Muhasabah diri adalah ciri penting seorang muslim-mukmin. Mereka yang sering menilai diri melalui proses ini akan menemui diri mereka dan kedudukan mereka. Ada insan yang merasakan mereka masih jauh dari jalan ALLAH, ada yang tergelincir dan ada pula tidak tahu kesalahan mereka.
Haji dan Umrah mengajak manusia untuk melakukan muhasabah diri peringkat tinggi dan menilai kembali matlamat hidup. Persoalan yang ditujukan kepada saya baru-baru ini oleh seorang warga emas ialah “Adakah ALLAH akan menerima amalan Haji dan mengampunkan dosa pakcik yang amat banyak itu?” Persoalan ini adalah biasa bagi saya. Ramai rupanya insan yang mahu kembali ke jalan ALLAH.
Nada ringkas saya, “Pakcik.., pakcik sebenarnya bertuah sebab pakcik sudah termasuk dalam golongan hamba yang BERJAYA!” “Tidak ramai mahu mengakui kelemahan diri dan mahu pula mendekatkan diri dengan ALLAH dan Syurga ALLAH melalui perjalanan Haji.”
Saya menyakinkan mereka,
“Bertaubatlah kamu wahai orang-orang beriman, supaya kamu beruntung.” (Surah An-Nur: 31)
“Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri (dari dosa).” (Surah Al-Baqarah: 222)
Saya dipeluk oleh pakcik ini, lantas beliau berbicara “Terima kasih anak, kerana memberi pakcik masa untuk berbicara sekejap. Doakan pakcik selamat menjalani ibadah HAji minggu depan.”
Ya! Haji dan umrah memberi harapan untuk hambaNYA meneruskan hidup yang lebih ceria, berwarna-warni dan indah. Mungkin manusia dan insan sekeliling menghina kita atau kita pernah melakukan kesalahan akibat nafsu dan penganiayaan orang, namun ALLAH sentiasa menerima kita. ALLAH lebih terbuka dan langitnya lebih luas dari hati manusia-manusia disekeliling kita. Kita lebih HEBAT dari orang lain jika kita sentiasa mampu menginsafi diri dan mahu lebih dekat dengan Pencipta Alam. Kesilapan lalu adalah pencetus perubahan diri kearah hidup CEMERLANG dan ALLAH tidak pernah melupuskan janji-janjiNYA. Dua Tanah Suci Mekah dan Madinah sudah tentu gembira menanti kehadiran kita. Ketenangan Mekah dan MAdinah akan mengamit kedamaian hati.
6 comments:
Salam Dr.,
Sebagai hamba ramai yang merindui Padang Arafah dan bumi Anbia tempat bermunajat mengabdikan diri kepadaNya.
Salam Dr,
Baru terima perkhabaran dari ayahanda di Mekah, hari wukuf pd 15Nov,Insya Allah.
Salam Dr,
Terima kasih dengan coretan Dr ini, semoga saya dapat nikmati ketenangan yang sebenar-benarnya di bumi anbia nanti. Disamping menunaikan ibadat
salam kakzakie,
InsyaALLAH kita akan ke sana lagi
salam ummufaiz,
ALhamdulilah
salam aurora,
Moga berhasil dgn apa yg dihajatkan
Post a Comment