Selepas tamat perasmian, saya dan keluarga dipelawa untuk ke pekan kecil Cipanas. Solat maghrib di Masjid Cipanas sungguh menyeronokkan kerana jamaah yang padat. Cuaca dingin memberi ketenangan solat. Selepas itu, saya mencari CIMB Niaga untuk pengeluaran wang di ATM. Rupa-rupanya tiada cawangan CIMB Niaga di pekan kecil ini. Maka saya kekeringan Rupiah...
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Puncak darajat lebih kurang satu jam dari pekan kecil Cipanas ini. Tiba di puncak Darajat lebih kurang jam 8.45 malam. Dengan ketinggian melebihi 2000 kaki dari paras laut dan dikelilingi oleh gunung-gunung, sudah tentu cuacanya nyaman dan sejuk. Air di bilik penginapan pula air panas asli dari kawah air panas di pergunungan ini.
Keletihan menyebabkan kami tidur awal.
Selepas solat subuh, saya membawa isteri dan anak bersiar-siar dipersekitaran tempat penginapan. Sememangnya indah pemandangan di sini yang dikelilingi banjaran gunung dan sawah bendang. Bumi hijau terbentang luas.
Subhanallah…! Mahasuci ALLAH! Hebat! Hebat! Ciptaan ALLAH.
Selepas minum di kedai berhampiran tempat penginapan, Saya mengambil kesempatan bersembang dengan petani-petani yang berdagang di Puncak Darajat ini. Mereka sudah bersedia menanti tetamu Rumah Mandi Water-boom air panas di Puncak ini. Seorang pedagang menjual kacang rebus berkongsi dengan saya bahawa pendapatan sehari bersih 30 ribu rupiah = sebulan 900 ribu rupiah bersamaan RM300. RM300 sebulan!
Si petani tua ini berbicara lagi dengan saya, “Saya fikir Bapak bukan orang Indonesia… bapak dari mana?”
Belum sempat saya menjawab, beliau berkata lagi, ”Saya fikir darjat bapak tinggi, tidak bisa bicara sama petani macam saya…” MasyaALLAH….
“Mengapa jadi gitu Pak..?” Saya bertanya.
Beliau berkata, “Kami petani miskin tidak bisa berbicara dengan orang besar dan tinggi darjatnya. Ini adalah perasaan kami orang miskin. Di pandang sangat rendah di sini...” keluhannya berterusan.
Saya katakan,” MasyaALLAH! Islam bukan mengajar begitu Pak. Rasululah s.a.w juga tidak mengajar kita begitu. Bila Rasululah s.a.w melakukan kesilapan mengutamakan golongan elit Quraisy, Al-Qur’an menegur Baginda. Begitu juga, bila Rasululah s.a.w tiada lagi, AL-Qur’an tetap mengajar kita supaya bergaul dengan semua golongan bukan golongan kaya elit sahaja.”
Petani tua ini menganggukkan kepala…… Lantas berkata, "Buanglah darjat kamu dan dampingilah orang miskin. Jika kamu anak muda mampu melaksanakan apa yang Rasululah sa.w nyatakan dan apa yang Qur'an sebutkan mengenai orang miskin, maka kamu dan sesiapa sahaja sudah bisa mencium bau syurga....." ALLAHu Akbar!
Sesungguhnya ALLAH memberi saya banyak pelajaran di setiap langkah mendampingi orang miskin di sini. Kata-kata rendah diri benar-benar menghentak minda dari tidur di siang hari.....
"Ya ALLAH, adakah kami yang sedang bersantai di blog ini layak menjadi Tetamu SyurgaMU sebagaimana kau izinkan kami menjadi Tetamu BaitullahMU?"
3 comments:
Assalam Dr,dan semua rakan Pembaca Blog ini. Moga Allah merahmati kita dan sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan pada kita.
Terima kasih Dr kerana berkongsi cerita tampa perkongsian ini kami tidak akan tahu kehidupan saudara islam kita yang sangat-sangat memerlukan perhatian dan belas kasih kita. Saya sebak membacanya begitu ikhlas mereka mentafsir diri mereka " “Kami petani miskin tidak bisa berbicara dengan orang besar dan tinggi darjatnya. Ini adalah perasaan kami orang miskin. Di pandang sangat rendah di sini...” Astagfirullalazim
Saya bagi pihak rakan blog merakam berbanyak-banyak terima kasih diatas usaha Dr berkongsi pengelaman. Saya fahami untuk mengupadate blog ini bukan mudah dengan kesibok 'core work' yang sedia ada. Moga Dr terus sudi mengupdate bolg ini untuk di jadikan panduan kami pembaca meraih kasih sayang Allah. Saya berharap rakan pembaca akan sama-sama memberi sokongan dengan memberi maklum balas/comments walaupun dengan satu ayat.
Wassalam/Salam hormat
kamarjhan
As Salam Dr,
Terima kasih banyak di atas pengkongsian pengalaman Dr. disana...
Dialog Pak Petani: Tears
Post a Comment