Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, November 20, 2010

Kita Masih Jauh #4...Pengorbanan

Muslim masih jauh dalam aspek intelektual dan material. Buku Haji Muda saya mengajak masyarakat menanamkan hasrat dan merancang untuk melalui proses Haji ketika usia masih muda. Untuk melakukannya, kita memerlukan kekuatan material iaitu kemampuan membuat tabungan/savings. Namun berapa banyak tabungan boleh kita buat sebulan?

Saya pernah ditempelak “Buat apalah kamu kerja keras nak ajak orang pergi Haji pada usia muda. Sukahati oranglah bila dia nak gi Haji.” Kenyataan begini lebih kurang sama bila saya mengajak orang menggunakan perbankan Islam atau menggunakan pinjaman Islam untuk pinjaman rumah atau kereta. Bagi segelintir orang kita, apa bezanya Islamic finance dengan bank konvensional?

Bila fikiran jumud, ilmu cetek dan hati keras, bagaimana untuk kita faham keperluan Haji Muda atau merealisasikan Islamic Finance dalam hidup?

Kelmarin anak saya darjah 3 bertanya “Boleh ke bukan Islam buka akaun di Bank Islam?”. Soalan ini diajukan setelah anak saya melihat sendiri dua pemuda India berseluar pendek mengeluarkan wang dari mesin ATM Bank Islam. Maka saya jelaskan “Islam untuk semua bukan eksklusif untuk orang Melayu atau Arab. Cahaya Islam telah terbukti mampu memberi keadilan sejagat kepada manusia dan alam.”

Lantaran itu, saya mengajak pula masyarakat menguasai ilmu melalui Buku Bila Pintu Hati Terbuka. Buku BPHT menjemput kita sama-sama membangunkan harta penting ummah iaitu ilmu dan kepakaran. Ianya perlu dilakukan dengan usaha, minat dan kesungguhan.

Baru-baru ini saya menerima newsletter dari sebuah Badan Professional Antarabangsa. Berikut adalah statistik yang saya perolehi dari newsletter tersebut. Statistik keahlian Badan Professional Perakaunan Antarabangsa ini menunjukkan senarai 429 orang rakyat Malaysia telah diterima sebagai ahli CPA atau Associate Badan Professional tersebut pada tahun 2010. Dari seramai 429 orang, pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:-

Melayu 17

India 18

Cina 394

Dengan lain perkataan Melayu Cuma 4%, India 4.2% dan Cina 91.8%. Tabik kepada rakan-rakan saya yang berbangsa Cina. Anda telah Berjaya membangunkan harta abstrak penting.

Kita masih jauh rupanya….

Hakikatnya, usaha yang dilakukan selama ini tidak cukup. Lantaran adakah 30% ekuiti Bumiputra sudah sebenarnya dicapai?

Di mana silapnya?

Kita melahirkan graduan tetapi tidak menjurus kepada peningkatan kadar bilangan di dalam bidang professional. Di kalangan professional pula berapa ramai yang menjiwai nilai professional muslim berteraskan semangat Madinah Al-Munawwarah. Justeru, sempena Eid Adha ini ke semua kita perlu mengarap masa dan tenaga berkorban untuk membangunkan generasi muda. Anak-anak muda kita adalah pelapis kita, pewaris kalimah syahadah dan mempunyai potensi untuk memimpin ummah dan Tanah Melayu ini. Apa yang kita beri mereka sekarang akan mencorakkan cara mereka berfikir dan bertindak pada masa hadapan.

Moga ALLAH memberi kita kekuatan untuk membimbing anak-anak muda kita ke satu aspirasi mendaulatkan Generasi Madinah berteraskan Qur'an dan sunnah.


***************

Nota: Entri ini tidak disokong oleh kajian terperinci berkaitan peratusan Melayu/Cina/India di dalam badan-badan professional seperti Arkitek, Perubatan, Kejuruteraan dan saintis. Satu mekanisma kajian terperinci perlu dilakukan untuk menyemak kembali kejayaan bangsa Melayu di dalam bidang kritikal.


5 comments:

Hasnunniza Hashim said...

Salam sejahtera.
Mohon share di FB saya.
Terima kasih Dr.

haji muda said...

Salam nizar,
Silakan utk manfaat dan pembangunan ummah.

Saya akan beri Khutbah Jumaat minggu depan, boleh buatkan banner canggih utk saya?

Hasnunniza Hashim said...

InsyaAllah, sila rujuk e-mail Dr.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Assalamualaikum Dr Ridz,

lama kak nab tak tggl jejak kat sini...datang baca2 jer...semoga Dr Ridz dapat terus menyumbangkan tenaga untuk kerja2 dakwah..insyaallah, anda mendapat barakah dari DIA.

KaklongWiduri said...

Salam
saya menabung untuk anak-anak menunaikan haji seratus sebulan...harapkan sehingga 2030..mereka telah mencukupkan bekalan ..2030 tu anggaran tahun mereka akan ke sana setelah mendaftar pada January 2010...Insyaallah..