Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, January 29, 2011

Duit Masjid Untuk Simpan?


Malam tadi saya dikejutkan oleh satu sms. Sms tersebut agak pelik dan saya juga tidak kenal siapa penghantarnya. Saya fikir si penghantar berhasrat menjemput saya untuk memberi ceramah atau berkongsi pengalaman. Rupanya, bukan gitu. Mungkin salah nombor agaknya.

Sms tersebut berbunyi,

“Salam hormat kepada semua AJK wanita cawangan zzzzzzz. Satu kursus yyyyyy anjuran aaaaa bersama wanita bahagian akan diadakan di Langkawi pada hhbbtt. Jika berminat , sila smskan nama dan no KP kepada saya. Tk.”

Bertuahnya jadi wanita! Dapat pergi kursus sambil shopping. Di Langkawi pulak tu.

Maka teringatlah saya akan satu kisah yang berlaku beberapa tahun dulu. Ianya bermula bila saya melontarkan cadangan kepada Nazir sebuah masjid untuk organize satu workshop bagaimana untuk memajukan masjid. Saya volunteer menjadi fasilitatornya. Cadangan tersebut mendapat sambutan dari Nazir.

Pendek cerita, AJK masjid dan beberapa kariah menentang idea tersebut.

Ai.. masjid nak organize bengkelpun tidak boleh? Pelik sungguh! Kenapalah ‘kaki masjid’ tidak terbuka minda dan melihat dari sudut maslahah. Sepatutnya AJK masjid menyokong idea dan sama-sama menjayakannya bukan kritik dan hentam. Alasannya, tidak boleh gunakan duit masjid untuk program tersebut.

Komen saya, wang masjid sepatutnya digunakan untuk mengembangkan Islam dan mendekatkan masyarakat dengan program Masjid, bukan untuk disimpan sehingga berjumlah ratusan Ribu RM dalam Bank. Jika usaha untuk membantu pengurusan masjid tidak dilihat dari sudut kepentingan dakwah, di mana pula garis-panduan program yang ' boleh atau tidak-boleh' gunakan wang masjid?

Sebab itu kita lihat masjid2 kita banyak wang di bank atau di akaun pelaburan. Satu ketika dahulu, Masjid di kampong saya sahaja mempunyai simpanan lebih RM100,000 di bank.

Rumusan, jadi AJK pertubuhan wanita lagi baik…. Dapat ilmu gi kursus, dan dapat rehat minda gi Langkawi…

Nota Ridz- Duit MAsjid bukan untuk simpan dan dilaburkan di Bank. Bank di Malaysia mengaut untung besar berbilion RM setahun.

Duit masjid adalah amanah yang perlu dilaburkan untuk akhirat ie. Ke arah pembangunan ilmu, fikiran dan ruhiah. Tidak lupa, pembangunan fizikal sesebuah Masjid juga mustahak.

Wallah’alam.

Tuesday, January 25, 2011

Perjuangan Belum Selesai...

Tiba-Tiba hati ini rindu akan Baitullah

Alhamdulilah ALLAH terus memberikan saya nikmat kesihatan untuk meneruskan wawasan hidup. Sejak dua minggu ini, saya memaksa diri all-out menyiapkan buku no 3 yang berkaitan dengan Haji & Umrah. Ianya sudah sebati di dalam diri ini.

Saya meletakkan misi ini sebagai prioriti kerana sasaran sudah hampir tamat. Saya tidak mahu lagi berlaku anjakan sasaran. Keinginan untuk berkongsi begitu membara.

Hati ini tersentuh bila melihat gambar-gambar kenangan di Mekah dan Madinah. Rindu ini amat terasa sekali... Itulah dia Tanah Haram, rindu akannya tidak akan pudar hingga kita menuju ke alam transit Barzakh.

”Dan kami akan memberi kamu taufiq kepada jalan kebahgiaan (dunia dan akhirat), oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat.”

(Al-A’laa: 9-10)

”Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk menyiapkan satu manuskrip berharga untuk ku tinggalkan buat ummah tercinta. Terimalah keikhlasan hati ini sebagai satu amal soleh dan matikanlah kami sebagai syuhada’.”

Tuesday, January 18, 2011

Azan- Gagalnya Kita


Pagi tadi saya membaca akhbar berbahasa Inggeris yang menyentuh mengenai pernyataan maaf seorang peguam yang mempertikaikan Azan di sebuah MAsjid di KL. Yang menariknya, beliau menyatakan bahawa beliau tidak tahu perbezaan antara azan dan ceramah.

Dari sudut negatif, kita boleh sebut begini,

“HAi, dah lebih 50 tahun merdeka, peguam pulak tu tak tahu apa itu azan? Tidak pernah bercampur dengan orang Islam ke? Kalau kami Islam Melayu boleh respect dan bertolak-ansur dengan agama dan budaya kamu, mengapa kamu kelihatan bodoh tidak tahu agama dan budaya kami?”

Dari sudut muhasabah pula, KITA sebenarnya sudah GAGAL. Lebih 50 tahun merdeka, sistem pendidikan kita gagal melahirkan peguam yang berhati mulia. Sistem pendidikan berteraskan rasis dan meluasnya sekolah-sekolah jenis kebangsaan berteraskan kaum, tidak mendatangkan kebaikan kepada Malaysia. Sistem pendidikan kita Nampak pincang kerana 50 tahun berlalu masyarakat bukan Islam masih tak mengerti Islam dan budayanya. Kita pula kadang-kadang suka menghukum dari mendidik. Orang-orang kita pula menambah cuka kepada berlian yang Islam keluarkan. Ulama pula tidak diangkat tinggi.

Zaman saya sekolah di kampong dahulu, rakan-rakan Cina dan India sangat rapat. Kami hormat-menghormati. Kami juga baca novel interlok walaupun dalam aliran Sains. Kami tidak pula panggil kawan India kami “paria” walaupun baca Interlok. Kawan Cina pula sama-sama join kelas tulisan jawi. Belajar tulisan jawi bukan maksudnya belajar Islam atau untuk masuk Islam.

Jika tahun 70an dan 80an dahulu kami boleh bersama, hormat-menghormati dan berkongsi budaya bagi membentuk masyarakat Malaysia, mengapa generasi kini agak kurang ajar dan tidak menghormati sifat akomodatif Islam-Melayu?

Dari sudut menghormati hak orang lain pula, Masjid perlulah melaksanakan ciri-ciri masyarakat Madinah. Ada sesetengah masjid menggunakan pembesar suara setiap kali ceramah Maghrib atau Kuliah subuh dilaksanakan. Lebih mendukacitakan volum pembesar suara pula ditahap maksimum. Ianya tidak perlu jika kariah kita mempunyai rakan-rakan bukan Islam. Kita perlu menghornati hak mereka untuk berehat selepas pulang dari kerja. Jika kariah kita 100% muslim pun, kita perlu menghormati hak mereka untuk bersama keluarga. JIka Azan tidak mengapalah menggunakan volum maksimum kerana ianya adalah syiar dan perlunya mengajak kariah berjamaah di MAsjid.

Kita perlu belajar untuk mendidik dari menghukum.


Thursday, January 13, 2011

Give Up!


Pernahkan anda give up dalam hidup atau apa yang anda usahakan?

Saya yakin jawapannya ialah “Ya”.

Mungkin satu ketika dulu kita give up dengan cikgu, kawan-kawan, boyfriend/girl friend, rakan sekelas, bos yang banyak kerenah, bos yang pentingkan diri sendiri, give up dengan golongan bodoh sombong atau mungkin juga hilangnya keyakinan dengan hidup.

Baru-baru ini seorang hamba ALLAH berbangsa Iran bertemu saya meluahkan persoalan hidup. Ungkapan beliau “I want to pack my things and go back to Iran.”

Wah! Saya fikirkan bangsa Parsi/Iran tahan lasak. Rupanya lebih kurang sahaja dengan kita. Saya berkongsi dengan beliau bahawa satu ketika dahulu empayar Parsi adalah satu empayar yang gagah dan disegani. Mereka mampu menguasai kawasan yang luas kerana nafsu. Namun Islam memimpin nafsu itu dengan jalan Rabbani. Itulah kelebihan generasi pertama Qur’an yang lebih gagah dari empayar Parsi. Mereka ada Qur’an dalam diri. Mereka terjemahkan Qur’an dalam perbuatan, perkataan dan amalan sehingga empayar gagah mampu dijinakkan.

Saya katakan kepada hamba ALLAH ini, “There is no such word as Give Up in Islam”.

Bila kita mempunyai misi dan impian, terseliuh diperjalanan adalah perkara biasa. Teruskan menapak biar apa sekalipun masyarakat sekeliling ingin katakan. Ramai insan disekeliling kita yang akan bawa kita ke bawah. Ada juga yang akan kata “mustahil untuk mencapai sasaran tersebut”. Atau perkataan biasa "Kalau dah terseliuh tu, tak payahlah hendak kejar sasaran".

Nota ringkas saya,- Tolak tepi apa orang hendak cakap asalkan kita yakin kita melakukan perkara terbaik untuk diri sendiri dan tidak membelakangkan Qur’an dan Sunnah.

Don’t let anyone destroy your dreams…..Take Charge!


Saturday, January 8, 2011

Janji

Gambar hiasan: Di depan kita puji melambung, di belakang kita kutuk.
Di depan kita angguk kepala, di belakang kita caci-cerca.

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang berpangkat tinggi (Senior Vice President) sebuah syarikat korporat. Beliau membuat satu kenyataan ikhlas, “Terlalu ramai manusia-manusia munafiq di sektor korporat yang mementingkan perut sendiri dan mengabaikan amanah.” Saya membalas provokasi ini dengan mencelah, “Apa yang tuan maksudkan dengan munafiq ini?” Beliau dengan yakinnya menambah, “Ialah Dr, bila janji dimungkiri dan amanah dianggap peluang membolot harta, bukankah ini ciri-ciri munafiq?

Tidak mampu untuk saya berhujah panjang, kerana ianya hasil pemerhatian yang teliti. Boleh dikatakan hampir semua manusia mempunyai ciri-ciri ini. Tiada siapa pula mampu lari dari ciri-ciri munafik ini. Yang jelas, beliau bersungguh-sungguh mempertahankan apa yang beliau katakan. Mungkin juga beliau kecewa dengan suasana persekitaran yang merosakkan.

Cuba kita tanya diri kita, adakah kita mempunyai ciri-ciri bila berjanji tetapi sering tidak mengotakan janji? Bila amanah membuka ruang menghimpun nafsu? Ayuhlah kita sama-sama beristighfar moga ALLAH mengampunkan kelemahan kita ini khususnya bila kita terlalu banyak janji dengan ALLAH, kemudian kita tidak laksanakan.

Tiada cara lain melainkan kita didik hati kita untuk mendampingi ALLAH. Bila kita terlalu mencintai dunia dan mahu berjaya di dunia, maka tempias ini akan sering menghingap muka.

Cuma ALLAH sahaja yang tidak hipokrit. Janji ALLAH adalah pasti, Syurga dan neraka ALLAH adalah sahih dan alam akhirat akan tetap kita lalui..

Moga ALLAH sentiasa memelihara kita dari ciri munafik ini.


Sunday, January 2, 2011

Nota Terakhir

Tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan. Ada yang manis, ada juga yang pahit. Bagi membina jatidiri yang positif, kita tinggalkan sahaja kenangan pahit dalam diari 2010 disamping mengambil tindakan pembaikan. Yang manis dan success story, kita tulis besar-besar di dinding, di atas meja dsbnya supaya ianya meningkatkan self-esteem dalam diri.


Dipenghujung tahun 2010, saya menerima satu nota penutup diari 2010. Nukilan seorang muslimah ini lahir dari hati beliau yang perlu saya kongsi di dalam blog ini. (Nota: Dengan kebenaran Puan N, berikut saya copy paste email beliau kepada saya.


************************************************************


Assalamualaikum Dr


After more than 1 year, baru sekarang sampai hajat saya utk email Dr , I just want to say thanks a lot for writing buku Haji Muda. I posted something on my blog and it was actually your book that opened my heart. I really wanna thank you for that.


Saya bersyukur Tuhan buka hati saya utk beli buku Dr. All my life I’ve never bought Islamic book. Tak pernah. Especially buku bahasa melayu. Tapi entah kenapa saya terpanggil untuk beli buku Haji Muda, yang saya baca in one sitting. And lepas tu, terus hati saya macam di tarik- tarik untuk menunaikan haji.


Alhamdulillah saya & suami dah Selamat kembali. Saya rasa sangat bertuah ~ peak of my life. Dan semuanya kerana Tuhan buka hati saya untuk beli buku Dr dan Tuhan buka hati saya lepas baca buku tu, of which I keep reading it again and again dan saya seperti rasa di lahirkan semula.


Again, Dr thanks for inspiring me. Pls keep writing. Hanya Allah yang tahu betapa besar jasa Dr.


Wassalam.