Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, October 5, 2010

Ceria di wajah Tetamu ALLAH


Alhamdulilah, minggu hadapan grup pertama jamaah Haji akan berangkat ke Tanah Suci. Mereka adalah insan terpilih, menjadi Tetamu Agung atas jemputan Ar-Rahman dan Ar-Rahim Yang Maha Besar itu. TAHNIAH!

Di dalam beberapa siri ceramah khas ‘Persediaan Haji’, saya perhatikan bakal tetamu ALLAH ini menunjukkan wajah ceria dan benar-benar tekun mendengar perkongsian saya yang sedikit itu. Mereka puas dan tidak sabar-sabar untuk bertalbiah menyahut seruan mulia ini.



Rasululah s.a.w bersabda,
“Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung ALLAH, sekiranya mereka berdoa kepadaNYA nescaya ALLAH akan perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunanNYA, nescaya ALLAH ampunkan mereka.” (Riwayat An-nasai & Ibnu Majah).

Semalam saya berbincang dengan seorang warga Iran. Saya bertukar fikiran dengan beliau mengenai amalan golongan Sunni dan bezanya pendekatan Haji diantara kita dengan golongan Syiah. Hakikatnya, mereka dan kita mengakui perkara yang sama mengenai Haji. Bagi mereka (mungkin kita juga) menganggap Haji sebagai satu rutin tahunan yang mesti dilakukan. Cuma (pada hemat saya) mereka memberi penekanan lebih kepada aspek aqidah sedangkan jamaah kita mungkin kurang ditekankan akan kepentingan memperbaharui kalimah shahadah.

Maka saya teringatlah laporan berita hari ini yang menyebut "Kerajaan Britain telah mengiktiraf agama 'Druids' sebagai salah satu agama di sana. Agama ini mengamalkan amalan menyembah matahari dan bumi. Ianya adalah amalan purba yang menjadikan Stonehenge sebagai tempat pertemuan tahunan mereka." Mereka mahu menandingi kehebatan pertemuan manusia di Arafah dengan mereka di Stonehenge...?

Apapun amalan agama lain, satu tabiat yang sama antara kita dan warga Iran ialah, rakyat mereka juga suka ‘bershopping’. Sebab itulah agaknya harga barang di Musim Haji melambung naik. Contohnya, air minuman biasanya dijual SR1 atau SR2 akan dijual pada harga SR5.

Kepada anda bakal tetamu ALLAH, nasihat saya tidak perlulah bershopping sakan di sana. Memang barang murah tetapi perlu kira-kira kos bawa pulang. Lebihan luggage penerbangan akan dikenakan caj SR98 sekilogram!

Seronoknya menjadi Tetamu ALLAH...….

5 comments:

rezeki said...

salam dr

alhamdulillah, moga bakal2 haji ni mendapat haji yang mabrur kerana tiada balasan selain syurga utk haji yang mabrur

betul tu,
jadikan " shopping" perkara terakhir dan tetap berpegang dgn niat utama ke sana, tapi kalau dah niat dari sini nak bersoping sakan, nanti dapatlah kerana Allah mengetahui setiap niat hambaNYA

moga2 tidak begitu, insyallah

Naz Mohamed said...

Salam a'laik,

Saya kira cukuplah sekadar membeli tamar terutamanya ajwa & ambar serta kismis,kekacang & mungkin jubah sehelai dua. Kain baju, mainan kanak2 , hiasan rumah dllnya tu semuanya buatan Cina dan byk dijual di Malaysia.

haji muda said...

Salam rezeki dan ina,
Saya setuju dgn pandangan anda.

Kakzakie Purvit said...

Salam dr.

Menyusur halaman seketika mengingatkan nostalgia dari apa yang dipaparkan. Nyata akan kebenarannya.

Semoga yang terbaik dapat diraih oleh jemaah yang menjadi tetamu Allah tahun ini. HAJI MABRUR....

alihassan said...

Salam Dr.
Memang shopping seakan-akan menjadi perkara perlu bila menunaikan haji. Tapi bagi saya jika kita tak dapat kawal nafsu shopping , kita jangan jadi batuapi supaya kawan-kawan yang juga seperti kita. saya lalui sendiri tinggal dengan mereka yang sakan shopping dan jadi batu api pula. Wasalam