Salam warga muslim sekelian,
Terlalu banyak ujian yang perlu ditempoh oleh pendukung risalah Islam. Akibat kelemahan kita Kaabah pernah dipermainkan oleh pihak kuffar. Gambar di bawah adalah satu projek di bandar New York tahun 2006 yang menyamakan Kaabah di Mekah dengan outlet menjual arak.
Difahamkan, usaha untuk mengujudkan Apple Mecca berjaya dilakukan pada tahun berkenaan. Ianya adalah pusat santai menjual arak. Saya masih ingat, ketika belajar di England dahulu, ada satu pub di tempat saya dinamakan Mecca. Bila ditanya kepada warga emas Mat Salleh tempatan mereka memaklumkan saya bahawa Mecca membawa maksud pusat pertemuan.
Jika usaha di atas benar, maka sudah tentu masyarakat muslim New York yang kukuh solidariti mereka akan bangun.
Kita bagaimana....?
No comments:
Post a Comment