Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, July 15, 2009

Alam Sepi Dan Gelap Gelita


Semalam saya tiba rumah selepas azan Maghrib. Tidak sempat saya berjamaah di Masjid atau juga tidak sempat berjamaah dengan isteri dan anak-anak kecil saya. Itulah rutin harian; keluar rumah lepas solat Subuh dan balik sebelum Isya’. Bila saya memasuki rumah, emak saya sedang solat Maghrib ditemani oleh anak kecil saya yang berusia 2 tahun. Terkejut saya dengan kehadiran mak. Itulah mak saya. Beliau tidak akan menyusahkan anak-anaknya. Beliau Cuma hadir membuat ziarah mengejut dengan ditemani oleh anak saudara saya.

Selepas solat Maghrib tiba-tiba seluruh kawasan perumahan saya black-out. Alam terasa sepi dan gelap gelita. Saya teringat kembali ketika kecil-kecil dahulu saya dibesarkan dengan lampu pelita, lampu gas dan lilin, tiada tv, tiada telefon, tiada astro, tiada internet dan boleh dikatakan serba tiada. Kenangan hidup gelap gelita bersama mak dan arwah abah amat terasa malam tadi. Suasana cengkerik malam dan angin sepui-sepui bahasa mendinginkan keadaan kampong yang gelap itu. Tiada aktiviti yang menarik ketika itu melainkan membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah.

Zaman kini, anak-anak kecil bersungut sebab tiada lampu dan keadaan panas dalam rumah. Itulah anak-anak kita. Mereka dibesarkan dalam keadaan serba ada, serba lengkap. Kesempatan yang Allah beri ini kami gunakan sebaik mungkin untuk membuka minda anak-anak kecil saya. Nenek mereka pula bercerita kisah 30 atau 40 tahun dahulu di mana rumah tiada letrik dan tiada bekalan air. Kampung di zaman itu amat aman dan releks. Suasana aman dan releks menyebabkan hati kita lebih damai, tiada suara hiruk pikuk, tiada deruman mat rempit.

Di sebalik kegelapan dan kesunyian malam, cuma azan isya’ sahaja yang berkumandang gagah dari sebuah surau di kawasan lain yang berhampiran.

Terima kasih Allah dan terima kasih mak kerana menghadirkan satu pengalaman baru untuk anak-anak kecil saya. Alhamdulilah segenap puji bagi Mu Ya Allah, kerana Kau memberi akanku refleksi kenangan indah hidup susah berbekalkan lampu pelita.

”Ya Allah, Kau terangilah teratak barzakh kami dengan nur yang melimpah ruah. Kau rahmatilah pengunjung setia blog ini dan berikanlah kami kasih sayangMu. Kau terimalah airmata kami dan Kau benarkan airmata kami untuk mendinginkan tekanan kepanasan hidup barzakh dan MahsyarMu.” Amin!

9 comments:

Kamarulhisham bin Haron said...

hati tersentuh membaca blog dr. pada hari ini.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Dr Ridz,
Zaman KN kecil2 dulu pun tak ada bekalan letrik! Membaca dgn menggunakan pelita sampai meniarap...kekadang tu sampai terbakar rambut!!
Sungguh nostalgia...KN terkenangkan kedua2 arwah ibu & ayah!

Anonymous said...

tq atas doa ..
semoga Allah memberkati kita semua amiin

-knoreza-

One Malaysia said...

Gelap TNB offkan sekejap oklah sbb mungkin ada gangguan dimana2. tp kalau hati kita gelap bagaimana nak terangi?

ridzwan said...

Sdr Kamarul, insyaallah moga entri kali ini bermanfaat. Insyaallah kalau ada peluang boleh lah kita jumpa di Melaka.

ridzwan said...

Salam Kak Nab,
Betullah.., seronoknya belajar sambil meniarap, buku terbakar disambar pelita dan nyamuk yg banyak dan sihat2. Ubat nyamuk lingkar tu ada jual lagi ke?

ridzwan said...

Salam Siti noor,
Soalan yang diberi boleh check-mate pembaca, simple dan tepat. Nanti bila free saya menulis sikit pasal camne nak terang hati atau tunggu sahaja buku ke 2 saya keluar sedikit masa lagi.

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan..posting kali ini sangat menarik..tahniah Dr ,semoga semua yang membacanya mendapat sentuhan istemewa..
Posting kali ini juga mengingatkan saya pengalaman minggu lepas bersama2 pengundi di manek urai..saya dan beberapa orang sahabat daripada Johor di amanahkan untuk bertugas di peti undi lata rek..3 malam kami di sana..sebuah kampung yang masih kaya dengan keasliannya..airterjun yang begitu jernih dan dingin..riuh dengan bunyi cengkerik, kicauan pelbagai jenis burung..
Buah2an pelbagai jenis..langsat,durian, manggis, buah salak pun ada..insyaallah saya akan cuba coretkan di posting saya yang terbaru..apapun kenangan masa lampau tetap manis untuk dikenang..pasti ianya dapat menajamkan nurani insan yang sedar dan insaf siapa dirinya..

zarea106 said...

Salam Dr. Ridz,
Saya org yg membesar diantara zaman yg mula moden dan zaman pelita dan lampu gasolin. Alhamdulillah saya merasa pengalaman melihat ayah menjelang senja mula menghidupkan lampu gasolin... sgt nostalgia.