Nota Ridz: Biar jasad dipenjara, jiwa tetap bebas bernaungkan Qur'an
Bagi sesetengah orang, kehidupan ini adalah penjara. Mereka tidak bebas atau dibelenggu dengan berbagai masalah dan persoalan. Biarpun Qur’an dan petunjuk Hadith boleh dijadikan panduan, namun sukarnya ianya dilaksanakan. Kita tercari-cari kedamaian hakiki.
Orang kaya mungkin merasa diri di penjara dengan harta dan kekayaan. Pembesar negara seperti Raja dan Sultan juga tidak berapa bebas kerana berbagai protokol istana perlu dilalui. Menteri pula sering diperhatikan. Dan kita, golongan marhain, juga merasa terpenjara dengan tekanan hidup dan ekonomi.
Rasululah s.a.w menyebut
”Dunia (dan kesukaannya) adalah syurga bagi orang kafir dan sebaliknya adalah neraka bagi orang mukmin. Dan hanya sesungguhnya perbandingan orang mukmin di kala jiwanya dicabut keluar dari jasad adalah seperti seorang banduan yang telah berada dalam penjara, maka dia dikeluarkan daripadanya; maka jadilah dia bebas di bumi dan mempergunakan segala keselesaan di dalamnya.”
Riwayat Ibnu Al-Mubaarak
Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Saturday, January 30, 2010
Monday, January 25, 2010
Intipati BPHT- Cara Berjalan..
Beberapa minggu yang lalu, saya ada menyentuh bab PELUK di dalam blog ini. PELUK mempunyai kaitan yang amat rapat dengan misi hidup. Peluk adalah satu refleksi kasih sayang. Hati Kita perlu terbuka untuk memeluk orang yang kita sayang. Biasanya suami akan lupa untuk memeluk anak-anak (atau mungkin isteri), justeru tugas isterilah mengingatkan suami, vice versa.
Kita tidak akan memeluk musuh kita atau insan yang tidak rapat dengan kita. Ahli gusti dan ahli sukan sumo juga melakukan aktiviti peluk. Namun ianya adalah aktiviti negatif untuk menunjukkan kejaguhan. Pemenang akan mendapat habuan duniawi. Lain pula dengan PELUK kerana kasih sayang. Aktiviti PELUK insan tersayang tidak perlu mengharapkan habuan duniawi dan glamour hidup. Cuba Kita lihat bagaimana orang Arab berpelukan tanda akrab. Itu adalah budaya mereka. Peluk adalah satu penghormatan eksklusif.
Kali ini saya ingin bertanya diri saya dan pengunjung blog ini, Pernahkah anda melihat cara anda berjalan? Atau pernahkah anda menilai cara orang lain berjalan?
Berjalan dengan berpeluk tubuh adalah amat jangal. Mat dan minah rewang akan berpeluk tanpa rasa malu kerana iman ternyah dalam hati. Cara mereka berjalan juga berbeza.
Mungkin kita tidak pernah melihat cara kita berjalan melainkan jika ianya dirakamkan oleh kamkoder atau kamera kita. Namun, kita biasa komen cara orang lain berjalan atau stail seseorang. Biasanya, kita akan lihat banyak kelemahan orang lain. Jika kita tidak suka dengan seseorang kita akan lihat mereka semuanya salah, walaupun orang yang kita tidak suka itu cuba mengajak membuat kebaikan dan cuba membantu kehidupan kita. Contohnya jika kita tidak suka bos kita, kita akan berusaha dan bergosip mencari kelemahan dan kesilapan bos, sedangkan bos kita adalah bos yang terbaik yang ALLAH beri kepada kita. Kita memperkatakan sesuatu yang ideal mengikut kepentingan diri kita sendiri dari melihat makro kepentingan ummah. Kita selfish!
Cuba kita lihat model catwalk. Mereka adalah insan yang melaksanakan tugas dengan berjalan dengan gaya tertentu bergantung kepada jenis fesyen yang diperagakan. Mereka perlu mempunyai skil tersendiri. Cuma saya tidak Nampak wawasan mereka kecuali memperagakan wawasan orang lain. Mereka menjadi pelakon untuk misi orang lain.
Cuba kita lihat pula pengaksi di sarkas. Mereka membawa aksi melalui tali untuk menuju ke satu destinasi. Mereka fokus, berhati-hati bila berjalan dan sentiasa melihat ke hadapan (destinasi). Mereka berusaha mengelak dari melihat penonton atau membawa emosi melihat ketinggian atau panjangnya tali. Mereka juga berusaha mengimbangi badan, berhadapan dengan limitasi dan menggunakan berbagai alat seperti kayu untuk menstabilkan pergerakkan. MEREKA FOKUS.. MEREKA TIADA MASA UNTUK BERGOSIP.
Buku BPHT menyarankan agar kita FOKUS MENUJU DESTINASI. Kita perlu sentiasa melihat ke hadapan. Jika pengaksi sarkas memfokuskan kepada ketinggian beliau berada, panjangnya tali atau mata liar mengharapkan glamor dan publisiti penonton, maka distraction ini akan menggangu wawasan. MELAYAN GANGGUAN ini akan mengundang risiko terjatuh kepada pengaksi sarkas ini.
Dalam kehidupan, kita perlu fokus melihat ke hadapan. MELAYAN DISTRACTION akan membuatkan kita kecundang. Begitu juga Akhirnya, akan wujud konflik dan jika gagal, kita mula mencari salah orang lain bukan salah diri sendiri. WE FOCUS ON INCORRECT SUBSTANCE! Kita perlu menerima hakikat bahawa ini adalah kelemahan kita (Nota Ridz: termasuk saya). Justeru, saya berharap buku BPHT dapat memberi tips menyusun semula wawasan dan FOKUS MENUJU DESTINASI.
InsyaAllah bersambung....

Thursday, January 21, 2010
Pesanan Buku BPHT
Nota: Untuk membaca blurr buku BPHT kulit belakang, sila klik gambar di atas.
Alhamdulilah, dengan kebesaran ALLAH buku BPHT dijangka siap akhir bulan Januari 2010 dan dipasarkan pada bulan Feb 2010.
SINOPSIS BUKU
Buku Bila Pintu Hati Terbuka bukan sekadar buku yang mengisahkan sebuah travelog menguasai ilmu. Buku inspirasi ini mengajak pembaca menguasai ilmu setinggi mungkin, menjemput hati menyemak kembali wawasan hidup, mengemukakan tip-tip penting bagi menguasai ilmu diperingkat tinggi, mengupas faktor sukses dan menjemput jiwa insan untuk mengenali ALLAH dengan lebih dekat.
Kita dilatih dari kecil untuk mencintai Baitullah dan Kaabah. Tanpa disedari, kita dipupuk untuk berkongsi satu Kaabah dengan berbilion manusia. Cinta Baitullah dan cinta Kaabah menjemput hati untuk mengagungkan Allah, melutut memohon keampunan dan kasih sayang Allah dan melerai kebuntuan ranjau duniawi. Kehebatan Kaabah memaku emosi dan mencairkan hati dengan linangan airmata tanpa henti. Maka cinta Kaabah mampu menjadi bekalan hidup yang bernilai tinggi.
Buku Bila Pintu Hati Terbuka adalah buku dedikasi khas mengajak pembaca mencintai Allah, Rasululah s.a.w, mak dan ayah, menghargai ilmu dan mencintai Kaabah. Ia menjemput pembaca menyelami beberapa perkara sebagai individu muslim. Beberapa persoalan cuba diketengahkan seperti bagaimana cinta kaabah mampu memberi motivasi tahap pertama dalam hidup insan?, Apakah sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini? Apakah peranan Kaabah dalam pengurusan diri muslim? Adakah Ijazah kedoktoran-PhD/Masters/Ijazah diperlukan untuk hidup? Jika Ya, bagaimana untuk menjayakan misi ini?
Seruan khusus kepada:-
• Diri anda sendiri. Hadiahkan buku ini sebagai langkah sulung motivasi merangkul ijazah di tahap tinggi.
• Ayah/ibu. Hadiahkan anak-anak atau adik/abang/kakak anda sebagai panduan perjalanan menuntut ilmu
• Bos. Hadiahkan buku ini kepada pegawai bawahan anda supaya mengambil tip-tip panduan kehidupan.
• Pegawai bawahan. Hadiahkan kepada bos anda supaya menghargai nilai Tuhan dan Akhlaq dalam pengurusan diri dan manusia.
• Profesor/ Penyelia PhD/Masters/Ijazah. Hadiahkan bahan ini kepada anak buah (supervisee) agar mereka memahami perjalanan PhD/Masters/Ijazah adalah perjalanan mendekatkan diri dengan Tuhan.
Bulet Menarik:-
Ibu Peledak Motivasi- ”Terima kasih mak kerana mengizinkan saya menumpang sebentar di rahimmu yang tenang itu.”
Analogi Hajar Aswad- Hanya insan yang fokus dapat mengharungi cabaran.
Semangat Ombak- Memberi tip pengurusan semangat diri. ALLAH membicarakan mengenai langit, laut dan bumi. ALLAH menjemput hambaNYA berfikir akan kebesarannya.
Kunci Hidup- Sudahkah anda memiliki kunci hidup?
Konvokesyen Maha Agung- Perjalanan kita menuju AL_MALIK, perjalanan tanpa teman, persinggahan untuk dihisab, langkahan penuh gementar. Bukankah seronok jika di Mashyar nanti kita diberi lagi penghormatan karpet merah, jubah indah, nama pula disebut-sebut oleh para malaikat, menerima tepukan gemuruh petugas Syurga dan menerima skrol dari Maha Esa Ar Rahman Ar-Rahim? ....
Buku ini dihidang khas untuk insan yang benar-benar mahu memiliki, memahami dan menghayati bahawa perjalanan mencari ilmu adalah perjalanan mencari kebesaran Allah.
Jika anda berminat untuk menjadi antara insan terawal memperolehi buku ini terus dari saya, sila nyatakan nama, alamat, no tel dan email di ruangan "comment" entri ini. Anda juga boleh email saya di tigeridz@gmail.com.
Buku ini dijual pada harga Pasaran RM15
Mukasurat : 300
Pesanan:-
1. Pesanan terus kepada Penulis. InsyaAllah saya akan autograf di setiap buku tuan/puan. Akan dihantar melalui Pos Ekspress. Harga buku RM15 + Kos Ekspres RM6 = RM21 - Diskaun RM2 = RM19
2. Pesanan terus ke penerbit . Semak keluaran bulan Feb 2010 majalah Mingguan Wanita, MIDI, Majalah I dan isi borang yang dipaparkan.
3. Kedai buku seperti MPH dan Popular Bookstore (minggu kedua Feb 2010)
Subhanallah dan Astaghfirullahalazim , Ku pohon keampunan dariMU ALLAH...
Monday, January 18, 2010
Audit Kewangan Masjid
Menyediakan penyata kewangan adalah menjadi tanggungjawab CFO (bagi korporat) dan Bendahari bagi badan bukan perniagaan. Penyata ini perlu disediakan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali dan Penyata Tahunan perlu disediakan bagi operasi tahunan.
Masjid di Negeri Selangor tidak terkecuali. Mereka perlu menyediakan penyata ini dan dimajukan kepada Jabatan Agama (JAIS) untuk tujuan rekod. Ianya juga hendaklah di bentangkan di dalam mesyuarat bersama kariah. Tidak semua masjid mematuhi arahan ini. Namun bagi kami, Pengurusan Masjid Al-Munawwarah, kami akan mematuhi tanggungjawab sosial ini kerana kami tidak mempunyai kepentingan peribadi mahupun politik di dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.
Pengalaman saya bertahun-tahun membantu badan bukan perniagaan seperti Masjid, PIBG, Koperasi dsbnya, kelemahan sememangnya ketara kerana pegawai atau Bendahari tidak mahir dalam hal ehwal kewangan. Bila amanah diberikan kepada saya untuk menerajui dan menasihati pengurusan masjid dalam aspek ini, perkara pertama yang saya lakukan ialah menyediakan polisi kewangan dan membantu pengurus Masjid mengenali hal ehwal perakaunan. Imam juga perlu belajar cara untuk merekod wang keluar masuk. Alhamdulilah dengan sokongan AJK dan kariah, misi saya dapat mereka fahami. Kedudukan kewangan Masjid sudah berjaya dipulih dan diperbaiki. Dengan dana yang diurus secara professional, banyak program dakwah akan mampu dilakukan. Bila semua usaha dan misi saya terlaksana, bolehlah saya mengundur diri dan meletak jawatan.
Hakikatnya, saya memperuntukkan dua hujung minggu untuk menyemak kembali rekod kewangan dan menyediakan penyata kewangan ini. Minima 15 jam diperlukan untuk membuat interim audit dan menyediakan Penyata Kewangan Tahun 2009. Jika menggunakan khidmat Juruaudit bertauliah, kosnya mungkin boleh mencecah RM6,000. Ianya meletihkan fikiran dan perlukan masa yang agak panjang. Menulis dalam blog juga terpaksa dikurangkan sejak dua minggu lepas. Pemeriksa Kira-Kira pula boleh senyum kerana semua aspek perakaunan dan integriti transaksi di kawal sepenuhnya dan direkodkan. Tidak banyak yang perlu dilakukan oleh Pemeriksa Kira-Kira, saya sudah sediakan untuk mereka.
Moga Allah mengampunkan dosa dan kesalahan saya di setiap detik kehidupan dan 15 jam tenaga yang dicurahkan sudah tentu tidak mampu menebus setiap dosa dan kesalahan saya kepada ALLAH.
Petikan doa Bab Terima Kasih ALLAH , BPHT
Ya ALLAH, KAU terangilah teratak barzakh kami dengan nurMU,
Berikanlah kami kasih sayangMU,
KAU terimalah airmata kami,
KAU benarkanlah airmata ini mendinginkan
tekanan kepanasan hidup barzakh dan mahsyarMU.
Ampunilah hambaMu ya ALLAH, ampunilah pengunjung setia dan pembaca blog ini ya ALLAH. Hindarkanlah kami dari fitnah si pendengki dan Terimalah sumbangan kecil ini sebagai amal soleh. Amin!
Sunday, January 17, 2010
PIDATO
Pidato adalah satu seni yang perlu dikuasai oleh kita khususnya di kalangan generasi muda. Berpidato mempunyai stail tersendiri. Ianya tidak sama dengan memberi ceramah bersilibus, berdebat atau membuat presentasi di seminar korporat dan seminar umum. Berceramah di masjid dan surau juga menuntut skil yang berbeza.
Berpidato membina karisma seorang pemimpin. Saya didedahkan dengan ilmu berpidato ketika sekolah rendah lagi. Langkah sulung, ianya sukar. Dengan latihan dan skil serta mendapat ilmu terus dari arwah abah akhirnya saya mampu menjadi pemidato terbaik sekolah-sekolah Malaysia pada pertengahan tahun 1980an dahulu. Di saat akhir sekolah menengah, pengetua memberi pesanan terakhir untuk saya, “Wan, cikgu nak kamu menjadi Menteri dan ahli politik.” Keistimewaan ini mati apabila saya melangkah ke Universiti. Medan untuk berpidato kelihatan sukar dan mula dimonopoli oleh kehendak politik. Politik kampus juga hebat, tikam menikam perkara biasa. Akhirnya, saya membawa diri dan low profile.
Selepas PRU dua tahun lepas, saya pernah mencadangkan kepada rakan-rakan saya yang kini menjadi ahli parlimen dan ADUN kerajaan dan juga pembangkang supaya mengujudkan ‘speaker’s corner’ sebagaimana di London. Ianya perlu dikawal selia agar isu-isu sensitif agama dan kaum tidak dijadikan agenda melepaskan geram. Secara umum, ianya Nampak sukar untuk dilaksanakan di dalam Negara majmuk dan kepentingan politik keakuan dan racis menjadi agenda perjuangan.
Alhamdulilah. minggu lepas, media melaporkan bahawa sebuah IPTA merintis jalan mengujudkan medan pidato umum di kampus. Saya amat mengalu-alukan langkah positif ini. Kita perlu melahirkan pemimpin yang berkarisma di atas panduan Qur’an. Sebagaimana Syed Qutb menyebut, kita perlu berusaha melahirkan generasi Al-Qur’an yang bergerak. Generasi ini ada di sekolah dan kampus Universiti. Kita mengharapkan dengan peluang berpidato ini, kita dapat melihat kemampuan politik ikhlas dan meletakkan ALLAH sebagai matlamat. Merekalah yang bakal membawa kemurnian Islam di Malaysia dan mempercepatkan proses pembentukan semangat Madinah Al-Munawwarah di Negara tercinta ini.
Hari ini saya mengajar anak perempuan saya, Wardah Syaurah, bagaimana untuk berpidato. Esok beliau akan naik ke pentas untuk berpidato ‘melobi jawatan Ketua Pengawas dan Pen Ketua Pengawas Sekolah’. Pelik tetapi ianya adalah usaha yang amat positif dari Guru Besar Sekolah Rendah, Cikgu Puan Zaini Baba. Pelik kerana anak-anak sekolah rendah sudah diminta melobi dan didedahkan dengan seni berpidato dan memahami apa itu politik. Memang pelik tetapi pelik untuk kebaikan tidak mengapa….Kepada kak Lang, jika abang dan kak Long boleh jadi Ketua Pengawas sekolah, Kak Lang juga boleh. Cuma pesanan ayah, berilah ruang kepada rakan lelaki untuk menjadi Ketua Pengawas. Anyway ..Good Luck!
Buku BPHT memberi tip bahawa skil berpidato tidak boleh diaplikasikan di dalam semua keadaan. Contohnya, bagaimana hendak berhadapan dengan profesor-profesor yang ilmunya hebat ketika mempertahankan tesis PhD/Masters? Adakah faktor lain yang boleh membantu pelajar dan pekerja di dalam aspek membuat presentasi? Adakah kepandaian sahaja mencukupi untuk berhujah?Wallah’alam.
Tuesday, January 12, 2010
Lorong Kejayaan Tidak Semestinya Lurus
Kita hanyalah golongan kebanyakkan, golongan marhain dan golongan elit pertengahan. Kita tidak mewarisi lorong kejayaan ekspres. Kita perlu melakukan dan mencipta kejayaan sendiri.
Ketika bersama-sama menguruskan pemberian wang zakat tahun lepas, saya perhatikan golongan susah & marhain sanggup datang biarpun berkaki tempang dan bertongkat untuk menerima wang zakat yang tidak seberapa itu. Di sekolah-sekolah kerajaan pula, ramai anak yatim yang tidak mampu membayar berbagai bentuk yuran. Mereka berhadapan dengan jalan berliku.
Saya turut perhatikan, di kalangan orang elit VIP, mereka nampak mudah melalui lorong ekspres, tanpa protokol dan dilayan bagai puteri. Saya rasa envy. Mudahnya jalan mereka. Golongan VVIP pula di escort oleh polis trafik dan pengawal peribadi. Kehidupan mereka kelihatan selesa.
Di Tanah Suci, ada juga OKU mencipta kejayaan sendiri dengan melalui lorong susah untuk bertemu Rasululah s.a.w dan merealisasikan cinta Kaabah. Ketika saya menunaikan Haji, VVIP Malaysia diberi layanan istimewa. Mereka menaiki bahagian business class. Bila tiba dipemeriksaan imegresen Arab, TIADA laluan VIP. Mereka perlu beratur seperti rakyat marhain.
Proses ini memberi satu reflkesi kehidupan. Bila saya menulis Buku Bila Pintu Hati Terbuka (BPHT), saya mencatatkan keperluan berkongsi perubahan diri. Saya ingin memberi ruang generasi pelapis ummah untuk berfikir bahawa LORONG KEJAYAAN TIDAK SEMESTINYA LURUS.
Jalan Rasululah s.a.w adalah jalan berliku. Para sahabat melalui lorong yang sama. Para ulama, pemikir Islam dan para mujahid melalui proses yang sama. Fitrah perjuangan, segala-galanya susah! Ramai orang yang melalui jalan kejayaan dengan rintihan dan tangisan. Mereka tabah memegang kalimah shahadah. Mereka disiksa fikiran, jiwa dan fizikal.
Buku Bila Pintu Hati Terbuka (BPHT) membicarakan bahawa dalam perspektif kehidupan, kita melalui lorong berliku. Jika kita silap, ianya bukanlah kegagalan. Ianya adalah proses mematangkan kehidupan. Apa sahaja urusan kita, kita akan rasa kecewa jika kita mengambil jalan salah atau apa yang kita rancang tidak menjadi. Kita memberatkan fikiran dan jiwa memikirkan kesalahan ini.
Jika anda sesat jalan, langkah terbaik ialah bertanya, semak kedudukan dan buat u-turn. Tidak perlu malu bila kita buat kesilapan. Begitu juga, bila kita silap dengan orang katakan sahaja ”Saya minta maaf.” Jika kita berdosa dengan ALLAH katakan sahaja ”Ya Allah ampunkan dosaku.” Istighfar adalah juga amalan Rasululah s.a.w. ALLAH kan Maha Pengampun.
Nikmatilah kehidupan yang kita ada, kerana itulah yang hampir dengan kita. Enjoy Life!
”Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari kalangan orang-orang yang bersyukur.” Surah Al-A’raff: 144

Sunday, January 10, 2010
Bila Pintu Hati Terbuka (BPHT) #2
Alhamdulilah, dengan izin ALLAH final pruf buku BPHT telah berjaya disiapkan. Sebagaimana yang saya janjikan minggu lepas, saya akan kemaskini kemajuan buku BPHT ini untuk makluman pengunjung setia blog Meniti Renjisan Kedamaian ini.
Proses seterusnya ialah finalize kulit buku dan blurr. Berdasarkan pengalaman buku Haji Muda, proses untuk finalize kulit buku mengambil masa lebih kurang 3 minggu. Proses ’tendang terajang’ design kulit buku memerlukan imaginasi dan kreativiti. Setakat ini sudah dua design telah ditolak.
Apapun, saya berdoa moga buku ini segera masuk percetakkan dan design kulit buku berjalan baik dan sesuai dengan mesej dakwah dan ilmiah yang cuba saya kongsi.
Sebagaimana buku Haji Muda, buku BPHT meletakkan sasaran semua lapisan masyarakat yang memerlukan pengisian buku inspirasi Islami. Saya berdoa moga masyarakat bukan muslim juga membaca buku ini dengan harapan hati mereka terbuka untuk menerima Islam. Yang pasti, Buku setebal 300 mukasurat ini menjemput manusia untuk menjaga hati kerana kekuatan hati mampu meletupkan tembok konkrit. Pendakian ilmu hingga ke tahap Masters/PhD, perubahan diri dan Haji/Umrah juga memerlukan kekuatan hati.
Petikan buku BPHT
Di kalangan hamba-hambaNYA, ada yang mahu mengambil kelebihan mencium Hajar Aswad. Dalam jutaan manusia, Cuma sebilangan kecil sahaja yang berjaya mencium Hajar Aswad. Begitu juga di dalam kehidupan, semua manusia mahu berjaya. Akan tetapi hanya sebahagian kecil sahaja mampu mengecapinya. Mengapa jadi begitu? ....(Petikan Bab 3 BPHT).
Thursday, January 7, 2010
Umrah Cuti Sekolah Mac 2010
Assalamualaikum pengunjung blog budiman,
Anda atau rakan/ahli keluarga berhasrat untuk menunaikan umrah cuti sekolah Mac 2010?
Jika tuan/puan berminat, bolehlah sms saya 019-262 8585 atau email saya tigeridz@gmail.com
InsyaAllah saya berhasrat untuk menunaikan umrah cuti sekolah Mac 2010. Bagi muslimah (jika pertama kali Umrah), insyaAllah isteri saya akan menemani dan membantu anda di sepanjang perjalanan iman ini.
Monday, January 4, 2010
DISIPLIN KEWANGAN HAJI
Entri ini bukanlah iklan.
Perkongsian kali ini penting untuk anda menguruskan Kewangan Haji agar anda mempunyai fikiran tenang untuk menjadi Tetamu Allah. Jika anda sudah menunaikan Haji, tulisan ini memberi tips untuk anda mendisiplinkan kewangan anda. Kepada pengunjung blog ini, saya izinkan jika anda mahu forward, copy-paste tulisan ini untuk dikongsikan di blog-blog atau e-group anda (sila nyatakan sumber http://ridzwan-bakar.blogspot.com).
Saya ingin mengalu-alukan usaha kerjasama Tabung Haji dan Bank Islam untuk mempermudahkan urusan Haji rakyat Malaysia. Mulai sekarang, anda boleh mendaftar untuk menunaikan Haji di mana-mana kaunter Bank Islam. Usaha ini dapat mempertingkatkan lagi kecekapan pendaftaran Haji dan mengurangkan kesesakkan pejabat Tabung Haji.
Selain itu, transaksi akaun Tabung Haji (samada simpanan atau pengeluaran) boleh dilakukan di kaunter Bank Islam. Borang khas masih belum ada, namun transaksi boleh dibuat dengan menggunakan borang pengeluaran BIMB. Yang menarik, saya dimaklumkan oleh pegawai Bank, transaksi ini tidak dikenakan caj perkhidmatan (sebelum ini dikenakan caj 60 sen setiap transaksi).
Bagi memastikan anda mempunyai disiplin kewangan yang baik, beberapa langkah berhati-hati perlu diambil.
Nasihat saya:-
1. Elakkan untuk link akaun Tabung Haji dengan akaun Bank Islam anda. Jadikan buku Akaun Simpanan Tabung Haji sebagai ”fixed deposit/investment” biar apa sekalipun berlaku. Set minda agar tabungan di Tabung Haji hanya untuk pelaburan dan urusan Haji semata-mata.
2. Untuk urusan harian, gunakan Bank Islam/ Perbankan Islam lain.
3. Elakkan guna kad ATM Bank Islam untuk pengeluaran wang Tabung Haji (Maaf Datuk CEO/Datuk Wan dan kawan-kawan Pengurusan Bank Islam. Idea keluarkan wang Tabung Haji melalui mesin ATM Bank Islam saya tidak setuju). Walaupun usaha TH dan BIMB harus dipuji, membenarkan pengeluaran wang Akaun TH melalui ATM Bank Islam mengundang risiko kepada pelanggan.
4. Di dalam buku Haji Muda dan tulisan saya di akhbar, saya ada menyarankan agar TH mencari alternatif untuk memudahkan urusan jamaah Haji mengeluarkan wang melalu mesin ATM di Mekah dan Madinah. Langkah kerjasama TH dan BIMB diharapkan dapat dipanjangkan untuk urusan pengeluaran wang jamaah semasa musim Haji dan Umrah (tertakluk kepada polisi Bank Negara Saudi Arabia, jika berkaitan). Ini dapat menjimatkan masa jamaah, membantu warga emas, meringankan beban tugas pegawai TH, mempertingkatkan kecekapan pegawai TH supaya fokus kepada perkara yang lebih mustahak dan memudahkan rekonsilaisi urusan kewangan Haji di pihak TH.
Adalah menjadi harapan agar umat Islam Malaysia dapat mengambil manfaat dari kemudahan ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)