Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, January 10, 2010

Bila Pintu Hati Terbuka (BPHT) #2


Alhamdulilah, dengan izin ALLAH final pruf buku BPHT telah berjaya disiapkan. Sebagaimana yang saya janjikan minggu lepas, saya akan kemaskini kemajuan buku BPHT ini untuk makluman pengunjung setia blog Meniti Renjisan Kedamaian ini.

Proses seterusnya ialah finalize kulit buku dan blurr. Berdasarkan pengalaman buku Haji Muda, proses untuk finalize kulit buku mengambil masa lebih kurang 3 minggu. Proses ’tendang terajang’ design kulit buku memerlukan imaginasi dan kreativiti. Setakat ini sudah dua design telah ditolak.

Apapun, saya berdoa moga buku ini segera masuk percetakkan dan design kulit buku berjalan baik dan sesuai dengan mesej dakwah dan ilmiah yang cuba saya kongsi.

Sebagaimana buku Haji Muda, buku BPHT meletakkan sasaran semua lapisan masyarakat yang memerlukan pengisian buku inspirasi Islami. Saya berdoa moga masyarakat bukan muslim juga membaca buku ini dengan harapan hati mereka terbuka untuk menerima Islam. Yang pasti, Buku setebal 300 mukasurat ini menjemput manusia untuk menjaga hati kerana kekuatan hati mampu meletupkan tembok konkrit. Pendakian ilmu hingga ke tahap Masters/PhD, perubahan diri dan Haji/Umrah juga memerlukan kekuatan hati.

Petikan buku BPHT


Di kalangan hamba-hambaNYA, ada yang mahu mengambil kelebihan mencium Hajar Aswad. Dalam jutaan manusia, Cuma sebilangan kecil sahaja yang berjaya mencium Hajar Aswad. Begitu juga di dalam kehidupan, semua manusia mahu berjaya. Akan tetapi hanya sebahagian kecil sahaja mampu mengecapinya. Mengapa jadi begitu? ....
(Petikan Bab 3 BPHT).

3 comments:

rezeki said...

salam dr

alhamdulillah, semoga semuanya berjalan lancar. Akan mendapatkan buku Dr bila sudah berada di pasaran nanti

insyallah

Anonymous said...

Assalammualaikum Dr.

syukur alhamdulillah semuga semuanya lancar seperti yg dirancang. Kak Nor juga akan mendapatkan buku Dr bila berada di pasaran.

InsyaAllah.

Kak Nor.

ridz said...

Salam rezeki dan Kak Nor,
Kulit Buku dah siap. Hari Khamis nanti saya upload dlm blog