Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadan Al-Mubarak

Assalamualaikum,
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan Selamat Menjalani Kehebatan Ramadan.

Moga kita lebih HEBAT dari sebelumnya,
bukan sekadar menahan lapar dan dahaga
bahkan mengisi hari dengan istighfar memohon keampunan ALLAH,
Bertasbih mengagungkan ALLAH,
Fokus menghayati ayat-ayat ALLAH,
Mencairkan poket untuk bersedekah,
Melemparkan kapet meniti jalan ke Rumah ALLAH,
Menangis ketika merendahkan diri semasa sujud mengagungkan Al-Malik.

Berazamlah:-
1. Solat Subuh berjamaah di Masjid
2. Solat Dhuha setiap hari sebelum memulakan tugas
3. Membaca butiran madah Qur'an yang indah untuk meruntun hati di setiap kesempatan
4. Qiyamulail setiap malam sebelum sahur.
5. Perbaiki Akhlaq agar Islam terus subur kerana Rasululah s.a.w dan Madinah telah merintis mendidik generasi Qur'an dengan kehebatan Akhlaq.

InsyaALLAH, jika masa mengizinkan saya akan berkongsi tazkirah Ramadan di blog ini.

8 comments:

ainhany said...

Salam Dr ridz,

Salam Ramadan.
Insya ALLAH satu azam yang akan dilaksanakan. Muga terisi beribadah sebaiknya. Terima kasih atas perkOngsian ini

tajamkannuraniku said...

Salam Ramadhan..maaf lama x singgah dan komen di blog saudara..apapun maaf salah silap dan semoga terus sukses dan dikurnikan yang terbaik sempena ramadhan ini..

tajamkannuraniku said...

Mohon copy paste di blog saya posting kali ini..semoga bermanafaat untuk semua..

alihassan said...

Salam Dr.
Alhamdulillah kerana Allah masih memberi kita udara ramadhan untuk kita hirup agar dapat sujud padaNya. Syukur kerana Allah masih mengizinkan kita untuk mencari Lailatulkadar pada malam-malam ramadhan.
Terima Kasih Allah.

rezeki said...

salam dr

salam ramadhan juga buat saya utk dr sekeluarga

semoga sentiasa dalam kerahmatan dan perlindungan Allah swt

ahmadfuad said...

Salam Ramadhan Dr.

Kita juga boleh jadikan Ramadhan ini sebagai bulan memberi..bantulah saudara-saudara yang dalam kesusahan, sedekah majlis berbuka, berzakat dan banyak lagi..

Zakat fitrah jgn lupa, walaupun naik harga..:)

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

Salam Ramadhan untuk Dr sekeluarga.

Kak Nor.

haji muda said...

Salam ainhany, tajamkannuraniku,alihassan, rezeki, fuad dan Kak Nor,
Terima kasih dgn ucapan dan doa sdr/i/tuan/puan.

Moga Kita memperolehi Ramadan terbaik. Amin.