Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, October 30, 2011

Radio Selangor 31 Okt 2011



Program Minggu 24-30 Okt


ALhamdulilah, dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, ALLAH memberi saya peluang untuk terus bernafas dan menulis. Sungguh indah hidup sebagai muslim. ALLAh telah mengatur hidup kita dengan cukup sempurna sehingga setiap denyutan nadi dan pernafasan dapat kita rasai betapa kasihnya ALLAH kepada kita. Program dan appointment harian saya agak padat selepas kembali dari Iran dan Dubai. Itulah dia yang dikatakan ujian hidup. Setiap manusia di uji dan setiap kita perlu menunjukkan kecintaan kita kepada ALLAH. Setiap kali diri yang kerdil dan hina ini merasa letih dan penat, maka ketika itu jugalah azan bergema mengingatkan hati akan keperluan online dengan ALLAH. Ianya adalah satu ingatan akan rindunya hati ini kepada Baitullah dan masjid Nabawi.

1)Jalinan Ukhuwah

Alhamdulilah ALLAH telah menemukan saya dengan abang Kamaruzaman dan isteri beliau di SACC Mall Shah Alam (Nota: Lupa nak bawa kamera jadi tak dapat nak upload gambar mereka). Kesungguhan mereka datang dari Kota Bharu semestinya saya sahut dengan kesungguhan untuk meraikan program hidup saya iaitu ‘Jalinan Ukhuwah’. Pertemuan singkat pada hari cuti Deepavali kelmarin dapat memberi saya inspirasi untuk terus bekerja keras dengan apa yang saya yakini. Biarpun pertama kali bertemu (hanya kenalan alam maya), saya merasakan kemesraan yang berputik dari keinginan bersama untuk melaksanakan satu bentuk medan dakwah yang akan memanfaatkan masyarakat, InsyaALLAH.

2) Dinner Talk- Amal di Hotel Nasmir Seberang Perai

Alhamdulilah, perancangan beberapa muslimah di Seberang Perai untuk mengadakan dinner talk telah dapat berjalan dengan baik. Mereka bersungguh-sungguh ingin malaksanakannya, maka saya juga perlu bersungguh-sungguh hadir menghulurkan bantuan. Ianya agak mudah, Cuma datang dan beri ceramah.

Banyak dinner talk membicarakan hal ehwal duniawi, macammana nak cepat kaya dan berbagai-bagai lagi topik citarasa pendengar. Namun saya mencadangkan kepada urusetia Kak Zarifah dan Kak Rohaya, oleh kerana saya hanya dapat hadir selepas jam 7 malam, maka lebih baik jika ceramah ditukar kepada dinner-talk menyentuh soal hati. Sempena kehadiran Bulan Haji maka saya kupas persoalan ‘Review Janji Dengan ALLAH’.

Terima kasih kepada urusetia khususnya Kak Zarifah, kak Rohaya, adik Shafinaz dan suami serta adik Efendy yang menjemput saya dari tempat penginapan ke hotel Nasmir Auto City Juru dan semua yang hadir.

InsyaALLAH saya akan hadir lagi.



Saturday, October 29, 2011

Dinner Talk Amal


Assalamualaikum,
Alhamdulilah saya telah menerima jemputan untuk membuat sedikit perkongsian di Pulau Pinang. JIka sesiapa warga Utara/ Pulau Pinang yang berminat hadir untuk Dinner Talk Amal ini, bolehlah menghubungi sekretariat di nombor telefon di atas.


Monday, October 24, 2011

Tetamu ALLAH vs Tetamu Manusia

Pemandangan indah tepi pantai

Alhamdulilah dengan izin ALLAH kita dapat bertemu lagi di blog kerdil ini.

Alhamdulilah juga dengan izin ALLAH saya sudah kembali ke tanahair setelah berada lebih kurang seminggu di Iran dan Dubai. Hasrat hati untuk update blog tidak kesampaian kerana internet di kawal rapi oleh kerajaan Iran. Semua gmail/yahoo, blog, facebook dan rangkaian social disekat atas factor keselamatan.

Ketika tiba di Pulau Peranginan Kish di Iran, saya ditahan lebih kurang 40 minit untuk proses mengambil cap jari (semua 10 jari). Perkara ini tidak pernah saya lalui sebelum ini. Alasan diberikan kepada saya ialah oleh kerana rakyat Iran dikehendakki melakukan proses ini di KLIA, maka rakyat Malaysia juga mesti melalui laluan sukar untuk masuk ke sana. Hati saya berbicara, kerajaan Msia terpaksa melakukan proses ini kerana ramainya rakyat Iran membawa dadah ke Malaysia melalui KLIA. Lagi satu, saya datang bukan nak makan angin. Saya dijemput datang oleh sebuah International University di Iran (I am your guest). Selepas proses yang tiada nilai tambah kepada pembinaan kasih-sayang dan ditanya dengan berbagai soalan, maka saya dibenar masuk.

Pegawai Universiti yang menanti saya memohon banyak-banyak maaf atas pengalaman yang tidak enak ini. Saya katakan kepada beliau bahawa saya tidak kisah dengan peraturan imegresen ini, tetapi perlu dilakukan secara professional. Tidak perlulah saya menanti lebih 40 minit untuk satu proses yang tersangat mudah (because I am your guest). Dalam lebih dari empat pegawai bertugas, takkanlah hanya seorang sahaja yang berfungsi. Proses memasuki Tanah Besar Cina yang terkenal dengan banyak penipuan, korupsi dan gangster pun lebih mudah dari memasuki sebuah Negara Islam. Walaupun proses yang saya lalui ini tidaklah kompleks, pengalaman jamaah haji atau umrah ‘lagi worst’! Maka bersyukurlah saya jika dibandingkan dengan jamaah Haji dan Umrah. Jika Tetamu ALLAH dilayan dengan cara yang langsung tidak friendly di Jeddah, apatah lagi jika menjadi ‘tetamu manusia’….

Kira-kira tujuh lapan tahun dahulu saya juga pernah ditahan di Changi Airport Singapura dan ditanya berbagai bagai soalan. Kerana menyimpan sedikit janggut dan jambang yang kemas, maka saya melalui proses yang sukar di Negara tetangga. Berbagai soalan di Tanya sedangkan waktu itu saya juga menjadi tetamu kerana dijemput ke sana. Rupanya kejadian 9/11 mempunyai impak kepada muslim. Selepas kejadian itu, maka saya tidak lagi menyimpan janggut dan jambang (walaupun kemas dipelihara).

Apapun, hampir 100% rakyat Iran sangat meraikan tetamu, friendly, mesra and warmth. Cuma mereka retaliate terhadap tindakan Imegresen Msia ke atas rakyatnya. Saya katakan kepada warga Iran, let us move forward, let us be a strong nation under the flag of Lailahaillah Muhamdurasululah…

InsyaALLAH bersambung.



Sunday, October 16, 2011

TV9 Nasi Lemak Kopi O

Foto ihsan dari Kakak mama ju http://wanitaberkakilangit.blogspot.com/


Ramai bertanya saya samada diskusi Live TV9 pada minggu lepas 7 Oktober dapat di upload ke blog ini. Oleh kerana banyak permintaan, saya telah menghubungi Penerbit/Pegawai bertugas slot Nasi Lemak Kopi O namun dimaklumkan bahawa semua content adalah hak milik Tv9. Saya menghormati polisi pihak TV9.

Pun begitu, Alhamdulilah atas ihsan mama ju di blog beliau, maka saya kepilkan foto diskusi yang di kendalikan oleh Sdr Aziz Desa.

Terima kasih dengan foto ihsan mama ju ini. Adalah juga kenangan untuk saya simpan.


Kuliah Subuh di Permatang Pauh

Gambar bersama Pengerusi, Setiausaha dan AJK Surau Tmn Pauh Jaya selepas Kuliah Subuh 16 Oktober 2011.


Kehadiran saya pada hujung minggu di Pulau Pinang telah diisi dengan jadual yang padat. Alhamdulilah, perkongsian ilmu telah dapat saya isi bagi manfaat masyarakat. Biarpun rasa letih dengan program siang hari dan malam, jemputan untuk mengisi Kuliah Subuh perlulah dihargai.

Selepas upload tulisan dalam blog mengenai tajuk ‘Last Call’ malam semalam, saya menerima panggilan telefon jam 9.15 malam untuk jemputan mengisi ruang Kuliah Subuh. Ianya adalah ‘Last Call’ bagi saya pada malam Ahad itu. Subhanallah! Maha Suci ALLAH, dengan kebesaranNYA jalinan ukhuwah dapat saya teruskan dengan masyarakat Permatang PAuh. Mereka sungguh-sungguh datang ke hotel menjemput saya. Justeru tiada sebab untuk saya menolak ‘Last Call’ ini.

Bukankah molek jika rehat kita Cuma di alam barzakh….?

Tazkirah kali ini saya sentuh persediaan hamba menyambut bulan Zulhijjah. Rupanya bukan sahaja jamaah Haji yang sibuk buat persediaan, tetapi kita yang tidak pergi haji juga disarankan untuk melakukan amalan-amalan mulia jamaah Haji pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan hari-hari tashrik.

Terima kasih kepada pengurusan surau Tmn Pauh Jaya khususnya kepada abang haji Muhammad dan isteri, Saudara Fauzi dan ustaz Zulkifli Dahalan, kerana menjemput saya untuk mengisi slot Kuliah Subuh 16 Oktober 2011. Juga tidak lupa kepada Shafinaz dan Faizul kerana sukarela menghantar saya ke hotel penginapan.

Moga ALLAH memberkati usaha dan amalan murni ini.


Saturday, October 15, 2011

Last-Call


Hari ini sudah hampir separuh jamaah haji sudah berangkat. Ramai juga rakan dan saudara mara saya telah dipilih ALLAH di bawah kategori ‘last-call’ selepas berikhtiar membuat rayuan di TH. Mereka akan berangkat di penghujung bulan Zulkaedah nanti. Alhamdulilah.



Maka saya nukilkan,

“Orang kaya dan miskin

Berharta dan tiada harta

Berstatus dan insan biasa

Bos dan kuli

Pengarah dan kena arah

Berakhlaq dan miskin akhlaq

Pemilik Mercedes mahupun kancil

Empunya banglo atau rumah usang

Warga Bandar mahupun desa terpencil

Warga emas mahupun beliawan/wanis

Mereka beramai-ramai menyambut seruan Labaikallah….”


Itulah dia KEHEBATAN HAJI, seruan labaikallah yang amat meruntun hati....


Berdasarkan kajian peribadi, mereka yang terpilih dalam ketegori ‘last-call’ ini akan merasakan tidak puas. Mengapa?


1. Persediaan awal tidak lengkap.

2. Banyak perkara penting yang perlu diselesaikan dalam tempoh singkat (sebelum berangkat)

3. Keletihan mental bila tiba di Tanah Suci

4. Terus masuk Mekah di kala jamaah Haji sudah mula berkumpul menanti wukuf.



Itu adalah kisah jamaah haji, Beruntung sungguh mereka biarpun berada dalam kategori ‘Last-Call’.

kita yang tinggal ini bagaimana pula?

Sudahkah kita bersedia untuk berangkat?

Bagaimana jika kita dijemput ILAHI tanpa ada fasa ‘Last-Call’?


Sejarah membuktikan bahawa ALLAH tidak menerima taubat ‘last-call’. (Penegasan: bukan maksud saya jamaah haji dalam kategori ‘last-call’ amalan Haji mereka tertolak. Jamaah Haji ‘last-call’ adalah insan terpilih yang sangat istimewa kerana nama dan doa mereka diangkat oleh ALLAH untuk menghadirkan hati dan diri di RumahNya).


Firaun mengakui Tuhan selepas menerima azab Tuhan di Laut Merah sungguhpun beberapa peringatan Tuhan diberikan kepada si Firaun ini. Oleh itu, ungkapan astagfirullahhalazim perlu diungkapkan oleh kita disetiap detik tanpa perlu menunggu kategori ‘last-call’. Usah dinanti usia pencen atau beruban untuk menginsafi diri.


‘Biar panjang manapun usia dunia, usia kita amat singkat

Biar megahnya diri kita dengan dunia, ia akan hapus

Biar panjangnya malam, pasti fajar terbit

Biar panjangnya umur, kubur tetap menanti…’

Yang kekal Cuma ILAHI.


ALLAH memberi penegasan dalam Al-Qur’an surah AL-Qiyamah 26-28

“Sekali-kali jangan. Apabila nafas telah mendesak sampai ke kerongkong dan dikatakan (kepada mereka), ‘Siapakah yang dapat menyembuhkanmu’ dan dia yakin sesungguhnya itulah waktu perpisahan (dengan dunia).”


Usahlah menanti ‘last-call’ untuk membuat persediaan bermusafir ke alam seterusnya. Sama-samalah kita berdoa moga hati dan jiwa kita sentiasa mahu berdamping dengan Baitullah yang dijanjikan keamanan dan keselamatan oleh ALLAH.


Maha SuciMU Ya ALLAH, ampunilah setiap butir kesalahan kami dan berikanlah kami hati yang bersih untuk sentiasa mengingatiMU dan juga bersih hati sesama hamba-hambaMU. Amin!



Friday, October 7, 2011

Budget 2012 & Haji 2040?


Di dalam perjalanan ke KLIA petang tadi, saya sempat mendengar pembentangan Budget 2012. Secara umum, budget 2012 adalah lebih baik dari budget tiga tahun kebelakangan ini (saya belum sempat mengkaji secara terperinci butiran dokumen budget 2012). Namun saya tertarik untuk kupas isu di bawah.

Di akhir pembentangan, Dato Seri Najib menyebut:-

"Kita sedang berada dalam bulan Zulhijjah dan seruan haji sebagai Rukun Islam kelima sentiasa saja berkumandang kepada hamba-hamba-Nya untuk menuju Baitullah dari mana saja penjuru dunia. Dalam hal ini, Kerajaan menyedari, ramai golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah untuk mendaftar dan mendapat giliran haji kerana tidak mempunyai tabungan minimum sebanyak RM1,300.

Justeru, bagi membolehkan bakal jemaah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji, Kerajaan dengan ini membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal melalui penghadangan atau ring-fencing Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300. Melalui kaedah ini, wang pencarum sejumlah 1,300 itu masih kekal dalam KWSP tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji."


Ketika menunggu pesawat saya menerima sms dari seorang hamba ALLAH mengucapkan terima kasih kepada buku Rindu Baitullah dan Haji Muda. Impaknya, hamba ALLAH ini telah mendaftar untuk haji dan diberi tahun 2040!! Alhamdulilah, bersyukur saya dengan keazaman insan ini. Moga ALLAH izinkan beliau menjadi TetamuNYA pada tahun yg lebih awal dari 2040.

2040.... lamanya.. Alhamdulilah itulah realiti!

Bila Dato Seri Najib bentang budget dengan membenarkan ahli KWSP mengeluarkan caruman utk daftar haji, maka saya rasa ada yang tidak kenanya. Mengapa?

1. Sepanjang pengetahuan saya, pegawai sektor awam tidak mencarum di KWSP. Jadi cuma pekerja sektor bukan kerajaan akan mendapat faedah dari dasar ini. Kebanyakkan (lebih satu juta) pegawai kerajaan adalah muslim. Justeru, bagi pegawai kerajaan, apa solusinya?

2. Saya tidak yakin (nota: bukan kajian ilmiah), bahawa umat Islam tidak mampu mendeposit RM1300 untuk daftar haji. Pada hemat saya, masyarakat tidak mampu untuk mengumpul dana secukupnya bagi memenuhi kos haji RM9,900 itu kerana desakan hidup dan kos yang meningkat (sungguhpun kerajaan melalui Tabung Haji memberi subsidi lebih kurang RM4,500 untuk setiap jamaah haji). (Nota: ada antara kita tidak mampu mendisiplin diri dari mengeluarkan wang dalam akaun TH kerana tekanan kos hidup. Ini dapat dilihat jelas pada bulan Disember dan Januari bagi memenuhi keperluan kos sekolah anak-anak).

Justeru saya masih berpegang kepada pendapat saya sebagaimana yang telah saya kongsikan di dalam tulisan saya di akhbar Berita Harian dan Utusan lebih kurang tiga tahun lalu dan juga cadangan saya yang turut saya kongsikan di dalam buku Rindu Baitullah dan Haji Muda. Mungkin berat untuk KWSP melaksanakan cadangan saya yang telah dibukukan itu. Namun saya menyakini bahawa dana KWSP tidak akan susut kerana berkat Haji dan Baitullah akan melimpah ke dalam uncang dana KWSP dan menyinari hati2 manusia untuk berubah dan melakukan kebaikan untuk ummah dan negara.

Kepandaian manusia tidak akan mampu menyaingi keHEBATAN ALLAH dengan asma' Ar-Rahman Ar Rahim itu.

Saya masih yakin ada cara yang lebih baik untuk membantu rakyat Malaysia menunaikan Haji. Pun begitu, terima kasih kepada PM kerana mengusulkan kebenaran pengeluaran RM1,300 wang KWSP pencarum bagi tujuan daftar haji.

Wallah'alam.


Thursday, October 6, 2011

Jemputan Live TV9 Jumaat 7/10/2011 8 pagi


InsyaALLAH saya telah diundang untuk mengisi slot ringkas Nasi Lemak Kopi O di TV9 esok Jumaat 7 Oktober 2011 jam 8 pagi. Moga ALLAH mengizinkan yang terbaik dapat diisi dalam slot tersebut.

Terima kasih Ya ALLAH!


Tuesday, October 4, 2011

Haji DiRindui Hati



Haji dan Umrah adalah ibadah yang amat dirindui oleh hati. Hati dan fikiran kita perlu diajak berkelana keluar dari kepompong hidup yang sempit itu. Sungguhpun dunia ini kelihatan luas; langit, bumi dan lautan, namun jiwa kita terasa sempit dengan tekanan dan kehidupan yang amat menekankan kemewahan duniawi.

Kita sedang sama-sama lalai berebut dunia dan pangkat dengan menzalimi orang lain.

Dalam buku Rindu Baitullah saya ada menekankan satu bab penting iaitu ayuhlah jemput masuk ke Zon Spa Hati. Mengapa ianya perlu?

Jika kita masih tidak peka dengan kehidupan maka sesungguhnya kita sedang menoreh keharuan. Kemewahan dunia yang sedang kita himpunkan tiada ertinya di sisi ALLAH tanpa bekalan taqwa. Hakikatnya, Haji adalah ibadah lanjutan bagi memantapkan taqwa selepas kita Berjaya dengan tarbiah Ramadan.

Zon Spa Hati amat penting buat kita. Kita perlu menjaga hati kita supaya sentiasa bercahaya dan dapat memanfaatkan orang lain. Maka Haji & Umrah menyediakan zon pembersihan hati. Hati akan lebih mantap, bercahaya dan baik.

Kelmarin saya bertemu seorang hamba ALLAH yang merasa menyesal kerana lewat daftar Haji. Sungguh baik hamba ALLAH ini. Menyesal kerana lewat Haji adalah petanda baiknya insan ini. Sudah tentu penyesalan ini akan digantikan dengan perjalanan yang baik nanti.

Saya sering tekankan kepada anak-anak muda, SEGERALAH Daftar Haji. Dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH, akan menyuntik booster kuat bagi merealisasikan hasrat Haji. The Power of Niat ini telah saya kupas dengan ringkas di dalam slot jemputan Radio IKIM kelmarin.

“Ya ALLAH

Berikanlah kami kesempatan dan kemampuan untuk ke Baitullah

Ya ALLAH,

Hati kami merindui RasulMU dan damainya Madinah

Maka janganlah KAU hempaskan keinginan ini

Kabulkanlah harapan kami…” AMin!