Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, July 11, 2009

Dukacita Nikmat Duniawi

Baru-baru ini saya bertemu dengan rakan yang kehilangan keretanya akibat dirompak oleh tiga ke empat pemuda India (Nampaknya Tanah Melayu sudah semakin tidak selamat). Sudah tentu kita akan merasai perasaan yang sama jika kita berada di dalam diri beliau. Kemurungan dan masalah birokrasi amat meletihkan minda beliau.

Dengan bahasa selamba saya nyatakan kepada beliau bahawa percayalah Allah akan mengganti kesabaran beliau dengan kereta yang lebih baik. Tidak perlu ditangisi kehilangan harta duniawi kerana walaupun ianya penting, ia tidak mampu menjamin kehidupan kita di alam barzah dan mahkamah akhirat.

Cuba fikirkan, bagaimana orang mati terpaksa meninggalkan semua harta yang dihimpun sepanjang tempoh kehidupan. Mereka tidak membawa apa-apapun. Mereka tinggalkan kereta mewah, istana, pangkat, gelaran, status dan semua yang berunsur duniawi. Baju yang mahal-mahal juga ditinggalkan. Mereka hanya ditemani dengan kain putih seperti insan yang sedang berihram. Justeru untuk apa dipanjangkan dukacita kehilangan sedikit nikmat duniawi?

Allah berfirman di dalam surah Az-Zumar: 10
”....sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”

Justeru, bangunkanlah istana di alam akhirat dengan amalan dan akhlaq terpuji. Allah akan terus memberi ilmu kepada hamba-hambaNya dengan memberi berbagai cubaan dan cabaran.

Usahlah berdukacita dengan kehilangan sedikit nikmat duniawi kerana ianya bukanlah penghujung perjalanan mencari kedamaian hati.

4 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Sangat setuju!!

Salam sejahtera....... said...

nikmat dunia yang dipinjamkan pada kita...seorang teman saya kehilangan kakinya baru2 ini cukup memberi keinsafan pada diri saya..

inamohamed said...

Salam,

Sungguh beruntung sebenarnya orang yang diuji Allah swt dengan musibah krn di sebalik musibah itu sebenarnya baru dapat kita memahami erti sebenar kesabaran. Begitu banyak balasan yang dijanjikan Allah swt bagi orang-orang yang sabar. Hanya orang yang benar2 bersabar dpat merasai nikmatnya.

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan..Allah mengajar kita agar selalu berdoa sepertimana dalam surah al baqarah ayat 250..yang bermaksud "Allahumma..tuangkan kepadaku kesabaran, dan kukuhkanlah kedudukan dan pendirianku dan menangkanlah aku terhadap orang-orang kafir.."..begitu juga di ayat yang lain..Ya Rabb..kurniakan lah aku dengan kesabaran yang lebih baik..'

Sesungguhnya sabar itu cantik..tahniah dr..posting kali ini menajamkan lagi nurani sapa saja yang membacanya...