Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, March 20, 2011

Cuti Sekolah- Masuk Hutan


Alhamdulilah, cuti sekolah yang singkat ini saya membawa anak-anak masuk hutan untuk mereka belajar menghargai ciptaan Tuhan dan indahnya alam.

Tiga hari berada di persekitaran gunung amat menenangkan fikiran. Cuaca sebelah malam dan pagi pula agak dingin dan segar. Tiada deruman kenderaan dan hiruk-pikuk bandar yang menjemukan. Masyarakat sekitar juga agak friendly dan makanan juga mudah didapati. Cuma program untuk mendaki gunung di sekitar kawasan ini terpaksa ditangguhkan kerana hujan disamping tidak sesuai untuk anak-anak kecil.

Komunikasi melalui internet juga agak sukar. Tapi ALhamdulilah, ALLAH memberi peluang untuk 'break' sekejap. Peluang ini dapat mencambah /mencari idea-idea baru meniti kehidupan.

InsyaALLAH saya akan hadir lagi ke sini untuk merasai nikmatnya ciptaan Tuhan.

2 comments:

ainhany said...

salam dr ridzwan,

Alhamdulillah..manarik ats perkongsian ini.
bercuti kat mana tu ?

haji muda said...

Salam ainhany,
InsyaALLAH nanti kita boleh organize family rehlah program kat sini. very nice place.