Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, October 30, 2010

Kita Masih Jauh...#1


“Wan, bosanlah hidup!” Tiba-tiba tiga patah perkataan ini muncul di peti suara hanfon saya. Belum sempat saya menjawab panggilan rakan saya ini, perkataan ini muncul pula, “Bukankah lebih baik jika tiap-tiap hari adalah hari-hari dalam bulan Ramadan!” Satu ungkapan yang menarik untuk saya selitkan di entri kali ini.

Perjalanan hidup sememangnya meletihkan. Hampir semua rakan-rakan menyebutkan ungkapan yang sama. Bagi sesetengah hamba ALLAH, rutin kehidupan agak membosankan. Isnin-Jumaat bergelut dengan masa mencari rezeki dan Sabtu-Ahad pula masa yang menyeronokkan, boleh istirehat, shopping, ziarah ahli keluarga dan rakan-rakan.

Hari Jumaat adalah waktu yang dinantikan bukan kerana meraikan ‘Hari Raya Mingguan Muslim’ tetapi berputiknya ‘weekend mood’. Sentimen ini bersifat universal, bukan sahaja masyarakat kita tetapi hampir semua manusia akan merasa lega bila Jumaat mengeyitkan mata.

Langkah-langkah menghimpun harta , glamor dan pangkat menjadi buruan hampir setiap insan. Al-Qur’an tidak menafikan kehendak kita yang amat mencintai perhiasan dan kemewahan dunia. Itulah dia tabiat dan ciri manusia.

Dalam kita sibuk dengan urusan duniawi, rupa-rupanya kita masih jauh. Pertama, hati kita jauh dari mengingati kematian dan persediaan Akhirat kerana terpaksa menghitung masa mengejar impian duniawi. Kedua, sejak Ramadan pergi, kita kehilangan sesuatu yang berharga. Solat berjamaah di Masjid semakin susut, ukhuwah yang dipupuk melalui solat tarawikh seakan-akan sepi, komitmen ibadah makin menurun dan kekuatan untuk membaca Al-Qur’an tiba-tiba hilang. Disiplin untuk kembali awal ke rumah selepas waktu kerja di bulan Ramadan, mula kian kurang diberi perhatian. Tabung-tabung masjid pula mengalami kemerosotan melebihi 30%.

Cuba kita lihat diri kita. Adakah kita risau dengan kesihatan, perubahan fizikal, banyaknya uban, boroinya perut, licinnya rambut dan kedutnya kulit? Perubahan fizikal ini menunjukkan kasih sayang ALLAH kepada kita. ALLAH memberi pelbagai ingatan untuk kita kembali ke jalannya. Perubahan ini juga adalah tips betapa hampirnya malaikat maut dengan kita.

Anak-anak muda kita juga kelihatan masih jauh. Media massa memanaskan lagi situasi generasi muda yang hilang pedoman hidup. Bagi anak muda, nikmat duniawi mahu dimaksimumkan dan hiburan menjadi keutamaan. Harapan ibu/ayah dan ummah tidak dipandang serius. Jatidiri kian rapuh. Ini adalah realiti akibat gelombang TV, internet, handfon dan pusat-pusat hiburan.

Sememangnya kita masih jauh dalam banyak aspek. Jauh dari kekuatan Ruhiah dan terpinggir dari kualiti hidup. Kita masih jauh dari bumi Mekah dan Madinah. Kita amat jauh dengan generasi awal pemuda/i MAdinah. Hati kita juga terasa sayu dan jauh dari Mekah & Madinah. Tidak pasti bila bisa hadir lagi.

Saya menilai kelemahan diri dan menyatakan kepada rakan saya, “Ramadan masih jauh, kita masih jauh namun ALLAH amat hampir dengan kita. Maka, hargailah apa yang hampir dengan kita dan manfaatkan kesempatan yang ada kerana kita tidaklah jauh mana di dalam perkiraan ilmu ALLAH yang MAHA MENGETAHUI itu”.


6 comments:

alihassan said...

Salam Dr.
satu peringatan yang mampu membangkitkan semangat ramadhan. Ayuh kita bawa semangat ramadhan dalam setiap hari yang dilalui. Apa yang kita lakukan dalam bulan ramadhan kita lakukan sepanjang masa. Insyaallah kita akan mampu melakukannya .

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,
Terima kasih kerana sentiasa berkongsi ilmu.
InsyaAllah, akan sentiasa mempertingkatkan keimanan kpd NYA...:~)

Kak Nor.

Nur Amylia Natasha Binti Mohd Shabudin said...

Assalamualaikum..............
salam ukwah dan salam sejahtera Nur ucakapkan kpd pihak berkenaan dan rakan2 blogger...

sy dilahirkan dalam kelurga yg bermaslah, jauh dr ALLAH S.W.T
keluarga sy terlalu mngejarkan harta duniawi shngga lalai mendidik utusan ALLAH turukan kepada org tua sy iaitu kami adk brdik...
sy anak sulong,sorg pmpn drpd 4 brdk..

sy terpanggil untuk mngerjakan umrah apabila sy sndri mmpbljri tntg agama melalui motivasi DR FADZILAH KAMSAH dan parar2 motivasi lain jugak.. sy trpanggl untk mndktkan drikpd agama apabila sesuatu impak yg sgt trajadis berlaku pd drini bknnya skli tp berulang kali..
kali ni sy nekad biarlah sy ddk dri sndri lps ajak mak n adk sndri bknnya dpt skongan tp cacian dan dipandang rndh dan lngsg tiada hormat sesama manusiaa,ini mngkin kerana kslhn yg sy lakuakan masa lampau,tp apabila nk berubah n mntk bantuan mreka xpernah memndang sy sbgai umat yg ingin kmbalike pangkal jalan... sy amat tertekan keran keluarga sndri tidakmmbri sokong tp mnunding jari....



jadi sy terfikir untuk mendiamai pusat pemulihan akhlak tp sy blm brbncg ngn ahli keluarga lg,malah skrg sy masih menuntu di Ipta kolej Ptpl,shah alam bru tahun pertama....

dengan ini saya mahu mntk pertolong pihak anda..

haji muda said...

salam alihassan,
InsyaAllah

haji muda said...

salam kaknor,
InsyaALLAH akan terus berkongsi

haji muda said...

salam adik Nur,
Perubahan diri atau menuju kejayaan perlu dilakukan sendiri. Berusahalah untuk mendampingi ALLAH dan mencari jalan memperbaiki diri.