Isu PPSMI akan terus membara selagi tuntutan pencinta bahasa Melayu di pandang ringan. Di dada akhbar hari ini terpampang perkataan ’Hasil Meja Bulat Di tolak’.
Saya baru kembali dari Singapura setelah berada di sana selama 3 hari. Secara umum, masyarakat Singapura berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik termasuklah di kalangan masyarakat Melayu. Di dada akhbar Berita Harian Singapura terpampang wajah seorang Profesor Melayu yang telah diberi kepercayaan tinggi dan menerima
grant untuk mengembangkan kajian beliau. Wartawan akhbar pula mempersoalkan mengapa masyarakat Melayu cukup sensitif dengan perkataan inggeris yang di Melayukan tetapi boleh pula menerima bahasa Arab yang di Melayukan? Banyak lagi perkara yang boleh diperbahaskan berhubung bahasa inggeris-Melayu ini.
Namun begitu, saya berminat untuk membawa empat perkara yang ingin saya berkongsi di posting kali ini:
1. Dikalangan anak2 Melayu mereka mahu PPSMI diteruskan.
Bila saya tanya anak-anak Melayu (termasuk anak saya dan anak saudara/jiran) mereka mahu PPSMI diteruskan. Mereka berhujah bahawa mereka dah bersedia dan boleh belajar dalam bahasa Inggeris. Ini sedikit membuka minda saya bahawa anak-anak kita cepat belajar dan mampu melakukannya. Ia turut memberi tamparan kepada saya yang menentang PPSMI!
2. Dikalangan rakan-rakan saya di sektor korporat dan kerajaan, kebanyakkan pula mahu PPSMI diteruskan. Mereka mahu anak-anak mereka lebih hebat dari diri mereka.
3.
Malay Competitiveness. Di kalangan CEO Melayu yang saya temui menyatakan bahawa Melayu tidak akan kompetitif di pasaran global jika tidak menguasai bahasa Inggeris di sekolah.
4. Pelaksanaan tidak meletakkan kepentingan.
Saya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa kita kena ubah nama bangunan, nama jalan atau nama tempat kompleks membeli belah kepada nama bahasa Melayu. Masyarakat Cina berusaha keras mengubah nama bahasa Melayu ke bahasa lain di papan tanda jalan di KL dan P.Pinang. Kita pula membiarkan nama-nama Inggeris tumbuh macam cendawan di Taman perumahan, kompleks pejabat dan pusat membeli belah. Persoalannya bagaimana untuk kita melakukan perubahan ini setelah terlanjur jauh melebihi 50 tahun pasca Merdeka?
Pada hemat saya, Melayu perlu menguasai bahasa Inggeris untuk tujuan komunikasi. Kita tidak kompetitif kerana kita tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik walaupun mungkin kita boleh menulis dan membaca dalam bahasa Inggeris dengan baik. Bangsa bukan Melayu tidak lah hebat sangat dengan inggerisnya namun mereka mampu hentam sahaja bila berbicara dalam bahasa asing itu. Bila saya menemuduga anak-anak Melayu yang memiliki Ijazah kelas Pertama atau yang memohon biasiswa PhD/Masters, kelemahan ketara ialah tidak mampu ekspresi diri dan berhujah dalam bahasa Inggeris. Jadi di mana silapnya?
Mutiara Bicara:
Bila kita bermusafir atau menunaikan Haji tiada bahasa lain yang mampu untuk kita berkomunikasi selain bahasa Inggeris (terlalu kurang orang kita boleh berbicara dalam bahasa Arab). Justeru, kementerian perlu membanyakkan masa di sekolah untuk anak-anak bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ibubapa pula perlu juga gigih menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Al-Qur’an lohgatul arabiah supaya menjadi contoh terbaik untuk anak-anak.