyampaikan KULTUM/Tausiyah dan mengimamkan solat di beberapa masjid di Indonesia. Sementara di Malaysia, agihan diberikan ke tiga pusat anak yatim di mana wakil KHM turut serta berbuka puasa dengan mereka.
Untuk foto, rujukan dan kejayaan program tahun lepas, sila rujuk posting dalam blog http://ridzwan-bakar.blogspot.com, facebook/kelabhajimuda dan facebook/ drridzwan sepanjang bulan Ramadan 2013 dan 2014 lalu.
Nikmat yang paling berharga ialah apabila kita dapat memberi sedikit rezeki dan melihat mereka sangat menghargai apa yang kita beri.
Kejayaan program Iftar pada tahun-tahun lepas telah menjadi titik tolak kepada usaha kita sama-sama untuk mengumpul dana bagi menaja masyarakat muslim khususnya golongan dhuafa fakir miskin berbuka puasa. Sesungguhnya, tidak rugi kita berkongsi sedikit rezeki kita untuk kerja kebaikan khususnya di bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak nanti. Dan ALLAH menjanjikan rezeki kita tidak berhenti apabila kita terus memberi.
InsyaALLAH, KHM telah merancang program berikut untuk tahun 2015:-
PROGRAM: IFTAR RAMADAN
(TAJAAN BERBUKA PUASA GOLONGAN DHUA’FA/FAKIR/MISKIN/ANAK YATIM)
A) LOKASI
Mekah Al-Mukarramah/Madinah .
Kos sehari untuk 100pax = SR1,200
SEbulan = SR36,000 bersamaan RM32,000
Indonesia (Dengan kerjasama Sahabat KHM Indonesia dan DT)
Kos sebulan satu masjid= RM8,000
Sasaran 2 buah Masjid = RM16,000
Malaysia: Pusat Anak Yatim/Tahfiz = RM10,000
Bangladesh
Kos sebulan satu masjid = RM3,000
Sasaran 2 buah masjid= RM6,000
B) JUMLAH DANA DIPERLUKAN = RM64,000
C) TARIKH MULA : 1 REJAB / 20 APRIL 2015
TARIKH TUTUP: 15 SYAABAN/ 2 JUN 2015
D) SASARAN:
Golongan dhuaafa/ fakir/miskin
E) MENGAPA DI MEKAH/MADINAH & INDONESIA & MALAYSIA & BANGLADESH?
• Ganjaran pahala 100,000x ganda di Tanah Suci Mekah
• Mudah capai sasaran di Indonesia. Contohnya, pendapatan penarik beca seminggu Rp80 ribu = Sebulan Rp320,000 bersamaan RM100 sebulan.
• Mencipta nilai kasih dan sayang ke atas anak-anak yatim Malaysia
F) BAGAIMANA DANA INI DIURUSKAN?
Diuruskan secara professional, amanah dan telus menggunakan Akaun Khas yang akan diaudit . Semua kemasukkan dana ke akaun ini dari 20 April – 2 Jun 2015 akan dianggap untuk sokongan program ini (Nota: Atau sehingga dimaklumkan). Jumlah kutipan dana ini akan dimaklumkan dalam blog dan FB setiap minggu supaya transparency transaksi jelas.
G) BAGAIMANA AGIHAN DIBUAT?
Dana ini akan ditutup untuk tujuan Audit pada 15 Syaaban/ 2 Jun 2015 (sasaran sebelum Nisfu Syaaban, sebelum buku amal kita diangkat untuk diaudit oleh Petugas ALLAH).
Dana akan dihantar/diagihkan terus ke Mekah/Madinah, Indonesia, Malaysia, Bangladesh selepas diluluskan oleh EXCO KHM pada 7 Jun 2014/ 20 Syaaban 1436H.
Malaysia: Diuruskan oleh Exco dan ahli KHM Malaysia
Mekah/Madinah:- Agihan dan urusan logistik diuruskan oleh Ahli Bersekutu KHM (affiliate member).
Indonesia:- Agihan dan pengurusan di buat oleh Sahabat Komunitas Haji Muda, Panitia Masjid dan Pasentren KHM Bandung Indonesia. Kejayaan dan pengalaman tahun 2012 dan 2013 akan membantu urusan logistic.
Nota: Untuk makluman dana sebesar RM1,800 akan dihantar pada 24 April 2015 ke Pusat Tahfiz Muslimah Misfalah minggu ini untuk tajaan makan minum pelajar sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.
Bangladesh: Agihan dan urusan logistik diuruskan oleh sahabat KHM Dakka
Palestin: masih belum confirm.
H) JIKA DANA MELEBIHI SASARAN?
Jika ditakdirkan dana melebihi sasaran, kesemua dana akan dihantar ke sasaran. Keputusan akan dibuat oleh EXCO KHM yang akan bersidang pada 7 Jun 2015.
I) Sumbangan ke Dana Iftar, sila gunakan akaun berikut:-
Nama Akaun: Kelab Haji Muda
Bank: Bank Islam
No Akaun: 1418001-0013411
Moga ALLAH mengurniakan rahmat dan rezeki untuk kita terus beramal dengan wadah KHM Dana Annuiti Akhirat. Terima kasih. Amin!
Untuk maklumat lanjut program ini, tuan/puan boleh hubungi terus:-
Dr Ridzwan Bakar drridzwanbakar@gmail.com
Mobile: 019-262.8585 Whatsup: 011-3233.2085
Friday, April 17, 2015
Hamba Yang Tidak Punya Apa-Apa
Artikel Sumbangan: Dr Ridzwan Bakar
Mac 2015
(Nota: Artikel ini telah dikongsikan di beberapa laman web).
Alhamdulilah dengan semua nikmat ALLAH buat hambaNya. Salam dan selawat ke atas junjungan mulia Muhammad s.a.w, para sahabat, para syuhada’ dan ahli keluarga Baginda s.a.w.
Mac 2015
(Nota: Artikel ini telah dikongsikan di beberapa laman web).
Bersyukurlah kita kerana berada di kalangan orang-orang yang beriman. Orang beriman hidupnya simple, tenang dan sentiasa berusaha mengukir kebahagiaan hidup untuk diri, ahli keluarga dan masyarakat. Orang beriman akan mensyukuri kesulitan kerana kesulitan hanyalah batu-batu kecil yang tidak akan mengubah jalan kehidupan.
Saya percaya, di saat ini, ramai rakyat nusantara khususnya dari Malaysia kini berada di Haramain, tanah suci yang dijanjikan ketenangan. Ketenangan yang Cuma difahami oleh mereka yang berkorban harta, jiwa dan masa demi mencari pertemuan hamba dengan Pemiliknya dan pengikut kepada Pemimpin Agung Muhammad s.a.w.
Haji UMrah dan Tanah Suci adalah aktiviti ibadah dan lokasi di mana sang hamba mampu berfikir, menyendiri dan meneliti persediaan hari esok. Itupun jika para jamaah umrah benar-benar hadir di bumi Haramain untuk mencari sesuatu yang hilang, datang dengan ikhlas bukan datang ke Tanah Suci kerana menghabiskan cuti dan bersuka ria. Tidak salah bersuka ria di Tanah Suci, tetapi hasil dari umrah mungkin kurang impaknya, bilamana hati turut lalai di Haramain.
Batu-batu kerikil kehidupan tidak mampu mencairkan hati kerana batu kerikil ini sentiasa menyebukkan kita dengan ancaman hidup. Kita disibukkan dengan urusan dunia sehingga kita larut di alam fitnah dan alpa untuk menghayati persediaan hari esok.
Dunia kini makin membosankan, mungkin tanda hari pembalasan kian hampir. Manusia semakin rakus, fitnah alam maya berleluasa, manusia hipokrit makin ramai, ekonomi makin menghimpit, pemimpin semakin tamak dan korup sementara ulama dihina dan dicerca. Manusia makin sibuk dalam alam glamour, ustaz ustazah pula bersungguh-sungguh untuk menjadi selebriti sementara ulama dan guru yang benar-benar ikhlas terpinggir. Itulah dia batu kerikil kehidupan, perhiasan yang dicintai manusia untuk hidup dipandang dan dimuliakan.
Bila berada di Madinah, kita tinggalkan nikmat dunia,
Kita muhasabah diri dan menangis sendiri
Kita letakkan kepala serendah mungkin di karpet hijau Raudah,
kita menangis lagi di situ…..
hati hiba,
Keimanan dan keyakinan menyelinap masuk dalam jiwa
Bila kita mengaku kita hamba dan mengharapkan rahmatNYA.
Hati kita akan mencapai kebaikan
Dan jiwa kita akan merasa keseronokkan
Bila hamparan hati diluahkan
Doa dipanjatkan
Kerana kita hamba, yang tidak punya apa-apa……
Subscribe to:
Posts (Atom)





