Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, May 21, 2009

Rindu Madinah

Setiap kali saya bertemu rakan-rakan rapat saya akan menyebut ”Saya merindui Madinah....”

Apa yang ada di Madinah? Kepada mereka yang pernah ke Tanah Suci anda tentu tahu apa istimewanya Madinah.

Kelmarin saya terjaga dari tidur jam 3.30pagi. Kerinduan Madinah amat terasa. Di keheningan malam itu airmata saya menitis. Tiada siapa mengerti isi hati ini. Sholat di bumi Malaysia tidak memberi saya kenikmatan. Kehidupan dunia korporat pula banyak melalaikan saya. Walaupun saya berusaha kuat, melakukan terbaik di pejabat dan melayan pegawai bawahan dengan jujur, kenikmatan kehidupan Madinah tidak dapat ditandingi. Sumbangan saya untuk masyarakat dan dunia Islam juga tidak seberapa.

Jam 4.30 pagi saya mencapai kunci kereta meneruskan perjalanan saya ke Masjid Negeri Shah Alam. Saya pasti isteri saya akan kecewa jika saya tidak mengajak beliau sama-sama ke Masjid. Namun saya rasa saya mahu berbicara dengan Tuhan saya, saya mahu menyendiri ketika itu.

Masjid Negeri terang benderang macam di Madinah. Cuma suasananya sunyi tidak seperti di Madinah di mana manusia berebut-rebut untuk datang awal ke Masjid dan beramal. Kelihatan tiga orang sudah berada di ruang sholat. Ada seorang sedang tidur. Azan pertama Masjid Negeri amat sayu dan meruntun perasaan. Suasana dingin Masjid makin terasa. Suasana Madinah juga makin dihayati. Saya dibuai dengan pengalaman keindahan beramal di Masjid Nabawi.

Ketika itu airmata menitis lagi....

”Ya Allah, aku amat merindui Madinah. Izinkan aku hadir lagi di bumi RasulMu pada tahun ini....” Amin.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..menitis airmata ini ..suasana di masjid nabawi 11 tahun lalu sangat terasa..sy mengerjakan umrah di bulan syaaban bersama bonda dan ayahanda tercinta juga anakanda sy yang ke 7 tika itu hanya berumur 11 bulan..teringat juga suasana di masjid baitulrahmah di banda aceh yang saya ziarahi akhir april yang lalu..sangat terkesan di hati ini..masjid yang sentiasa di hidupkan diraikan oleh mereka yang ikhlas pasti x sama dgn masjid yang sebaliknya...mg rumah2 kita juga diraikan seperti itu...dihidupkan dihiasi dgn ahlinya sentiasa dalam redha Allah dgn solat jemaah, solat malam, bacaan alquran, majlis ilmu..hingga menjadi sebahagian drp taman2 syurga Allah swt...

Unknown said...

Assalamualaikum..
Saya pun merindui Madinah Al Mukarramah.

Walaupun saya tak pernah ke sana.. terkadang terfikir.. layakkah aku ke sana.. diri taklah sehebat mana cumanyer terfikir akan kisah silam yang menjauhkan aku dan DIA, pencipta sekalian alam..penuh dengan dosa yg terbawa dek akal..


Di tikar sejadah selalu kupanjatkan doa agar dapat menikmati ketenangan dan beribadat sepenuhnya, moga2 satu hari nanti.. akan terlaksana cita2.. Amin!

noor said...

Assalamualaikum..kenapa yer.post Prof Kamil dan Dr seolah-olah memahami keadaan sy untuk ke Tanah Suci lagi. Dalam keadaan kesibukkan ini hati meronta-ronta utk ke sana.Ingin menikmati ketenangan melakukan ibadah itu yang sukar saya gambarkan keseronokkannya...

KOLEKSI MEGAT DAN AZURA said...

Assalammualaikum,

Entry kali ni membuatkan saya rasa nak berkata sesuatu... sayu rasanya... bergenanang air mata ini...sangat tersentuh hati ini. Mana tidakknya, keiinginan saya utk menghantar mama & ayah ke sana masih belum tertunai. Saya mmg berhajat mahu menghantar mama & ayah ke sana. Tambahan pula mereka sememangnya belum pernah ke sana sebaliknya hanya mendengar cerita dari sanak saudara & sahabat handai selain menghadiri majlis kesyukuran bagi mereka yang bakal berangkat ke sana...

Bilakah masanya? tertunaikah hajatku ini Ya Tuhanku...Ya allah, KAU makbulkan lah hajat ku ini... AMIN...

ridzwan said...

Salam ananymous, impian serikandi, noor dan Azura. Kita memerlukan sesuatu utk menerangi hidup kita. Moga hasrat kalian utk ke Tanah Suci dan beribadat di sana akan mendapat jalan mudah, diberi rezeki dan kesungguhan.

Intanterpilih said...

memang Allah beri kelebihan pada Rasulullah saya kira...kerana kerinduan pada Baginda tak putus putus....semasa di Madinah, pagi pagi saya akan melawat makan Baginda, balik aje, sampai bilik hotel teringat semula nak pegi melawat Baginda....seolah olah baginda berada di situ....jadi, tghri kena perig semula untuk mengubat rindu.....itulah rutin di Madinah....Semoga Baginda Rasulullah SAW memberikan syafaat kepada kita...amin..