(Nota: High-Income Economy tidak menjanjikan kita memiliki banglo ini).
Anda tentu gembira bila pemimpin negara atau media massa mewar-warkan perkataan ‘high-income economy’. Saya tidak mengambil perhatian serius mengenai perkataan tersebut walaupun pernah di tanya oleh rakan-rakan dan orang-orang yang hampir dengan saya. Bagi saya, HIE tidak membawa makna jika rakyat marhain tertekan, orang melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya dikelilingi hutang dan keperluan asas kian menekan.
Saya amat perihatin bila ramai insan bertanya:-
“Bolehkah saya pergi Haji atau Umrah jika gunakan wang pinjaman/hutang?”
“Bagaimana saya hendak pergi Haji pada usia muda sedangkan tekanan hidup melampau dan kredit kad menjadi sahabat setia saya?”
Baru-baru ini rakan saya berbangsa Cina menyebut "Camne nak hidup Wan, kos hantar seorang anak ke nurseripun sudah mencecah RM600 sebulan! itu baru seorang anak!"
Persoalan yang kemudian berligar diminda saya ialah “Adakah HIE dapat membantu muslim SEGERA menunaikan Haji?”
Pembentangan Belanjawan 2011 semalam, membuka hati saya untuk berkongsi sedikit salah-faham masyarakat kita berkaitan HIE. Ramai yang berpendapat, HIE bermakna rakyatnya akan hidup senang dan mewah kerana rakyat juga akan mendapat pendapatan atau gaji yang tinggi. Secara logiknya memanglah begitu, bila Negara mencapai HIE, rakyat juga sepatutnya berpendapatan tinggi. Namun dari sudut implementasi, ianya lain pula. Kita lihat Negara HIE seperti USA. Mereka berada di ranking No 17 dengan Gross National Income (GNI) $47,250, namun bilangan rakyat miskin dan yang tidak bekerja juga berada ditahap yang merisaukan.
Dari sudut lain, definisi HIE yang dinyatakan oleh Bank Dunia ialah Negara yang memenuhi Gross National Income Per Capita USD12,196 pada tahun 2009 dianggap telah mencapai taraf HIE (Sila Rujuk website World Bank). Ini bermakna, Malaysia masih jauh untuk mecapai tahap ini dan usaha kerajaan perlulah mendapat sokongan rakyat.
Cuba lihat di mana kita di mata ranking dunia (Ekstrak Data World Bank 20 Sept
2010). Data berkaitan Gross National Income (GNI 2009).
Singapore $37,220 Ranking No 33
Israel $25,740
South Korea $19,830
Saudi $17,700
Malaysia $7,230 Ranking No 89
Mengikut ranking ini, Malaysia berada setaraf dengan
Negara seperti Mauritus, Montenegro, Botswana dan Panama!! Haa! Setaraf dengan Botswana....?
HIE Strategi adalah satu usaha terbaik kerajaan namun ianya tidak akan berhasil jika circulation of wealth hanya kepada kelompok-kelompok tertentu sahaja. Projek-projek mega tidak akan memberi impak terus kepada rakyat marhain dan golongan pertengahan.
Bagaimana rakyat untuk mencapai tahap hidup selesa bila cukai pendapatan masih tinggi, dikelilingi oleh TOL, berbagai-bagai cukai dikenakan dan basic needs seperti api dan air berada pada kadar tariff yang agak membebankan?
Budget 2011 dibentangkan semalam tidak akan banyak membantu golongan marhain dan grup middle-income untuk meningkatkan kualiti hidup. Cuba kita lihat persoalan berikut:-
1. Mengapa Cukai Pendapatan Persendirian tidak diturunkan dalam keadaan rakyat tertekan dengan peningkatan harga barang?
2. Rakyat mengharapkan ‘grand-plan’ penghapusan TOL bukannya zero-growth TOL bagi tempoh 5 tahun mendatang.
3. Apakah impak kepada rakyat marhain jika UEM dan EPF mengambil alih PLUS?
4. Mengapa Cukai Perkhidmatan dinaikkan dari 5% ke 6% dan melibatkan perkhidmatan penting rakyat seperti restoran dan perkhidmatan hospital?
5. “Bonus RM500” kepada pegawai kerajaan amat minimum jika dilihat pengalaman mereka yang terpaksa berhutang setiap kali musim persekolahan anak bermula.
Dari perspektif lain, saya menyokong penuh usaha agresif kerajaan dalam menjayakan misi ‘International Islamic Finance Center’ dan menjadikan Malaysia hub Islamic Finance dunia. Komen saya, janganlah sampai Islamik Bank di Malaysia di barisi oleh orang-orang bukan muslim-mukmin untuk memimpin Islamic Banking/Finance. Adakah Malaysia ketandusan Muslim untuk memimpin atau menjadi pegawai kanan Islamic Banking/Finance? Matlamat mutlak Islamic Finance ialah mengejar mardhatillah.
Rumusan, Budget 2011 tidak dapat merungkai persoalan “Bolehkah saya pergi Haji pada usia muda? ” jika rakyat masih tidak mampu meningkatkan savings/investment atau masih bergantung kepada kredit kad untuk hidup.
Wallah’alam.
12 comments:
salam Dr Ridz,
akak amat respect dengan keprihatinan Dr Ridz ~ soal mampukah seseorang itu menunaikan haji pada usia yang muda...apakah tiada sebarang cadangan dari pihak atasan untuk menuju ke arah itu?
Assalamualaikum Dr,
setuju dgn Dr, pembentangan budget semalam tidak memberi impak apa2 pada kami yang golongan middle-income ni. Terima kasih Dr, semuga ada lagi ahli2 professional lain yg berani menyuarakan rasa hati bagi pihak kami yg sememangnya tidak merasa apa2pun dr pembentangan budget semalam.Tiada berita yg menggembirakan.
Salam Dr Ridz,
Apa jua istilah yang digunakan, ianya berpaksikan ekonomi kapitalis. Yang kaya bertambah senang, yang miskin bertambah susah. Dlm sykt2 pun kita dpt lihat, yg berjawatan tinggi semakin kaya membina empayar, org bawahan terus2an menjadi kuli yg diperah.
Assalamualaikum Dr,
bukankah bagus sekiranya ramai lagi ahli2 professional seperti Dr?
Kak Nor doakan semuga Dr dan famili sentiasa dilindungi Allah.
Kak Nor.
Salam Kak Nab,
Kita perlu kuasa politik utk melaksanakan dasar. Cadangan dah banyak .
Salam anonymous,
Ramai orang kecewa dgn budget 2011.
Sabar ajela..
Salam ummufaiz,
Benar apa yg dikata. Adakah jurang org kaya dan miskin semakin membesar?
Salam KakNor,
Terima kasih dgn doa.
saya terfikir.... pinjaman perumahan dinaikkan kepada 300-450K ,pada saya tidak memberi kesan kerana gaji masih tahap yang sama..malah akan membebankan jika terpaksa buat loan sehingga 300k kerana nak beli rumah..yang kononnya melambangkan penjawat awam ada peningkatan taraf hidup?
apakah pergi haji muda lebih utama daripada kesejahteraan rakyat dan negara secara keseluruhan?
Awang
Salam anon suria,
Moga ALLAH mengizinkan kesejahteraan buat hambaNYA.
Salam Awang,
Rakyat marhain hidup tertekan. MAksudnya mereka tidak mampu hidup dan mencapai kesejahteraan jika dikelilingi oleh pelbagai tekanan ekonomi, hutang dan hidup. Haji Muda adalah penting tetapi bukan dalam konteks soalan tuan. Soalan yg ditanya adalah out-of-context kerana entri ini tidak menolak kepentingan kesejahteraan rakyat dan negara. Bagaimana utk mendapat Haji Muda jika tiada savings/investment?
Post a Comment