Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, October 19, 2009

Tips Haji- Takut


Sejak seminggu dua ini saya menerima banyak panggilan telefon, email dan ada juga datang bertemu saya membuat appointment untuk membincangkan urusan Haji. Minggu lalu (saya dimaklumkan oleh rakan saya), MHI Tv3 juga turut membicarakan beberapa perkara Haji dengan menjadikan buku Haji Muda sebagai rujukan. Pagi tadi, rakan lama saya (sudah hampir 15 tahun terpisah) menghubungi saya mengucapkan terima kasih dengan panduan ringkas Haji Muda untuk persediaan beliau ke Tanah Suci.

Ringkasnya, mereka adalah bakal jamaah Haji yang akan berangkat ke Tanah Suci beberapa hari lagi. Difahamkan, esok (1 Zulkaedah) adalah penerbangan sulung jamaah Haji Malaysia. Alhamdulilah dan tahniah kepada bakal tetamu Allah yang terpilih tahun ini.

Takut untuk ke Tanah Suci seolah-olah biasa bagi tetamu Allah. Mereka mendengar berbagai-bagai cerita pelik, aneh dsbnya. Allah akan beri ”cash” kepada mereka. Perkara ini telah banyak saya sentuh sebelum ini. Jamaah Haji perlulah membawa pemikiran positif sebelum dan ketika di Tanah Suci, bersabar dengan ujian dan bertolak ansur. Jika taubat telah dibuat di Tanah Air, mengapa perlu takut? Apa yang bakal berlaku di sana nanti adalah ujian Allah untuk meningkatkan taraf kita sebagai seorang muslim mukmin. Allah sayang kepada kita, maka Allah beri kita ilmu dan pengalaman.

Setiap individu diberi ilmu dan pengalaman yang berbeza. Ada yang diuji dengan keras, sederhana dan ada juga yang tidak merasa mereka diuji. Jika kita mampu bersabar, meninggalkan pangkat dan ego, insyaAllah perjalanan Haji kita akan lancar.

Tip pertama, dengan menyebut ”Astaghfirullah hal-azim.....” sebanyak yang mampu akan mampu menghindarkan pemikiran negatif dan takut. Dengan beristighfar, hati kita akan tenang dan fikiran kita damai.

Tip Kedua, hindarkan bayangan negatif. Usah difikirkan perkara yang belum berlaku. Be positive!

Tip Ketiga, sebutlah perkataan-perkataan positif. Jaga mulut dari celupar, jangan cari salah orang, mengumpat atau bersenda gurau hingga jatuh ke tahap lagho/sia-sia. Sabar adalah kunci.

”Mohonlah ampun dari Tuhan mu sekelian, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya dia akan menurunkan pertolongan (hujan yang lebat kepada kalian)..” (Al-Qur’an Nuh 10-11).

Selamat berangkat pergi dan pulang kepada semua jamaah Haji Msia, Singapura, Brunei dan Indonesia serta semua tetamu Allah pengunjung blog ini. Harapan kami moga anda memperolehi Haji Mabrur.

7 comments:

alihassan said...

Salam Dr
Satu tip yang menarik bagi kami yang akau menunaikan haji pada tahun ini. Utk Pengetahuan Dr banyak juga ilmu yang dapat saya kutip melalui buku Haji Muda. Terima kasih Allah. Terima kasih Dr

rezeki said...

salam ,

alhamdulillah, hari ini bakal haji dari malaysia akan bertolak ke tanah suci.

nikmatilah ibadat dengan sepuas-puasnya di sana semasa musim haji ini dan lakukanlah yg terbaik , kerana kita tak tahu , bila kita akan dijemput oleh Allah SWT ke negeri akhirat yg kekal abadi seperti yang dijanjikan yg mana sepatutnya saya dan kita semua merasa lebih takut samada amalan saya dan kita semua telah cukup sebagai bekalan

alhamdulillah

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam dr ridz,

kak nab bangga kerana pencapaian dr yg dpt membantu / memberi tips kpd bakal2 haji. semoga jasa baik dr ridz akan mendpt balasan dr Allah SWT.

Ridz said...

Salam tn alihassan,
Selamat menunaikan ibadah Haji moga kembali dengan Haji mabrur. Amin!

ridz said...

Salam rezeki,
Terima kasih dgn perkongsian. Tuan bila hendak ke sana lagi?

ridz said...

Salam KakNab,
InsyaAllah saya istiqamah dengan vision dan matlamat saya. Terima kasih dgn sokongan.

rezeki said...

salam dr,

insyallah, 2011 nk bawa anak2 sekali.
masa tu si bongsu dh habis pmr.

semoga diperkenankan Allah SWT hajat kami ini.