Alhamdulilah, ALLAH telah mengizinkan kita untuk terus menikmati kehebatan Ramadan. Ianya lebih dirasai oleh insan-insan yang benar-benar mencari kasih sayang ALLAH. Mereka terus istiqamah dengan tarawikh dan qiam.
Bagaimana pula dengan kita? Bagaimana prestasi Ramadan selepas 14 hari kita melaluinya? Rata-rata, ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan prestasi akibat kesibukan tugas dan usaha melawan nafsu. Ianya adalah satu penilaian yang jujur namun tidak cukup jika tiada pelan tindakan mencari kehebatan Ramadan yang hanya tinggal separuh sahaja lagi.
Kini, sudah ramai mula kecundang. Sebagaimana trend terdahulu, Fasa kedua Ramadan iaitu mendamba maghfirah ALLAH tidak diberi perhatian. Saf-saf tarawikh mula susut. Letupan mercun sudah mula kedengaran ketika sebahagian hamba-hamba ALLAH sedang sujud menunaikan Tarawikh. Kehadiran bazaar Ramadan pula sentiasa konsisten, tidak pula kelihatan susutnya. Kaum ibu pula mula sibuk mengajak suami shopping raya, membuat kueh raya dan pelbagai keperluan raya. Ianya adalah satu keperluan untuk menyambut lebaran. Lebih teruk, kita mungkin sedang menghitung dan menghimpun hutang kerana persediaan lebaran.
Inilah dia, hidup dan diri kita. Kita tidak mampu istiqamah dengan usaha mencari ilmu dan tarbiah Ramadan. Bagaimana kita mampu membebaskan Al-Aqsa jika kita berterusan saban tahun begini?
Blog ini menasihati diri penulis sendiri untuk segera memperkukuhkan hubungan dengan ALLAH dan memohon keampunanNYA atas setiap butir kesilapan hidup kerana sasaran kita adalah memasuki SYURGANYA yang luas itu. Firman ALLAH
“Bersegeralah kamu mencari keampunan ALLAH dan SYURGANYA yang luas antara langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.”
Ali-Imran : 133
Moga ALLAH menerima proses Fasa kedua ini bagi bekalan kita seterusnya untuk melalui fasa ketiga Ramadan. Tips berikut boleh membantu:-
1. Rasululah s.a.w. berpesan supaya kita mengambil wuduk sebaik mungkin dan menunaikan solat taubat 2 rakaat. Kemudian muhasabah diri mengenangkan dosa dan kesilapan terdahulu.
2. Menghadiri majlis ilmu di surau/masjid
3. Menghadiri program Qiyamulail di Masjid-masjid.
Kita perlu sama-sama berusaha mencari maghfirah ALLAH kerana ianya tidak datang dengan percuma. Hendak BERJAYA perlu BERUSAHA.
Wallah'alam.
7 comments:
salam dr ridz,
terima kasih kerana saling ingat mengingati...kak nab pun sedang muhasabahkan diri ini...
salam dr
alhamdulillah, semoga kita dapat mempertingkat gandakan segala amalan kita di bulan ramadhan ni dan juga bulan2 yang lain dalam mengejar akhirat disamping menjalani kehidupan dunia
insyallah
Salam Dr,
Saya pun sedang muhasabah diri, byk peluang yang Allah bagi terlepas begitu saja..
Assalamualaikum Dr,
Kak Nor sekeluarga juga sedang muhasabahkan diri untuk melipat gandakan amalan di bulan ramadhan ini, semuga berterusan di bulan2 yg lain. Amin...
Ya Allah yg maha mengetahui kpd Mu kami memohon......
TQ Dr, kerana sering mengingatkan.
Kak Nor.
Salam DrRdz,
Alhamdulilllah fasa pertama telah selesai, fasa kedua bakal beransur dan fasa tiga bakl mnjengah.
Mengkoreksi diri dan mhn istiqamah mudah2an dapat melaksanakan tawaran ibadah ini dgn sempurna.
Ayuh meriahkan qiyam...muga kita sempat melaksanakannya..amin
Assalamualaikum Dr.,
Alhamdulillah, berpuasa di bumi UK selama 17-18 jam membuat saya rasa betapa besar nikmat Allah beri selama ini. Saya syukur dapat merasai pengalaman ini. Separuh Ramadhan saya bertungkus lumus menyiapkan dissertation. Juadah berbuka tak sempat nak fikir, but Alhamdulillah, Allah maha kaya, rezeki tak pernah putus. Insaf sekejap mengenang nasib saudara kita di tempat lain yg tiada makanan utk bersahur dan berbuka.
Saya suka menyampaikan fadhilat berpuasa kepada rakan2 bukan Islam. meraka juga kagum dgn umat Islam yg mampu menahan kelaparan. saya bagitahu "it's all in your mind and faith"..
And ingin saya kongsi, kat sini, org2 Arab atau Pakistan yg kaya raya berebut2 nak sedekah juadah berbuka di chaplaincy2 atau di masjid. semua nak rebut pahala. walaupun umat Islam minority di sini, tapi ramai Muslim yg zuhud. Masya Allah. sangat2 kagum
Thanks Dr. for the reminder..
Julie
Asalamoalaykom
From the picture i get your probably at mecca, on HAJ. please send my bestest regards to GOD now your in his HARIM...
to be there is any muslim's wish and dream.
rahemokallah
Post a Comment