Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, October 30, 2011

Program Minggu 24-30 Okt


ALhamdulilah, dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, ALLAH memberi saya peluang untuk terus bernafas dan menulis. Sungguh indah hidup sebagai muslim. ALLAh telah mengatur hidup kita dengan cukup sempurna sehingga setiap denyutan nadi dan pernafasan dapat kita rasai betapa kasihnya ALLAH kepada kita. Program dan appointment harian saya agak padat selepas kembali dari Iran dan Dubai. Itulah dia yang dikatakan ujian hidup. Setiap manusia di uji dan setiap kita perlu menunjukkan kecintaan kita kepada ALLAH. Setiap kali diri yang kerdil dan hina ini merasa letih dan penat, maka ketika itu jugalah azan bergema mengingatkan hati akan keperluan online dengan ALLAH. Ianya adalah satu ingatan akan rindunya hati ini kepada Baitullah dan masjid Nabawi.

1)Jalinan Ukhuwah

Alhamdulilah ALLAH telah menemukan saya dengan abang Kamaruzaman dan isteri beliau di SACC Mall Shah Alam (Nota: Lupa nak bawa kamera jadi tak dapat nak upload gambar mereka). Kesungguhan mereka datang dari Kota Bharu semestinya saya sahut dengan kesungguhan untuk meraikan program hidup saya iaitu ‘Jalinan Ukhuwah’. Pertemuan singkat pada hari cuti Deepavali kelmarin dapat memberi saya inspirasi untuk terus bekerja keras dengan apa yang saya yakini. Biarpun pertama kali bertemu (hanya kenalan alam maya), saya merasakan kemesraan yang berputik dari keinginan bersama untuk melaksanakan satu bentuk medan dakwah yang akan memanfaatkan masyarakat, InsyaALLAH.

2) Dinner Talk- Amal di Hotel Nasmir Seberang Perai

Alhamdulilah, perancangan beberapa muslimah di Seberang Perai untuk mengadakan dinner talk telah dapat berjalan dengan baik. Mereka bersungguh-sungguh ingin malaksanakannya, maka saya juga perlu bersungguh-sungguh hadir menghulurkan bantuan. Ianya agak mudah, Cuma datang dan beri ceramah.

Banyak dinner talk membicarakan hal ehwal duniawi, macammana nak cepat kaya dan berbagai-bagai lagi topik citarasa pendengar. Namun saya mencadangkan kepada urusetia Kak Zarifah dan Kak Rohaya, oleh kerana saya hanya dapat hadir selepas jam 7 malam, maka lebih baik jika ceramah ditukar kepada dinner-talk menyentuh soal hati. Sempena kehadiran Bulan Haji maka saya kupas persoalan ‘Review Janji Dengan ALLAH’.

Terima kasih kepada urusetia khususnya Kak Zarifah, kak Rohaya, adik Shafinaz dan suami serta adik Efendy yang menjemput saya dari tempat penginapan ke hotel Nasmir Auto City Juru dan semua yang hadir.

InsyaALLAH saya akan hadir lagi.



No comments: