Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, July 4, 2009

Malu Pada Diri Sendiri


Adakah anda mempunyai perasaan malu pada diri sendiri?

Di dalam kitab ‘Al-Akhlaq Li Al-Banin disebutkan bahawa ada tiga sifat malu iaitu malu kepada Allah, malu kepada manusia dan malu kepada diri sendiri.

Samada sedar atau tidak, kita sering menipu diri sendiri. Kita tidak tahu malu pada diri sendiri. Kita berjanji hendak bangun solat malam, namun kita utamakan tidur. Kita janji hendak solat subuh berjamaah di Masjid, tetapi jam loceng tidak di ON kan. Kita janji hendak baca Yasin malam Jumaat, tetapi hati kuat untuk menonton berita isu-isu politik dan sensasi. Kita berazam untuk beriadah untuk menjaga kesihatan, tetapi hati lebih cenderong untuk window shopping.

Di dalam kitab di atas dinyatakan bahawa usahlah kita melakukan sesuatu yang, apabila di khalayak ramai kita akan malu melakukannya. Kita tidak menghargai diri sendiri jika kita cuba menipu diri kita. Jika kita boleh menipu diri sendiri, maka tiada jaminan yang kita pula tidak menipu orang lain.

Kita lebih tahu diri kita dari orang lain. Jika kita boleh dan berterusan menipu diri sendiri, maka kita tidak layak untuk menjadi pemimpin. Saidina Ali r.a. menyebut ”Rasa takut akan menimbulkan kegagalan dan rasa malu yang tidak wajar tidak akan membawa natijah kebaikan.”

Hidup yang bererti adalah yang mampu memberi manfaat kepada diri dan persekitaran.

1 comment:

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan..syukran sudi menjengok blog saya..harap tunjuk ajar..ttg setting blog saya pun x pandai..minta bantuan anakanda juga..sebab nak mama nya terus menulis..mg saling ingat mengingat..moga pelangi senentiasa mneghiasi dan meniringi usaha kita,,..

July 6, 2009 8:35 PM