Gambar bersama Pengerusi, Setiausaha dan AJK Surau Tmn Pauh Jaya selepas Kuliah Subuh 16 Oktober 2011.
Kehadiran saya pada hujung minggu di Pulau Pinang telah diisi dengan jadual yang padat. Alhamdulilah, perkongsian ilmu telah dapat saya isi bagi manfaat masyarakat. Biarpun rasa letih dengan program siang hari dan malam, jemputan untuk mengisi Kuliah Subuh perlulah dihargai.
Selepas upload tulisan dalam blog mengenai tajuk ‘Last Call’ malam semalam, saya menerima panggilan telefon jam 9.15 malam untuk jemputan mengisi ruang Kuliah Subuh. Ianya adalah ‘Last Call’ bagi saya pada malam Ahad itu. Subhanallah! Maha Suci ALLAH, dengan kebesaranNYA jalinan ukhuwah dapat saya teruskan dengan masyarakat Permatang PAuh. Mereka sungguh-sungguh datang ke hotel menjemput saya. Justeru tiada sebab untuk saya menolak ‘Last Call’ ini.
Bukankah molek jika rehat kita Cuma di alam barzakh….?
Tazkirah kali ini saya sentuh persediaan hamba menyambut bulan Zulhijjah. Rupanya bukan sahaja jamaah Haji yang sibuk buat persediaan, tetapi kita yang tidak pergi haji juga disarankan untuk melakukan amalan-amalan mulia jamaah Haji pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan hari-hari tashrik.
Terima kasih kepada pengurusan surau Tmn Pauh Jaya khususnya kepada abang haji Muhammad dan isteri, Saudara Fauzi dan ustaz Zulkifli Dahalan, kerana menjemput saya untuk mengisi slot Kuliah Subuh 16 Oktober 2011. Juga tidak lupa kepada Shafinaz dan Faizul kerana sukarela menghantar saya ke hotel penginapan.
Moga ALLAH memberkati usaha dan amalan murni ini.
No comments:
Post a Comment