Alhamdulilah dengan izinNya, saya telah dapat memenuhi jemputan berceramah di sebuah jabatan. Walaupun saya agak kurang sihat sejak seminggu ini, atas dasar tanggungjawab dan ingin berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman, saya kuatkan diri untuk menghadirinya.
Terima kasih kepada sekretariat IT khususnya Liyana dan Zuraini kerana sentiasa memastikan saya dapat mengisi slot ceramah ini. Kepada pengunjung blog ini ie mamasherry serta semua peserta yang hadir sekitar 200 tetamu, saya berharap anda semua mendapat manfaat dari perkongsian ringkas ini.
Moga Allah mengizinkan dan mengabulkan doa kita untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam.

6 comments:
Salam perjuangan..tahniah syabas sekali lagi...saya juga sentiasa berpegang "the more you give the more you get"...jangan sesekali berharap mendapat sesuatu sedangkan kita tidak memberi...
Semuga tuan dilimpahi rahmat.. .. kesabaran, ketabahan dan kekuatan untuk terus memberi dan memberi...
wah kena sebut nama.. heheh... sebenarnya saya cuma dapat dengar ceramah dr dalam setengah jam terakhir je sebab ada meeting sebelum tu.. tapi insya allah yang sedikit tu akan dijadikan pedoman hidup..
Syabas, bahasa yg mudah dan penyampaian yg tenang. Insyallah ilmu ini akan cuba praktikan. Memang ada hajat ke Mekah dlm usia muda.
Semuga diberkati Allah.
Salam tajamkannuraniku,
InsyaAllah kita perlu sama-sama usahakan kerja2 dakwah professional, grup elit, masyarakat, anak muda dan semua medan yang kita sama-sama berhadapan. Terima kasih dgn sokongan.
Salam mamasherry dan anonymous,
Harapan saya, moga perkongsian sedikit itu mampu membawa impak signifikan kepada cara kita menguruskan wang peribadi dan adakah ianya menepati aturan Kewangan Islam menurut Qur'an dan Sunnah.
Salam Dr,
Ada org yg tak biasa berhutang akan merasa rimas selagi hutang tak habis bayar hatta RM1. Tetapi ada juga dek krn dah biasa hidup hutang keliling pinggang,akan rasa rungsing kalau tak berhutang. Malah belum habis hutang lama dah buat hutang baru. Kalau dia berhutang dgn kita, kita pulak yg rasa malu nak mintak, dia boleh buat dek aje. Org mcm nie pegang pd prinsip, rugi kalau tak guna kemudahan berhutang yang ada.
Post a Comment