Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, January 12, 2010

Lorong Kejayaan Tidak Semestinya Lurus

Kita hanyalah golongan kebanyakkan, golongan marhain dan golongan elit pertengahan. Kita tidak mewarisi lorong kejayaan ekspres. Kita perlu melakukan dan mencipta kejayaan sendiri.

Ketika bersama-sama menguruskan pemberian wang zakat tahun lepas, saya perhatikan golongan susah & marhain sanggup datang biarpun berkaki tempang dan bertongkat untuk menerima wang zakat yang tidak seberapa itu. Di sekolah-sekolah kerajaan pula, ramai anak yatim yang tidak mampu membayar berbagai bentuk yuran. Mereka berhadapan dengan jalan berliku.

Saya turut perhatikan, di kalangan orang elit VIP, mereka nampak mudah melalui lorong ekspres, tanpa protokol dan dilayan bagai puteri. Saya rasa envy. Mudahnya jalan mereka. Golongan VVIP pula di escort oleh polis trafik dan pengawal peribadi. Kehidupan mereka kelihatan selesa.

Di Tanah Suci, ada juga OKU mencipta kejayaan sendiri dengan melalui lorong susah untuk bertemu Rasululah s.a.w dan merealisasikan cinta Kaabah. Ketika saya menunaikan Haji, VVIP Malaysia diberi layanan istimewa. Mereka menaiki bahagian business class. Bila tiba dipemeriksaan imegresen Arab, TIADA laluan VIP. Mereka perlu beratur seperti rakyat marhain.

Proses ini memberi satu reflkesi kehidupan. Bila saya menulis Buku Bila Pintu Hati Terbuka (BPHT), saya mencatatkan keperluan berkongsi perubahan diri. Saya ingin memberi ruang generasi pelapis ummah untuk berfikir bahawa LORONG KEJAYAAN TIDAK SEMESTINYA LURUS.

Jalan Rasululah s.a.w adalah jalan berliku. Para sahabat melalui lorong yang sama. Para ulama, pemikir Islam dan para mujahid melalui proses yang sama. Fitrah perjuangan, segala-galanya susah! Ramai orang yang melalui jalan kejayaan dengan rintihan dan tangisan. Mereka tabah memegang kalimah shahadah. Mereka disiksa fikiran, jiwa dan fizikal.

Buku Bila Pintu Hati Terbuka (BPHT) membicarakan bahawa dalam perspektif kehidupan, kita melalui lorong berliku. Jika kita silap, ianya bukanlah kegagalan. Ianya adalah proses mematangkan kehidupan. Apa sahaja urusan kita, kita akan rasa kecewa jika kita mengambil jalan salah atau apa yang kita rancang tidak menjadi. Kita memberatkan fikiran dan jiwa memikirkan kesalahan ini.

Jika anda sesat jalan, langkah terbaik ialah bertanya, semak kedudukan dan buat u-turn. Tidak perlu malu bila kita buat kesilapan. Begitu juga, bila kita silap dengan orang katakan sahaja ”Saya minta maaf.” Jika kita berdosa dengan ALLAH katakan sahaja ”Ya Allah ampunkan dosaku.” Istighfar adalah juga amalan Rasululah s.a.w. ALLAH kan Maha Pengampun.

Nikmatilah kehidupan yang kita ada, kerana itulah yang hampir dengan kita. Enjoy Life!

”Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari kalangan orang-orang yang bersyukur.” Surah Al-A’raff: 144

5 comments:

rezeki said...

salam dr

bukan mudah utk mencapai kejayaan, harus berusaha, doa , tawakkal. insyallah
itu menjadikan ia lebih manis dari yg mrk yg lahir dalam "dulang emas"

namun apa yg ditakdirkan kepada kita oleh Allah SWT kita "nikmati dan raikan" dgn penuh rasa kesyukuran

semoga kehidupan kita yg sentiasa dibawah kerahmatan Allah

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan...tahniah syabas sekali lagi atas segalanya...semoga bermanafaat untuk semua..Lorong kejayaan tidak semestinya Lurus..sebab itu kita dituntut agar melaluinya dgn cukup sederhana..tika bersedih, berduka..gembira dan ceria..sederhanalah sebaik2nya...

Naz Mohamed said...

Menunggu buku BPHT di pasaran dengan penuh kesabaran. Entah mengapa hati tiba2sayu membaca kisah di Tanah Suci. Betul2 rindu...

ridz said...

salam rezeki & Tajamkanuraniku,
Jalan berliku baru ada challenge...

ridz said...

Salam Ina,
Sayapun tak sabar menanti BPHT dipasarkan. Saya doakan hasrat Pn Ina menunaikan umrah tahun ini akan diperkenankan ALLAH.