Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, November 28, 2010

Intipati Khutbah Jumaat 26 Nov 2010

Sudah bertahun lamanya saya tidak naik ke mimbar Masjid untuk membaca khutbah. Umum tidak mengetahui mengapa ramai yang tidak mahu membaca Khutbah. Tekanan kepada Khatib ini kurang dirasai jika kita membaca Khutbah di Negara orang Putih. Di Negara sendiri, masyarakat lebih memfokuskan kepada kesilapan si Khatib atau si pemberi ceramah. Daripada menerima cemuhan dan komen-komen negative, lebih baik jadi makmum boleh juga melelapkan mata lebih kurang 15-20 minit semasa Khutbah sedang di baca. Realitinya, lebih ramai akan tidur atau tertidur bila khutbah di sampaikan…

Hakikatnya, Membaca khutbah memberi tekanan kepada khatib kerana kesilapan membaca khutbah boleh menyebabkan solat Jumaat tidak sah. Bukan setakat itu, LEBIH TERTEKAN , setiap butir ucapan khatib akan didengar, dinilai dan mungkin direkodkan oleh individu-individu tertentu. Kepada mereka yang berhati baik, jika kandungan khutbah bermanfaat, rakaman khutbah akan disebarkan dengan tujuan perkembangan dakwah. Bagi mereka yang tidak berhati mulia, rakaman khutbah boleh digunakan untuk melapor ke pihak penguasa, Jabatan Agama atau individu-individu berkepentingan walaupun mungkin 100% jamaah memberi sokongan dan bersetuju dengan kandungan Khutbah yang di sampaikan . Ianya lebih bermakna khususnya dalam konteks isu semasa yang Khatib berusaha mengajak masyarakat untuk sama-sama fikir, usaha dan juga sama-sama membuat tindakan bersesuaian dengan hasrat membina masyarakat dan kariah berjiwa Madinah Al-Munawwarah. Ianya bukanlah Khutbah bersifat teori yang biasanya jamaah akan lupa sebaik-baik melangkah keluar dari Masjid. InsyaALLAH saya memberi komitmen untuk melaksanakan apa yang saya sebut di dalam Khutbah jika masyarakat dan kariah benar-benar mahu sama-sama melakukan PERUBAHAN.

Ringkasnya, ‘tension jugak lepas selesai baca khutbah….’

Berikut saya ringkaskan kandungan Khutbah Jumaat.

Kandungan Khutbah Jumaat menggunakan teks Khutbah yang dikeluarkan oleh JAIS. Maksudnya saya mengikut prosedur Jabatan Agama. Namun penekanan saya berikan kepada bagaimana Masjid dan Kariah dapat sama-sama berganding bahu menjayakan objektif Khutbah.

Bagi mengajak masyarakat melakukan transformasi, perkara berikut perlu diambil secara kolektif dengan tidak mengharapkan penyelesaian ke atas Mufti, Jabatan Agama, guru-guru sekolah atau pengurusan MASJID. BUDAYA MENCARI SALAH ORANG PERLU DITINGGALKAN. MEMAJUKAN UMMAH ADALAH TUGAS BERSAMA.

Tindakan Yang Perlu Diambil:-

1. Membudayakan penguasaan Ilmu

2. Membina keluarga dan masyarakat ke arah penghayatan Islam

3. Meningkatkan usaha Tarbiyah kepada anak-anak

4. Memelihara ibadah solat khususnya solat berjamaah di MAsjid atau berjamaah dengan anak-anak.

5. Menjana penyatuan masyarakat dengan meletakkan Qur’an dan Sunnah sebagai sumber integrasi.

6. Kembali kepada Hukum-Hakam dan Undang-Undang Islam

Setiap satu bullet di atas dikupas dengan teliti termasuk syor pelaksanaan supaya mesej Khutbah dapat sampai dengan jelas ke telinga jamaah dan dapat diterima oleh semua pihak.

Dikesempatan ini, saya turut memberi pujian atas kesungguhan beberapa individu di dalam membantu saya khususnya saudara Md Isa (menguruskan slide presentation ketika tazkirah & Khutbah), Saudara Niza (banner designer & creativity), adik Afif Afnan Ridzwan (penyedia slide), Imam Muda Marcidy, Bilal bertugas Sdr Bob, AJK Masjid dan Unit Dakwah JAIS.

Saya memohon keampunan ALLAH jika mesej ini tidak sampai kepada masayarakat atas kelemahan dan kelalaian diri yang doif ini. JUga saya mohon moga ALLAH mengizinkan penyatuan fikiran dan kesungguhan kita untuk berganding bahu memajukan masyarakat.

2 comments:

rosli said...

Salam DR,

Tahniah kerana berjaya menyampaikan Khutbah tersebut.

Hope JAIS akan berjaya mengubah rakyat Selangor yang berugama Islam melalui teks khutbah yang mereka sediakan

haji muda said...

Salam Li,
Tkasih.