
Kelmarin, ALLAH mengizinkan saya menyemak entri-entri terdahulu untuk saya mengemaskini ilmu/pengalaman/nota berkaitan Haji & Umrah. Maka saya menerima email di bawah bertanyakan soalan yang amat relevan kepada muslimah.
Nota: Jika pengunjung blog ini mempunyai soalan, sila email terus ke tigeridz@gmail.com kerana jika soalan di tinggalkan di entri-entri lepas, saya khuatir saya akan terlepas pandang.
**********************
Anonymous said...
salam Dr, saya baru sahaja menamatkan bacaan buku prof Haji Muda, Alhamdulillah dapat byak info berkenaan suasana di musim haji. Saya dapat calon stndby utk haji tahun ni. Saya akan pergi sendirian. Mahram akan diuruskan oleh TH.Mahram saya adalah org yg tidak saya kenal langsung. Persoalan saya, mampukah saya survive di sana dlm keadaan seorang diri tanpa orang yang saya kenal rapat. Saya pernah mengerjakan umrah tahun 2006. Dan saya dapat rasakan agak sukar juga jika tiada yang betul2 kenal (waktu itu pergi bersama keluarga-jadi tiada masalah)terutama utk ke tanaim dan berjemaah solat subuh di masjid. Bolehkah kami (bersama-sama mahram yang baru kenal) bersepakat utk ke tanaim berniat miqat dan bolehkah sama2 bersepakat untuk ke masjid bersama melakukan qiamullail. Saya berumur awal 40-an..memikirkan tengah ada peluang (jika terpilih) saya tidak mahu tangguh2 lagi.terima kasih
*************************
Terima kasih kepada insan yang bertanya.
Salah satu factor penting Haji/Umrah ialah aman perjalanan dan ditemani mahram (bagi muslimah). Walaupun ada pendapat yang berbeza mengenai keperluan mahram, namun adalah penting untuk kita mengikut tuntutan ini dan merujuk kepada ahli agama.
Soalan ini agak biasa di tanya kepada saya. Kira-kira 3 bulan lepas ada seorang makcik berusia lewat 50an dari Kajang menelefon saya bertanya soalan yang sama. Saya mencadangkan supaya soalan ini dirujuk kepada guru-guru agama. Pun begitu, nasihat yang saya berikan kepada makcik ini adalah konsisten berdasarkan pengalaman dan sedikit ilmu. Cadangan di bawah boleh diambil oleh anonymous atau pembaca blog ini.
Berikut adalah saranan saya.
1. Cuba usahakan cari sendiri ‘mahram tumpang’. Walaupun pihak TH boleh membantu, adalah lebih baik jika kita sendiri mencari.
2. Jika buntu, barulah mohon bantuan pihak TH.
3. Jika sudah dikenalpasti, terus jumpa ‘mahram tumpang’ tersebut. Ajak ayah-ibu/abang untuk berbincang dengan ‘mahram tumpang’. Pastikan sesi diskusi disertai oleh isteri ‘mahram tumpang’ supaya masing-masing mengenali antara satu dengan lain. Perkara ini kelihatan mudah tetapi bila sudah berada di Tanah Suci, mungkin akan timbul perasaan cemburu di pihak isteri ‘mahram tumpang’.
4. Rancang dengan ‘mahram tumpang’ dan sama-sama berjumpa pegawai TH supaya tidak berlaku masalah perbezaan tarikh berangkat (No KT).
5. Berdoalah agar perjalanan Haji/umrah cik puan berjalan dengan baik dan ukhuwah bersama ‘mahram tumpang serta ahli keluarga beliau’ sentiasa terpelihara.
6. Bagi saya, tiada masalah untuk ke Tanaim atau bermiqat bersama ‘mahram tumpang dan ahli keluarga beliau’ dan sebaik-baiknya pergilah secara berkumpulan. Kos satu van Cuma SR50 sahaja.
7. Buat keputusan secara berjamaah dan hormati ‘mahram tumpang’ anda.
8. Bersabar atas cabaran Haji/Umrah.
Moga sedikit panduan ini memberi faedah perjalanan haji/umrah mabrurah.