Pidato adalah satu seni yang perlu dikuasai oleh kita khususnya di kalangan generasi muda. Berpidato mempunyai stail tersendiri. Ianya tidak sama dengan memberi ceramah bersilibus, berdebat atau membuat presentasi di seminar korporat dan seminar umum. Berceramah di masjid dan surau juga menuntut skil yang berbeza.
Berpidato membina karisma seorang pemimpin. Saya didedahkan dengan ilmu berpidato ketika sekolah rendah lagi. Langkah sulung, ianya sukar. Dengan latihan dan skil serta mendapat ilmu terus dari arwah abah akhirnya saya mampu menjadi pemidato terbaik sekolah-sekolah Malaysia pada pertengahan tahun 1980an dahulu. Di saat akhir sekolah menengah, pengetua memberi pesanan terakhir untuk saya, “Wan, cikgu nak kamu menjadi Menteri dan ahli politik.” Keistimewaan ini mati apabila saya melangkah ke Universiti. Medan untuk berpidato kelihatan sukar dan mula dimonopoli oleh kehendak politik. Politik kampus juga hebat, tikam menikam perkara biasa. Akhirnya, saya membawa diri dan low profile.
Selepas PRU dua tahun lepas, saya pernah mencadangkan kepada rakan-rakan saya yang kini menjadi ahli parlimen dan ADUN kerajaan dan juga pembangkang supaya mengujudkan ‘speaker’s corner’ sebagaimana di London. Ianya perlu dikawal selia agar isu-isu sensitif agama dan kaum tidak dijadikan agenda melepaskan geram. Secara umum, ianya Nampak sukar untuk dilaksanakan di dalam Negara majmuk dan kepentingan politik keakuan dan racis menjadi agenda perjuangan.
Alhamdulilah. minggu lepas, media melaporkan bahawa sebuah IPTA merintis jalan mengujudkan medan pidato umum di kampus. Saya amat mengalu-alukan langkah positif ini. Kita perlu melahirkan pemimpin yang berkarisma di atas panduan Qur’an. Sebagaimana Syed Qutb menyebut, kita perlu berusaha melahirkan generasi Al-Qur’an yang bergerak. Generasi ini ada di sekolah dan kampus Universiti. Kita mengharapkan dengan peluang berpidato ini, kita dapat melihat kemampuan politik ikhlas dan meletakkan ALLAH sebagai matlamat. Merekalah yang bakal membawa kemurnian Islam di Malaysia dan mempercepatkan proses pembentukan semangat Madinah Al-Munawwarah di Negara tercinta ini.
Hari ini saya mengajar anak perempuan saya, Wardah Syaurah, bagaimana untuk berpidato. Esok beliau akan naik ke pentas untuk berpidato ‘melobi jawatan Ketua Pengawas dan Pen Ketua Pengawas Sekolah’. Pelik tetapi ianya adalah usaha yang amat positif dari Guru Besar Sekolah Rendah, Cikgu Puan Zaini Baba. Pelik kerana anak-anak sekolah rendah sudah diminta melobi dan didedahkan dengan seni berpidato dan memahami apa itu politik. Memang pelik tetapi pelik untuk kebaikan tidak mengapa….Kepada kak Lang, jika abang dan kak Long boleh jadi Ketua Pengawas sekolah, Kak Lang juga boleh. Cuma pesanan ayah, berilah ruang kepada rakan lelaki untuk menjadi Ketua Pengawas. Anyway ..Good Luck!
Buku BPHT memberi tip bahawa skil berpidato tidak boleh diaplikasikan di dalam semua keadaan. Contohnya, bagaimana hendak berhadapan dengan profesor-profesor yang ilmunya hebat ketika mempertahankan tesis PhD/Masters? Adakah faktor lain yang boleh membantu pelajar dan pekerja di dalam aspek membuat presentasi? Adakah kepandaian sahaja mencukupi untuk berhujah?Wallah’alam.
No comments:
Post a Comment