Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, December 31, 2011

Tazkirah #1 2012- JALAN KEBAIKAN MASIH TERBUKA…


ALLAh memberi kita banyak ruang untuk melakukan kebaikan. Kebaikan ini perlu kita himpunkan untuk menjadi asset bekalan menuju perkampungan abadi. Bila asset amalan kita bernilai tinggi, sudah tentu janji ALLAH akan syurga dan mahligai hebat bakal menemani kita.

Saya teringat detik beriktikaf di hadapan Kaabah. Di kalangan manusia yang ramai, kelihatan seorang tua sedang berusaha memberi minum air zam-zam kepada para jamaah. Beliau begitu komited dan istiqamah melakukan satu bentuk perbuatan mulia yang tidak diminta. Bila selesai memberi minum, beliau melangkah pula kepada orang lain. Cuaca panas di bumi Mekah tidak menjejaskan keazaman beliau untuk terus melakukan satu perbuatan mulia. Orang tua ini tidak give up untuk mengumpul pahala.

Kebaikannya begitu mudah… memberi minum air zam-zam kepada jamaah tanpa diminta.

Begitulah kehidupan kita. Buatlah sesuatu kebaikan walaupun tidak diminta. Jika anda masih ingat, blog ini menyarankan pada Maa’ Hijrah lalu supaya kita berazam untuk selalu bersedekah.

Selamat Tahun Baru 2012 dengan harapan semua pengunjung blog ini sentiasa ceria, sihat agar dapat mengumpul pahala, dimurah rezeki agar tercapai hasrat ke Mekah dan membantu orang susah serta diberi ilmu untuk memimpin hidup yang sementara ini.

Kepada anda yang telah email atau sms saya mengenai usaha membina masjid di Bandung, InsyaALLAh saya akan war-warkan no Akaun khas Bank Islam.

Kepada yang sudah mendaftar untuk Umrah Mac 2012 bersama saya, InsyaALLAH, buatlah persediaan kerana kita perlu berusaha kuat untuk mencari cinta ALLAH. Penyertaan UMrah Mac 2012 masih dibuka.

“Ya ALLAH, rahmatilah kami semua di tahun baru 2012 ini agar kami lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Berikanlah kami ilmu, kesungguhan beramal, kukuh akidah, tabah menentang kemungkaran, pemeliharaan ke atas anak-anak dan harta kami, ikhlas berjuang untuk mencari kemuliaan bukan atas factor duniawi dan kukuhkanlah kasih sayang masyarakat kami agar bersatu atas kalimah syahadah tanpa mengira fahaman politik dan sikap berpuak yang pastinya merugikan ummah.”



2 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Terima kasih atas peringatan untuk berbuat kebaikan dan amalan bersedekah.

Amin amin yarabbal alamin buat doa Dr buat kita semua.

Semuga usaha Dr untuk kutipan masjid dipermudahkan Allah.

Insya Allah akan bantu serba sedikit untuk masjid.

Selamat tahun baru 2012 buat Dr dan keluarga dan semuga Dr tak jemu jemu berkongsi degan kami warga HMMRK.

AJ

Anonymous said...

Assalam Dr

Moga rahmat ALLAH sentiasa bersama Dr dan keluarga. Ameen

Semuga semua usaha dan impian Dr untuk membawa kami pembaca blog (Haji Muda - Meniti Renjisan Kedamian) kejalan yang Allah redai di permudahkan Allah. Ameen...

Insya Allah semua nasihat Dr akan tetap dalam hati kami dan menjadi podaman untuk menjadi insan yang lebih baik yang di redai Allah.

Terima kasih Dr.

Salam hormat
kamarjhan