"Kita sedang berada dalam bulan Zulhijjah dan seruan haji sebagai Rukun Islam kelima sentiasa saja berkumandang kepada hamba-hamba-Nya untuk menuju Baitullah dari mana saja penjuru dunia. Dalam hal ini, Kerajaan menyedari, ramai golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah untuk mendaftar dan mendapat giliran haji kerana tidak mempunyai tabungan minimum sebanyak RM1,300.
Justeru, bagi membolehkan bakal jemaah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji, Kerajaan dengan ini membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal melalui penghadangan atau ring-fencing Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300. Melalui kaedah ini, wang pencarum sejumlah 1,300 itu masih kekal dalam KWSP tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji."
Ketika menunggu pesawat saya menerima sms dari seorang hamba ALLAH mengucapkan terima kasih kepada buku Rindu Baitullah dan Haji Muda. Impaknya, hamba ALLAH ini telah mendaftar untuk haji dan diberi tahun 2040!! Alhamdulilah, bersyukur saya dengan keazaman insan ini. Moga ALLAH izinkan beliau menjadi TetamuNYA pada tahun yg lebih awal dari 2040.
2040.... lamanya.. Alhamdulilah itulah realiti!
Bila Dato Seri Najib bentang budget dengan membenarkan ahli KWSP mengeluarkan caruman utk daftar haji, maka saya rasa ada yang tidak kenanya. Mengapa?
1. Sepanjang pengetahuan saya, pegawai sektor awam tidak mencarum di KWSP. Jadi cuma pekerja sektor bukan kerajaan akan mendapat faedah dari dasar ini. Kebanyakkan (lebih satu juta) pegawai kerajaan adalah muslim. Justeru, bagi pegawai kerajaan, apa solusinya?
2. Saya tidak yakin (nota: bukan kajian ilmiah), bahawa umat Islam tidak mampu mendeposit RM1300 untuk daftar haji. Pada hemat saya, masyarakat tidak mampu untuk mengumpul dana secukupnya bagi memenuhi kos haji RM9,900 itu kerana desakan hidup dan kos yang meningkat (sungguhpun kerajaan melalui Tabung Haji memberi subsidi lebih kurang RM4,500 untuk setiap jamaah haji). (Nota: ada antara kita tidak mampu mendisiplin diri dari mengeluarkan wang dalam akaun TH kerana tekanan kos hidup. Ini dapat dilihat jelas pada bulan Disember dan Januari bagi memenuhi keperluan kos sekolah anak-anak).
Justeru saya masih berpegang kepada pendapat saya sebagaimana yang telah saya kongsikan di dalam tulisan saya di akhbar Berita Harian dan Utusan lebih kurang tiga tahun lalu dan juga cadangan saya yang turut saya kongsikan di dalam buku Rindu Baitullah dan Haji Muda. Mungkin berat untuk KWSP melaksanakan cadangan saya yang telah dibukukan itu. Namun saya menyakini bahawa dana KWSP tidak akan susut kerana berkat Haji dan Baitullah akan melimpah ke dalam uncang dana KWSP dan menyinari hati2 manusia untuk berubah dan melakukan kebaikan untuk ummah dan negara.Kepandaian manusia tidak akan mampu menyaingi keHEBATAN ALLAH dengan asma' Ar-Rahman Ar Rahim itu.
Saya masih yakin ada cara yang lebih baik untuk membantu rakyat Malaysia menunaikan Haji. Pun begitu, terima kasih kepada PM kerana mengusulkan kebenaran pengeluaran RM1,300 wang KWSP pencarum bagi tujuan daftar haji.
Wallah'alam.
7 comments:
Assalamualaikum
Pada pandangan saya bukan TIDAK MAMPU menjadi penyebab tidak mendaftar haji di usia awal tetapi KEINGINAN untuk melengkapkan rukun ISLAM yang ke5 belum mampu diterapkan ke dalam jiwa org2 Islam sekarang.
Buktinya berapa ramai yang mula menabung sedikit demi sedikit untuk melengkapkan rukun Islam itu dari awal bekerja berbanding memenuhi kehendak dunia?
Saya ingin mencadangkan agar kita merancang untuk menunaikan haji & mula menabung secara berdisiplin seolah2 kita membayar hutang. Contohnya : Kita nak pergi 10 tahun dari sekarang maknanya kita mesti TABUNG RM90.00 dari sekarang ke dlm TH & wang tersebut jangan diambil untuk kegunaan lain.
Inilah yg saya amalkan dari tahun pertama mula bekerja. Alhamdulillah 5 tahun selepas itu saya telah dapat menunaikan haji bersama arwah bapa saya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua LILLAHI TA'ALA
Habibah MS
Assalam Dr,
Saya setuju dengan apa yang di tulis oleh Habibah MS. Saya pun menabong dari awal.
Yang penting berdisplin, niat dan doa.
Insya Allah, apa apa yang di buat kerana Allah; Allah akan permudahkan.
AJ
assalamualaikum dr,
mungkin juga apa yang boleh dilakukan oleh tabung haji adalah mendaftar secara automatik giliran haji kepada penyimpan sebaik sahaja membuka akaun @ cukup rm1300 sbb rata-rata org kampung saya contohnya mengganggap kalau dah bukak akaun tu dah daftar nak pergi hajilah tu. Dan juga katakanlah sampai giliran wang masih tak cukup, kwsp boleh memindahkan simpanan akaun 2 pencarum bagi tujuan mencukupkan perbelanjaan haji tu. Apapun kesedaran menabung bagi tujuan haji perlu ditekankan sejak dari kecil lagi oleh pihak sekolah, tabung haji, ibubapa dll. wallahuaklam
-siti hanim
Assalamulaykum...Menabung ada lah cara yg terbaik untuk remaja dari sekarang tapi orang kampong tak semua yg berkemampuan untuk menabung....semoga Allah mudahkan semua orang2 islam untuk datang menunaikan...Insyaallah.
Kebanyakan org Islam tidak tertanam di dalam hati mereka haji sebagai RUKUN islam dek lantaran penghayatan Islam yang makin lemah dan luntur di kalangan umat Islam di Malaysia. Bagi kebanyakan orang haji adalah untuk golong veteran yang dah puas "menikmati" kehidupan dunia. Alangkah ruginya kebanyakan kita kerana berfikiran demikian.
Tadi daftar untuk isteri, dah 2041. Saya 2014 katanya
Post a Comment