Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, September 29, 2011

Radio Ikim Khamis 29 Sept 2011 9.10mlm




Alhamdulilah dengan izin ALLAH jemputan untuk berkongsi 'Rindu Baitullah' di Radio Ikim akan ke udara Malam ini Khamis 29 Sept 2011 jam 9.10-9:45 mlm. Moga perkongsian ringkas ini bermanfaat.

Terima kasih kepada ustaz Zamri, krew Radio IKIM, pegawai keselamatan dan semua yang terlibat membantu usaha murni ini.

Tuesday, September 27, 2011

Tip RB Haji: Mohon Maaf

Memohon maaf kelihatan mudah untuk sesetengah orang. Bagi yang lain pula kelihatan sukar. Lebih parah jika kesilapan orang mahu kita balas atau dengan lain perkataan dendam kesumat. Biasa juga Kita dengar ada orang berkata “tidak akan maafkan dunia akhirat”! atau “Kalau aku naik pangkat nanti, tahulah aku hendak ajar engkau.”

Selepas memberi ceramah perkongsian Haji/Umrah kepada sebuah organisasi baru-baru ini, saya ditanya oleh seorang hamba ALLAH. Masa ceramah saya menekankan akan kepentingan bermaafan sebelum bakal Tetamu Allah menaiki pesawat.

Mohon maaf kepada:-

  1. ALLAH
  2. Orangtua (jika masih ada)
  3. Adik beradik & Saudara-mara
  4. Rakan-rakan lama/jiran/ rakan pejabat
  5. Musuh!

Maka soalan yang ditanya ialah, “Bagaimana kita hendak kenal pasti musuh dan untuk apa kita memaafkan musuh yang telah menganiaya hidup kita?”

Soalan ini bukanlah asing bagi saya.

Pertama, cuba muhasabah diri, duduk diam-diam dalam persekitaran baik seperti dalam MAsjid (tanpa gangguan). Senaraikan siapa musuh hidup kita? Atau jika tiada musuh, cuba kenal pasti ada tak sesiapa yang kita tidak suka dari sudut perangai, kaki pinjam duit, suka sakitkan hati kita, menghentam diri kita melalui email berjela-jela tanpa noktah, memfitnah kita atau orang yang membenci/dengki kita tanpa kita sendiri sedari (boleh baca melalui body language).

Jika tiada Alhamdulilah. Tapi saya rasa kita semua mesti ada tersangkut kat mana-mana. Justeru , bila sudah kenalpasti mohon maaflah kepada mereka atau maafkanlah mereka sebelum berangkat menunaikan Haji.

Bertatih mencari redha ALLAH melalui Haji Mabrur menuntut kita membersihkan hati dan diri dari sifat dendam, takabur dan iri hati. Bersihkanlah diri dan abaikan biar sebutir elemen negative dalam minda dan hati. Bila kita memohon maaf dan memaafkan semua orang, maka hati dan jiwa kita lebih damai.

Langkah kedamaian ini akan lebih kita rasai dengan tiupan dingin musim sejuk di Madinah, kedamaian first class di Raudah dan kehebatan Cinta Illahi di Kaabah. Tawaf kita dan doa tawaf yang kita bacakan InsyaALLAH akan diangkat oleh para petugas- Malaikat ALLAH yang sedia menanti untuk membawa kotak doa anda menuju Tuhan Ar-Rahman AR-Rahim itu.

Bila kita maafkan semua orang, airmata dari hati yang bersih akan mempunyai impak dalam diri kita..…. Maka menangis di Raudah dan titisan rindu di kelopak mata mempunyai nilai tinggi di sisi ALLAH.

Maafkan musuh adalah sesuatu yang challenging tetapi boleh dilakukan.

ALLAH lebih memahami isi hati hambaNYA…

Labaikallahhumalabbaik…..

Ya ALLAH AKu Datang menyahut seruanMU YA ALLAH.

Maka datanglah dengan hati dan jiwa yang bersih………..Wallah’alam.


Friday, September 23, 2011

Jalinan Ukhuwah


Alhamdulilah dengan izin ALLAH saya dapat bertemu dengan rakan (pasangan bahagia) Haji Badrul dan Hajjah Haliza. Mereka adalah kenalan lama dimana jalinan ukhuwah semestinya penting bagi saya (kami).

Makan malam di Restoran Arab Shah Alam ini mengingatkan kami akan suasana Tanah Suci. Jalinan cinta dan kasih sayang manusia begitu intim di persekitaran Rumah ALLAH, justeru suasana yang sama juga perlu dipupuk di Tanahair.

Yang penting, diskusi kami berkisar sekitar isu perjalanan kehidupan dan perlunya satu wawasan baru dalam hidup. 'Refreshing mission' perlu sentiasa diperkemaskan supaya hidup kita terarah dan masa kehidupan yang sedikit ini dapat kita manfaatkan.

Di akhir pertemuan, satu resolusi kecil dapat kami tiupkan baranya agar kami berusaha ke arah resolusi ini. Ketika di parking kereta, mereka bertanya saya samada tahun 2012 saya ke Mekah lagi.

Maka saya katakan dengan happynya, "InsyaALLAH MAc 2012 (jika ada rezeki)".

Tambah mereka, "Boleh kami ikut ?".

Saya katakan, "Yes welcome!, InsyaALLAH, setakat ini hampir 12 orang berhasrat untuk ikut saya. Boleh bincang."

Hakikatnya, hati saya gembira malam tadi kerana satu jalinan ukhuwah dapat dilakukan dan moga pertemuan kelmarin diberkati ALLAH.

Wednesday, September 21, 2011

Ceramah Haji




Alhamdulilah dengan izin ALLAH saya dapat meluangkan masa untuk mengisi slot ceramah Persediaan Haji bagi bakal Tetamu ALLAH warga TM di Menara TM Pantai Baru pada 19 Sept 2011 lalu. Seramai lebih dari 100 orang bakal Tetamu ALLAH telah menghadiri program ini.

Saya berharap perkongsian selama 1 jam 30 minit itu dapat memberi manfaat kepada bakal Tetamu ALLAH tersebut. Moga anda semua diberi ganjaran HAji mabrur, InsyaALLAH.


Saturday, September 17, 2011

Umrah Ramadan 2011 #3 Poket Koyak


ANda pernah berhadapan dengan poket seluar koyak? Saya yakin anda pernah melaluinya. Tahun lepas saya membeli sehelai seluar jenama suave, beberapa bulan selepas itu poket seluar koyak. Saya pelik seluar berjenama dan agak mahal ini, tidak menepati kualiti yang saya mahu! Nasib baik Cuma duit syiling yang jatuh. Apa kata jika kunci rumah atau kunci kereta yang jatuh?

Poket seluar ‘koyak’ lebih dirasai oleh kita selepas Eid Fitr. Persiapan Eid Fitr sudah cukup boleh mengoyakkan poket (jika tidak dirancang perbelanjaan). Oleh itu, kita hendaklah berdoa ketika berbelanja,

“Ya ALLAH, Kau gantikanlah setiap perbelanjaan Eid Fitr untuk ahli keluargaku dan tetamuku dengan yang lebih baik dari yang aku miliki.”

“Ya ALLAH, kau lipatgandakanlah setiap RM duit raya yang aku beri ini agar aku dapat lebih bersedekah selepas ini.”

“Ya ALLAH, Kau lindungilah aku dari bahang nerakaMU dengan sedekah ini dan bebaskanlah aku dari beban hutang dan riba’.”

Poket seluar koyak bukan sahaja dialami oleh kaum Adam bahkan turut dialami oleh kaum Hawa.

Ketika bersahur, seorang muslimah bercerita bagaimana seluar dan poket seluar beliau koyak. Pelik tetapi itulah dia pengalaman. Secara teorinya, ianya agak mustahil tetapi pengalaman tidak akan menipu.

Ketika muslimah ini berusaha keras memasuki Raudah beliau terkejut dengan keadaan akhlaq yang buruk berlaku. Bukan sekadar tolak-menolak bahkan tendang terajang juga berlaku dikalangan muslimah kerana berebut tempat solat di Raudah. Walaupun rakyat Malaysia tidak begitu, pengalaman ini amat mendukacitakan. Selepas muslimah ini selesai di Raudah dan berjalan pulang, beliau menyedari seluar dan poket seluar koyak dengan potongan yang cantik gaya professional. Maksudnya, kerja-kerja mencuri wang jamaah wanita dengan mengoyakkan seluar berlaku di dalam Masjid Nabawi. MasyaALLAH! (Nota: Kerja-kerja keji ini telah saya kupas dalam buku Rindu Baitullah).

Ketika di Mekah, sementara menanti azan solat Jumaat, berlaku suara kuat dari seorang Arab lelaki. Tangisan dan lauhan hatinya mendapat perhatian jamaah. Dalam keadaan berihram beliau menunjukkan talipinggang pengikat ihram lelaki di potong cantik di bawah tempat menyimpan wang. Maka hilanglah semua wang yang ada. Sudah tentu ia mengundang kekecewaan. Logiknya, Bagaimana perbuatan terkutuk ini berlaku di dalam Masjidil Haram, dalam keadaan jamaah berpakaian ihram, di bulan Ramadan pulak tu?

Maka berkatalah seorang rakyat Malaysia kepada saya, “Mungkin mereka ini menipu atau sindeket penipuan.”

Jawapan saya, Tidak! (berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu).

Saya test orang Arab ini dengan menghulurkan SR20, tetapi beliau tidak mahu, terus duduk dan menangis. Maka dengan nama ALLAH, ramai jamaah mengumpul wang dan sedekahkan kepada beliau.

Itulah dia cabaran Umrah Ramadan. Segelintir manusia yang tamak dan menipu berada di Tanah Suci.

Mengapa ini berlaku…?

Wallah’alam.

Bagi bakal Jamaah Haji, berhati-hatilah dengan keadaan ini. Bergeraklah dalam satu kumpulan.


Wednesday, September 14, 2011

Tuisyen Haji/Umrah

Kemuncak haji kian hampir dengan kita. Mereka yang terpilih menjadi Tetamu ALLAH sudah tentu tidak sabar-sabar untuk melangkah menuju Haji mabrur- ganjarannya Syurga. Mereka yang tidak terpilih, merasa dukacita. Dengar khabar, ribuan jamaah sudah membuat rayuan ke TH untuk mengisi kuota tambahan jika ada.

Semalam selepas solat isya', saya 'melepak' sebentar di restoran mamak. Sudah lebih sebulan tidak menikmati roti canai dan teh tarik. Itulah dia orang Malaysia.... Peluang mendapatkan roti dan teh di Mekah/Madinah agak terpinggir kerana manusia berebut membeli makanan dan siang pula berpuasa. Ketika melepak di restoran malam tadi, saya terdengar luahan hamba ALLAH yang sedang bersembang. Katanya;

"AKu tanya pejabat Tabung Haji, kalau aku register hari ini, bila boleh pergi Haji?"

Maka saya terdengar keluhan, "Tahun 2038! Lepas siling tahun pencen aku...Silap-silap wang EPFpun dah habis masa tu...."

Di sudut lain pula, ada hamba ALLAH menyapa saya dan bertanya, "Dr, ada conduct tuisyen Haji/Umrah?"

"....Haa! tuisyen haji/umrah..?" Terkejut saya mendengar perkataan 'tuisyen'.

Soalan tuisyen Haji/Umrah telah lama diajukan kepada saya. Biasanya jawapan saya adalah "Carilah pakar-pakar Haji atau ustaz2. Mereka lebih layak membicarakannya. Jika tidak jumpa atau ustaz-ustaz yang semakin 'demand fulus' barulah cari saya."

" Jika kami jemput Dr, berapa hendak bayar?" Allahu akbar! Itulah istilah tuisyen.... tuisyen dikaitkan dengan fulus.

Pendek cerita, saya pernah dijemput individu-individu tertentu untuk buat "tuisyen haji-umrah" untuk ahli keluarga mereka. Ianya agak eksklusif kerana pesertanya agak sedikit dan lebih fokus. Golongan ini terdiri dari golongan elit pertengahan yang tiada masa tetapi mempunyai wang. Sesinya pula tidak seperti ceramah korporat, tazkirah di masjid, atau khutbah jumaat. Ianya bersifat interaktif dan fokus.

Yang penting bagi saya, tidak kira haji atau umrah I will always lending my hand, InsyaALLAH.

"Ilmu boleh baca dalam buku, tetapi perlu berguru
Pengalaman tidak boleh ditipu namun mempunyai high value.." (Ridz)


Sunday, September 11, 2011

Umrah Ramadan 2011 #2


Langkahan dicelah ribuan manusia adalah perkara biasa di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Tidak dapat disangkalkan betapa hebatnya cabaran umrah Ramadan. Membawa jamaah untuk ke Babus Salam juga mencabar. Kesesakkan teruk berlaku dipintu luar Babus Salam. Kami menanti hampir 20 minit di luar Masjid bagi member peluang jamaah yang sedang padat untuk bergerak dulu ke makam Rasululah s.a.w.

Bila suasana agak reda, kami melangkah perlahan menuju Babus Salam namun asakkan jamaah-jamaah lain membuatkan saya sesak dada. Jamaah kami juga terpisah dua kerana ombak manusia berebut rebut melalui ruang menuju makam.

Menziarahi Rasululah s.a.w ketika itu amat memelikkan. Suasana Haji juga tidak sebegitu teruk. Tolak menolak berlaku di setiap masa. Bila pegawai polis dan keselamatan Masjid divert laluan ke hadapan saf, jamaah dari Negara Arab dan Afrika marah-marah, berteriak kuat dan menjerit-jerit. Di dalam cuaca yang panas dan berpuasa, keadaan yang sepatutnya tenang , memeningkan kepala saya.

Tidak malukah mereka menjerit-jerit, bertumbuk dan marah-marah di hadapan insan mulia bernama Muhammad s.a.w?

Bila abang ipar saya (bekas tentera) cuba menghalang jamaah bangsa lain merempuh pegawai polis ketika hampir dengan makam Rasululah s.a.w, beliau dirempuh dan hampir ditumbuk. Berlaku sedikit pergaduhan kecil namun kami sempat memesongkan perjalanan abang ipar ke laluan lain supaya perkara buruk tidak berlaku.

Itulah akhlaq manusia akhir zaman. Itulah kualiti muslim sekarang. Mahu bertemu Rasululah s.a.w tetapi sangat bodoh menghayati akhlaq Rasululah s.a.w. Tidak perlulah tunjukkan kehebatan dengan cara yang tidak betul. Tidak perlulah bergaduh kepada perkara yang tidak perlu. Jika rasa diri hebat dan boleh bergaduh, pergi sahajalah ke Gaza bantu rakyat Palestin….

Di dalam kehidupan seharian kita di tanahair, perkara sama juga berlaku. Ada segelintir kita yang suka bergaduh kepada perkara yang tidak perlu. Di pejabat, berlaku kutuk mengutuk dan pergaduhan melalui email. Mengadu domba dan mencari salah orang menjadi habit kelas pertama masyarakat. Di jalanraya kita bergaduh berebut parking atau berebut nak bayar tol. Di sekolah, guru-guru di marah dan dimaki.

Diakhir ziarah, kami Cuma mampu berselawat, menyampaikan salam rakan-rakan. Kami sekadar berdoa di luar makam RAsululah sa.w. Jamaah juga sesak di luar Masjid kerana ramai jamaah mengambil peluang solat Jumaat di Masjid yang mulia ini.

InsyaALLAH Bersambung….


Saturday, September 10, 2011

Alhamdulilah Best Seller!

Alhamdulilah. Saya bersyukur kepada ALLAH jika buku Rindu Baitullah telah dikategorikan dalam kelompok buku 'Best Seller'. Terima kasih kepada semua yang membantu menyiapkan buku ini. Ianya amat bermakna khususnya di dalam usaha murni untuk berkongsi yang terbaik untuk bakal Tetamu ALLAH.

Kepada bakal jamaah Haji yang bakal berangkat akhir bulan ini, usahakanlah mengambil yang terbaik dari tip-tip penting dan butiran perkongsian di dalam buku ini. Moga ALLAh mengizinkan anda memperolehi haji/umrah mabrurah.


Wednesday, September 7, 2011

Umrah Ramadan 2011 #1




Perjalanan Umrah Ramadan 2011 kali ini amat mencabar. Tidak seperti di tahun-tahun lalu, jamaah semakin ramai dan cuaca pula sangatlah panas.

Banyak perubahan fizikal berlaku di Jeddah, Madinah dan Mekah. Pun begitu, sikap dan akhlaq mereka tetap sama (kecuali penduduk Madinah yang lebih baik dan lembut).

Jamaah grup saya tiba pada pagi subuh Jumaat 19 Ramadan. Pesawat diminta mendarat di Hajj Airport. Bila sebut Hajj Airport, saya sudah dapat bayangkan betapa daifnya sebuah bangunan yang bakal menerima Tetamu ALLAH. Ianya sesak, sempit dan membingungkan kepala.

Sangkaan saya rupanya silap. Oleh kerana sudah lama tidak mendarat di Hajj Airport, gambaran buruk yang ada dalam peta fikiran tetap kukuh. Hajj Airport sudah berubah mendadak. Yang tidak berubah adalah sikap pegawai yang tidak cekap, buang masa dan tidak mesra.

Saya bangga dengan perubahan Hajj Airport ini. Terlalu banyak perubahan fizikal,moden dan banyak kedai-kedai (masih belum buka). Barulah saya puas hati. Inilah sepatutnya Hajj Airport- sebuah airport khas untuk Tetamu ALLAH. Mereka sepatutnya sudah lama membina airport sebegini untuk kemudahan jamaah haji dan juga sebagai ‘first time impression’ terhadap proses mentarbiah hati dan emosi haji.

Saya dan Abang Zul membantu jamaah grup kami untuk melalui Proses pemeriksaan imegresen dan muasasah. Selepas keluar airport, saya berpesan kepada mutawif dan pemandu coaster agar usahakan tiba di Madinah sebelum jam 11.30 pagi untuk kami segera ke Masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Berdasarkan pengalaman, perjalanan bas biasanya 5-6 jam dan mustahil untuk tiba jam 11.30 pagi. Anggaran tiba jam 1.30 tgh.

Doa kami diizinkan ALLAH dan kami Berjaya tiba jam 10.40 pagi dan terus bersiap untuk ke Masjid Nabawi.

Masjid Nabawi penuh sesak dengan jamaah. Ruang yang kami perolehi juga agak sempit. Selepas selesai solat, saya berusaha membawa jamaah menuju makam Rasululah, Pesuruh ALLAH yang kami rindui. Kami juga merindui kedamaian Raudah.

Apa yang berlaku………..? InsyaALLAH Bersambung...