Setiap kita tentu mempunyai pengalaman terperangkap. Samada terperangkap dengan kesesakkan jalanraya, terperangkap dengan operasi memandu laju, terperangkap dalam lif atau yang seumpamanya.
Bila kita terperangkap, kita akan mengeluh. Jika terperangkap dengan anggota polis trafik kita Cuma boleh minta maaf dan mengaku kesilapan. Rakan sepejabat saya pula pernah terperangkap dalam lif. Sekarang ni beliau masih fobia bila menaiki lif walaupun ianya telah berlaku 12 tahun lalu.
Kelmarin, saya juga terperangkap. Kali ini Allah ingin memberi saya satu ilmu. Biasanya saya akan solat zuhur di surau induk di pejabat. Surau ini agak jauh sedikit namun mempunyai kuliah harian dari jam 1.00-1.45 tgh. Oleh kerana surau ini jauh sedikit dan saya pula mempunyai jadual mesyuarat jam 2 petang, maka saya mengesahkan keinginan untuk solat di surau kecil. Surau kecil ini tidak mempunyai jadual khusus pengajian agama ketika rehat tengahari.
Selepas berwudu’, saya memasuki surau dan mendapati Cuma ada 2 orang lelaki. Pengajian tajwid Al-Qur’an sedang berjalan. Subhanallah, ada kelas pengajian pula! Saya duduk dan berkongsi buku dengan seorang rakan. Saya bertanya rakan pejabat ini “Ini kelas baru untuk jamaah ke?” Beliau menjawab “Entah aku pun tak tahu. Aku terperangkap.” Saya gelak dalam hati “rupanya bukan saya aje yang terperangkap! .”
Namun dalam terperangkap, Allah memberi kami ilmu untuk menambahkan lagi bekalan hidup. Selama ini kita baca Qur’an tetapi kita mungkin alpa akan tajwid. Kita baca terjemahan Qur’an tetapi kita kurang tekankan penafsiran dan aplikasi Qur’an dalam kehidupan.
Saya sujud syukur kerana terperangkap...
2 comments:
Salam perjuangan.. Subhanallah..perangkap yang membawa kebaikan..yang mampu menajamkan nurani insan yang melaluinya...moga sentiasa bersedia dengan perangkap2 yang pasti akan datang tanpa signal..bila kita ikhlaskan dan pasrahkan semuanya pada Allah pasti ada pelangi, berlian dan cahaya di hujungnya...
Salam tajamkannuraniku,
Amin! moga pelangi, berlian dan cahaya sentiasa bersinar buat hambaNya.
Post a Comment