Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, November 8, 2010

Kita Masih Jauh #3....2034


Tarikh 2034 bukanlah tarikh kiamat. Bukan juga tarikh keramat. Ianya adalah manifestasi dari gelombang Haji.

Baru-baru ini saya menziarahi pejabat Tabung Haji. Bila saya bertanya tarikh Haji di sistem TH, pegawai bertugas menyebut “Jika tuan mendaftar sekarang, system kami akan memberi tahun 2034 sebagai tahun menunaikan Haji”. Subhanallah! Jauh lagi tu, 24 tahun menunggu.

Media arus perdana menyebut bagi menjamin peluang Haji kepada rakyat Malaysia, maka jamaah haji tidak dibenarkan mendaftar haji dalam tempoh 9 tahun selepas menunaikan haji pertama. Juga difahamkan anak-anak di bawah Umur 15 tahun ke bawah tidak boleh mendaftar Haji. Langkah-langkah ini diambil kerana mengikut laporan media, hampir 500,000 umat Islam Malaysia sudah mendaftar Haji . Alhamdulilah! satu gelombang kebangkitan yang baik di dalam usaha mengislahkan masyarakat.

Pun begitu masih ada yang berkata “Aku ada kabel politik, boleh potong queue”. Atau “Aku boleh bayar harga pakej”. Namun masih ada yang menyebut untuk tunggu sampai seru.

Kita akan sentiasa jauh jika tidak berusaha. Walaupun Tetamu ALLAH itu adalah pilihan ALLAH, kita masih dikehendakki berusaha meringankan kaki dan jari untuk mendaftar Haji. Itu adalah langkah awal kita, sungguhpun ianya masih jauh lagi.

7 comments:

rezeki said...

salam dr

alhamdulillah, kami dah mendaftar semula lps balik 2007 dengan kedua2 anak kami juga

insyallah 2010 kalau ikut giliran,
moga panjang umur dan dizinkan Allah

alihassan said...

Salam Dr.

Awal tahun ini, saya daftar haji lagi dan dijadualkan pergi pada 2030. Gelombang haji sedang melanda umat Malaysia. Alhamdulillah, tapi suara-suara sumbang kedengeran ada mengatakan pihak TH melebihkan kuota untu pakej sebab pihak TH nak lepas tangan. Betul ke....?wasallam

Anonymous said...

assalamualaikum Dr,
terima kasih atas info ini. Alhamdulillah telah mndaftar 2005 lagi dan InsyaAllah jika ada rezeki tahun depan setelah disemak dgn pihak TH.Itulah harapan kami yg memang bersungguh2 menabung untuk menunaikan rukun Islam yg ke5yang teringin pergi pada usia muda, jika dengan pakej kuranglah kemampuan dan tipislah peluang kami.Alamatnya tak merasalah kami jika TH melebihkan kuota kepada pakej.

Anonymous said...

Salam,

Maafkan saya jika tuan menganggap saya sesat.

Tapi saya mengajak tuan ke mentalbondageinthenameofgod.wordpress.com.

Tuan boleh baca kenapa tuan hanya boleh ke Mekah pada tahun 2034.

haji muda said...

salam rezeki & alihassan,
Moga ALLAH mengizinkan . Amin

haji muda said...

salam anonymous1,
InsyaALLAH saya doakan kejayaan sdr/i ke Tanah Suci tahun depan. AMin

haji muda said...

Salam anonymous2,
Belajarlah dari sumber yang sahih. Berpeganglah kepada 4 Sumber asas Syariah. Jika sudah menguasainya maka bolehlah jadikan sumber lain sebagai rujukan.

website berkenaan banyak menggunakan perkataan negatif dan indicate niat yang kurang baik. Satu penulisan yg baik akan berhujah dan mengembangkan ilmu yg sediaada. Pada hemat saya, website berkenaan akan menambahkan kekeliruan. Wallah'alam.