Masjid Syiah- Indah dan mengkagumkan
Masjid Sunni- kecil , uzur tetapi lebih selesa dari MAsjid Hudaibiah (berhampiran Mekah)
Pegawai bertugas menjemput saya di apartmen tepat jam 8 pagi Jumaat 18hb Feb 2011. Di dalam kereta saya berpesan kepada pegawai bertugas untuk menjemput saya jam 11.40 pagi untuk ke MAsjid bagi menunaikan solat Jumaat (Zuhur jam 12:03 tgh).
Saya memberitahu pegawai bertugas, “Could you please inform the mosque that I wish to deliver Friday Khutbah. Please arrange this noble intention.”
“Ok, I will check and see.” Kesungguhan ditunjukkan oleh pegawai berkenaan.
Jam 11.45 pagi, driver hadir dan mengetuk dewan kuliah, “Dr, I wait you outside.” Beliau berbahasa Inggeris lengok Parsi.
Bila saya memasuki kereta, saya beritahu beliau,
“I want to go to Syiee Mosque”.
“No Dr, you should not go to Shiee mosque!”
“Why?”
“They will not welcome you, after all the khutbah in syiee mosque is too long.”
"They will not welcome me??, soalan terkejut dan tergantung. Kami sama-sama diam.
Akhirnya, saya di bawa ke MAsjid Sunni di Pulau Peranginan ini. Masjid Sunni ini kelihatan uzur jika dibandingkan dengan Masjid Syiah yang besar dan kelihatan cantik/mewah. Setibanya saya di lobi Masjid, saya disambut oleh dua pegawai Masjid. Selepas berwudu’ pegawai ini menyatakan bahawa saya tidak dibenarkan memberi khutbah Jumaat. Ada beberapa sebab yang beliau nyatakan (yang tidak dapat saya kongsi di blog ini). Selepas berwuduk, saya melangkah untuk ke Dewan Solat. Ketika itu Imam sedang memulakan membaca Khutbah. Jamaah Sunni sudah penuh di dalam dewan utama Masjid. Pun begitu saya menerima satu kejutan. Saya diiring menuju terus ke saf hadapan di dalam dewan berdekatan mimbar Masjid.
“ALLAHU AKBAR! Malunya saya disisi ALLAH!”
Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah menerima layanan sebegini.
Saya tidak pernah meminta diiring sebegitu rupa untuk mengambil hak orang yang datang lebih awal ke Masjid. Mungkin itulah agaknya budaya golongan Sunni di Iran meraikan tetamu mereka. Saya tidak selesa dilayan sebegitu rupa. Saya tidak gemar melangkah jamaah berpuluh saf semata-mata untuk ke Saf pertama. Rupa-rupanya tempat istimewa telah disediakan untuk saya. Saya cuma mampu beristighfar...
Selepas solat JUmaat, saya muhasabah diri dan bertanya diri
"Bukankah seronok jika kita semua diberi peluang dan diiring untuk masuk ke dalam Kaabah, Hijir Ismail, Raudah dan mengucup Hajar Aswad...?"
“Bukankah seronok di Yaumul Mahsyar nanti, para Malaikat mengiring kita untuk bersama-sama menuju ke panji-panji Muhammad sa.w.?
“Bukankah seronok, jika petugas syurga ALLAH, menjemput dan mengiring kita menuju FirdausNYA yang hebat itu?”………………
Ya ALLAH! AKu malu kepadaMU…. AMpunkan hambaMu dan semua rakan pengunjung blog ini. Kami amat rendah dan hina. Maafkan kami Ya ALLAH! Maafkan kami Ya ALLAH! AMin!