Blog ini telah beberapa kali memberi anjuran supaya kita menghargai insan lain. Ianya ditujukan khas kepada diri penulis sendiri agar diri penulis sentiasa merendah diri, menghargai orang lain dan menjaga nilai tinggi.
Kelmarin saya melangkah ke sebuah Jabatan Agama yang terbesar di Tanah Melayu ini. Saya pernah hadir ke sini sebelum ini untuk memberi idea kepada pusat zakat. Namun kali ini saya berurusan di jabatan agama pula.
Dari awal hingga akhir, kemesraan tidak wujud. Saya tidak nampak sikap professional dan akhlaq berkualiti tinggi ditunjukkan oleh pegawai-pegawai yang saya temui (kecuali Mufti di mana beliau sendiri bersalaman dengan saya dan seorang lagi ustaz muda).
Cuba bayangkan perkara-perkara berikut:-
1. Pegawai agama yang tidak menunjukkan muka ceria
2. Pegawai agama menghisap rokok
3. Pegawai solat zohur di penghujung waktu (jam 4.20 petang)
4. Kaunter pertanyaan kosong, tiada siapa menunggu? Tiada juga loceng untuk ditekan!
5. Saya dan rakan saya menunggu lebih 30 minit tanpa ada seorangpun yang melayan.
Bila pegawai hadir di kaunter pertanyaan, beliau terus duduk mengoyang-goyangkan kerusi dan membiarkan saya dan kawan saya berdiri. Cara bertanya pula memang totally out, dengan perkataan lain, seolah-olah hendak menunjukkan kuasa dan ego. Proses mudah jadi susah. Kalau kita pergi ke balai polis (walaupun masih kurang profesionalismanya, saya masih dijemput duduk untuk berdiskusi). Cubalah anda bayangkan pergi ke jabatan agama kemudian anda di tanya berbagai-bagai soalan yang tidak membina. Ianya sudah terbalik, sepatutnya saya yang bertanya banyak soalan. Dengan perkataan berlapik, dengarlah apa yang orang lain hendak beritahu bukan memberitahu masalah kita kepada pelanggan.
Jika inilah budaya kerja mereka, lebih baik saya terus ke pejabat Mufti untuk berdiskusi dan memberi idea.
Kita mahu mengubah masyarakat tetapi jabatan agama sendiri kurang kualitinya. Rupanya, ramai orang bengang waktu itu. Ada yang berkata, ”Kalaulah ada cina atau India hendak masuk Islam, dah tentu mereka balik memikirkan layanan yang tiada standard ini!" Perkataan ini sudah banyak kali saya dengar dari rakan-rakan bukan Melayu yang mahu masuk Islam. Mungkin mereka juga kecewa kerana mereka tidak dihargai untuk menjadi sebahagian dari masyarakat Islam Malaysia. Saya terfikir, jika Allah beri saya peluang menjadi Pengarah di sini, banyak perkara saya akan buat dan ubah.
Moga Allah mengampuni dosa dan kesilapan kita.
MUTIARA BICARA
Walau apapun pekerjaan kita, belajarlah menghargai orang lain.
6 comments:
Assalamualaikum,
Inilah realiti dan cabaran dunia diakhir zaman. Islam tanpa roh dan jiwa. Hanya pada jasadnya sahaja. Islam merupakan pelengkap kehidupan. Sebesar-besar nikmat anugerah ALLAH kepada kita adalah nikmat Iman dan Islam. Islam bukan sekadar agama yang diwarisi, dihayati dan dipraktikkan dalam upacara-upacara tertentu dan bukan juga agama yang terbatas kepada tempat-tempat tertentu, bahkan Islam sebenarnya adalah cara hidup. Setiap urusan hidup mestilah diserasikan dengan Islam.
Islam bukan sekadar berkisar pada mengucap syahadat, solat, puasa, membayar zakat dan menunaikan haji, tetapi lebih dari itu.
Firman ALLAH S.W.T.:
“Barangsiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai cara hidupnya tidak akan diperakui dan tidak akan diakui oleh ALLAH dan akan termasuk ke dalam orang-orang yang rugi di akhirat kelak”
Sebagai cara hidup yang lengkap, Islam juga mengatur penganutnya cara mencari rezeki sama ada sebagai majikan atau pekerja seperti :
- menjalankan kerja yg dipertanggungjawabkan dgn jujur, ikhlas dan amanah
-konsep keberkatan dari hasil upah atau gaji yg diterima dari pekerjaan yang dilakukan.
Justeru itu, jika Islam tidak lagi digunapakai sebagai satu cara hidup, maka timbullah perkara-perkara sedemikian rupa seperti yg saudara hadapi.
Islam adalah satu cara hidup yang menjanjikan balasan baik kepada
penganutnya yang taat kepada cara hidup acuannya manakala balasan buruk pula akan menjadi habuan kepada mereka yang tidak menserasikan gaya hidupnya dengan acuan Islam. Pembalasan itu sama ada di dunia ataupun di akhirat. Namun ALLAH S.W.T. yang bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang menawarkan pakej taubat untuk mereka yang terlanjur supaya
diampuni olehNya.
Semoga kita seluruh umat Islam sentiasa dibawah perlindunganNYA dan kerahmatanNYA dan sentiasa diampuni .
Assalamualaikum Dr.
tiada cara ke ntuk mengubah perangai seperti pegawai tersebut.
kalau boley Dr. terangkan bagaimana cara memilih sesuatu calon yg berkualiti dgn lebih terperinci.
Salam rezeki,
Terima kasih dgn coretan perkongsian ini. Sememangnya Islam itu indah, namun sikap kita sukar dikawal mungkin akibat faktor diri, persekitaran,stress kerja dan budaya. InsyaAllah kita usahakan bersama.
nota: adakah tn/pn insan yang sama menghantar email kpd saya baru-baru ini?
Salam anonymous,
InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan menulis berkaitan ciri-ciri calon berkualiti. Perkara ini telah saya nyatakan di dalam buku ke 2 saya bertajuk "CINTA KAABAH" (buku ini sudah dimajukan kpd penerbit menanti lampu hijau utk dicetak).
Salam ,
ya, saya ada menghantar email pada saudara .
Salam Ridz,
Dalam diam2 ada buku baru yang akan diterbitkan! KN menunggu ni...
Post a Comment