Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, December 26, 2011

Aku Tidak Kalah Dengan Kehidupan...





Alhamdulilah sudah sebulan kita memasuki tahun Hijrah 1433. Dalam beberapa hari lagi, kita akan melangkah pula ke tahun baru 2012. Begitu pantas masa berlalu. Cuba kita sama-sama menilai kembali pencapaian kita sebulan lepas.

Apa yang ingin saya kongsikan dalam entri ini- 1 Safar 1433H bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Setiap amalan kita adalah antara kita dengan ALLAH tidak perlu dimaklumkan kepada umum. Jika ianya memberi manfaat dan tidak menjadikan saya ujub dan sombong, maka ianya perlu dikongsi. Jika tulisan ini memandu saya kearah kesombongan maka ALLAH tetap selayaknya saya memohon ampun dan taubat.

Ketika saya meniti hening pagi Subuh pada 1 Muharram 1433H, saya menilai pencapaian diri sebagai seorang muslim. Dengan menapak melebihi 1km dari tempat penginapan ke Masjid Raya/Agung Kota Bandung, saya berkira-kira dengan amalan yang bakal di bawa bertemu ALLAH. Di kiri kanan sepanjang perjalanan, kelihatan ramai juga penarik beca sedang tidur di beca masing-masing. Bagaimana mereka bisa tidur dalam suasana sejuk di luar?

Tiba di Masjid jam 3.30 pagi, suasana luarbiasa menghinggap mata. Ianya tidak sama dengan suasana jam 3.30pagi di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Kelihatan ramai peniaga-peniaga kecil tidur di kaki lima masjid. Bukan setakat lelaki malah ramai juga muslimah dengan anak kecil.

Hati ini tersentuh….

“Saya ngak ada rumah Pak. Kami Cuma menumpang ihsan di Masjid Agung ini. Kira pemimpin Masjid ini menghalau kami, kami ngak tahu ke mana mahu berteduh.” Itulah luahan hati di pagi 1 Muharram 1433H… sangat-sangat menyentuh hati saya yang keras ini…

Ada juga antara mereka bangun jam 4 pagi untuk bertahajud dan berdoa. Di satu sudut Masjid, danau mata hitam ini menitis mengenangkan bahawa di kala kita mampu ke KFC dan McDonald, ramai lagi hamba Tuhan yang Ikhlas hidup merempat namun tidak kalah dengan kehidupan. Airmata ini tidak mampu lagi bertahan sebagaimana kenikmatan airmata taubat dan keinsafan di Raudah dan di Makam Ibrahim.

Maka saya teringat kejadian di daerah Cipanas. Ketika saya memberi sedikit wang kepada seorang muslimah kerana membantu isteri saya, beliau menangis. Tangisannya agak lama. Bila reda beliau berbicara,

“Setiap malam saya bangun Tahajud. Saya berdoa supaya rezeki datang ke pintu rumah. Sudah 3 bulan wang persekolahan anak-anak saya tidak dapat saya sempurnakan. Anak kecil yang sakit pula hanya perlu ketemu dukun. Tidak mampu ke hospital. Saya tidak kalah dengan kehidupan kerana saya yakin doa saya didengari Tuhan. Dan hari ini, bapak memohon bantuan kecil saya, dan hari ini doa saya dimakbulkan Tuhan.”

“Bapak dan Ibu. Wang yang bapak dan ibu beri ini lebih dari mencukupi untuk kami sekeluarga. Terlalu banyak jika dibanding dengan bantuan kecil saya. Saya dan suami tidak mampu membalasnya Cuma doa kami moga kita ketemu di Syurga ALLAH dan saya mahu menyaksikan bapak, Ibu dan seisi keluarga meniti Titian Sirat dengan selamat.”
ALLAHU AKBAR!


Di satu sudut Masjid Agung Bandung ini, bisikan madah ini amat menyentuh hati saya….. Airmata tidak mampu saya kawal lagi. Terlalu berat untuk emosi diri ini mengendungnya. Kerana mata, hati dan perasaan saya bersama mereka. Processor fikiran ini terhenti bila beduk dipukul dan Azan berkumandang. Subuh Awal Muharram yang menginsafkan….. Saya sujud syukur kerana ALLAH mengizinkan saya menjadi tetamuNYA dan tetamu rakan-rakan yang menjemput saya.


Kita semua manusia yang hina di sisi Rabbul jalil.

Kita amat kerdil di sisi Tuhan

Ramai lagi insan yang hidup sukar

Mereka tidak kalah dengan kemiskinan

Cuma kita sahaja yang kecundang

Dengan kenikmatan…



11 comments:

Anonymous said...

Nice one, thank you for the sharing, menginsafkan.

Anonymous said...

Assalam Dr,

Maha Suci Allah! Allahu Akbar!

Hati tersentuh dengan catatan ini dan air mata mengalir.

Hati lebih lebih lagi terharu akan cekalnya hati muslimah yang membantu isteri Dr yang tak mahu mengalah kerana yakin akan pertolongan Allah. Allahu Akbar!

Terima kasih Dr.

Semuga Dr dan keluarga akan sentiasa dalam kasih sayang Allah dan tak jemu jemu berkongsi dengan kami warga HMMRK.

Jazakaullahukhairan kathira'

AJ

ROZILA said...

Salam Tn.Hj,

Tersentuh hati ini bila membaca,
menitis airmata sambil mendengar ayat2 suci.

Semuga kita sentiasa dalam kasih sayang Allah.

Amin...

zarifah said...

As salam Dr,

Tersentuh sungguh bila membaca N3 ini.Airmata mengalir x dapat di tahan lagi....

Bagi saya, selalu merasa begitu banyak ujian yg Allah berikan kepada diri ini..... ada lagi hambaNYa yg diuji dgn lebih berat lagi, namun mereka lebih cekal dan tabah.....

Ya ALLAH, ampunni lah hambamu ini....Sesungguhnyabegitu besar kasih sayangmu, Ya ALLAH....

Khaidir said...

Tn Haji,

Menginsafkan.
Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Jauh perjalanan luas pengalamanm ilmu.

Terima kasih.
-Khaidir

Anonymous said...

Assalam Dr
Moga dirahmati Allah dan sentiasa dalam lindugan Allah. Ameen

Moga rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan pada kita dapat dikongsikan kepada mereka yang memerlukan.

Salam hormat
kamarjhan

Nizam said...

Salam Dr..

Apa khabar.......kalau datang penang,bg tahu la....cam touching gak kisah Dr kali ni....kita kekadang ada duit tp tak tahu nak makan apa....sedangkan diaorg..takde duit nak makan...

Salam....Nizam

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

Allahuakbar...masya Allah, rasa macam di manakah nilai diri ini berbanding dengan mereka...

Tawakal pada Allah terlalu tinggi...sedang kita (terutama diri ini) di uji sikit, mengeluh tak henti...

Ya Allah, ampunilah dosa kami Ya Allah..

Zurina hj Abd Aziz

Maria Firdaus said...

Assalamualaikum,

Saya baru pulang menunaikan haji pada tahun ini.

Ada sedikit cerita pengalaman saya menunaikan haji di www.mariafirdaus.blogspot.com

Selamat membaca.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.

sangat tersentuh dan menginsafkan...terima kasih kerana sentiasa menyedarkan kami.....

Subhanallah!

Kak nor.

haji muda said...

Assalam semua yg mencoretkan sesuatu di kolum komen ini,

Saya amat-amat menghargai. Terima kasih kerana komen sebegini memberi saya kekuatan utk terus menulis di kala masa yg seakan-akan menghimpit pergerakkan.