Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, March 5, 2011

Iran#4: Kewangan Islam Di Ragui?

Foto: Bersama Pengarah Urusan sebuah korporat di Mashad

Foto: Bersama Ahli Lembaga Pengarah Oil & Gas diTeheran


Pada hari terakhir saya di bumi Iran, saya dikunjungi oleh dua Professor dari Universiti ternama di Iran. Mereka menjemput saya untuk makan tengahari dan bertukar fikiran mengenai Kewangan Islam dan implementasinya dalam konteks membina ummah.

Sebelum saya bertemu mereka, di sebelah pagi saya bertanya peserta program mengenai pandangan mereka mengenai Kewangan Islam di Iran. Adakah institusi kewangan Islam Iran banyak menghulurkan bantuan untuk memajukan ahli-ahli perniagaan dan korporat Iran?

Ringkasnya, beberapa persoalan lain diungkai melalui diskusi intelektual ini. Secara umum hampir 100% tidak bersetuju cara pelaksanaan kewangan Islam di Iran dan institusi kewangan mereka pula tidak banyak membantu persekitaran bisnes di sana. Kami berdiskusi panjang khususnya dalam konteks bagaimana Negara-negara Islam di bawah OIC seharusnya memainkan peranan. Wallah’alam.

Persoalan yang ingin saya kongsi ialah masyarakat Syiah juga mempertikaikan sistem kewangan Islam yang sedang digunapakai. Justeru, apa alternatif yang ada? JIka ada, bolehkah pilihan ini dilaksanakan di dalam keadaan kita mengamalkan dasar kapitalis, dikelilingi manusia-manusia yang hipokrit, mementingkan perut sendiri, berfikiran materialistik dan korup? Masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Di akhir diskusi, saya dimaklumkan ada satu kelompok masyarakat yang benar-benar mengamalkan dasar sistem kewangan Islam. ALLAHU AKBAR! Cetek betul ilmu saya. Wujud rupanya kumpulan ini di atas mukabumi (Nota: Masih Ingat cerita saya dalam blog ini entri Mencari Insan Ikhlas di Jabal Nur?) Siapakah kumpulan ini? Saya tiada jawapan tetapi saya berazam akan mencari mereka dengan izin ALLAH. InsyaALLAH.

Sebelum berpisah saya nyatakan kepada dua orang Profesor ini ie. Biarpun anda berdua berfahaman Syiah dan saya pula berpegang teguh kepada AHlul sunnah wal-jamaah, ianya bukanlah tembok untuk kita bekerja keras merealisasikan kewangan Islam. Walaupun sukar dan siapalah kita, jalan penyatuan di bawah kalimah syahadah perlulah dijadikan asas pertemuan demi ALLAH, Rasul s.a.w dan Islam.

Permusuhan syiah dan sunni yang menjangkau ribuan tahun tidak seharusnya dibiarkan walau atas apa hujah. Ianya hanya merugikan dan mengeringkan energi kita untuk terus maju.


No comments: