Foto: Pemimpin-pemimpin muda memberi tumpuan
Foto: Kenangan bersama En Yahaya, Pengarah Projek YES 2011 dan silent
reader blog Haji Muda, pegawai muda dari Petronas Leadership Center. Terima kasih.
Alhamdulilah dengan kebesaran ALLAH, jemputan untuk menyampaikan leadership talk telah saya sempurnakan semalam Khamis 8hb Disember 2011. Dewan utama di PWTC kelihatan penuh, satu bentuk sokongan yang amat saya hargai.
Peserta adalah insan yang hebat terdiri dari pemimpin-pemimpin muda sektor korporat, kerajaan dan ahli perniagaan muda.
Walaupun saya menyentuh beberapa aspek Islamic Leadership, peserta-peserta bukan muslim memberi reaksi positif akan indahnya Islam menyusun hidup manusia.
Terima kasih kepada semua yang hadir khususnya CEO, Pengurusan Kanan Irsyad, Pengarah projek dan semua pegawai yang membantu saya dari awal hingga akhir ceramah. Tidak lupa kepada peserta program, cik puan Husnah pegawai Tabung Haji KJ yang telah menghadiahkan kurma nabi kepada saya. Tidak sangka boleh dapat kurma yang saya suka ini di PWTC. Juga terima kasih kepada semua yang mengenali saya terutamanya silent reader blog ini yang turut hadir mendengar perkongsian saya. Jazakallahu khair.
Moga ALLAh memberi kita ilham untuk membina pemimpin-pemimpin muda yang amanah, terhindar dari korupsi, bersih hati, tiada hasad dengki dan sentiasa mendampingi ALLAH. Amin!
2 comments:
Assalam Dr,
Moga dirahmati Allah dan dimudahkan semua urusan untuk berkongsi ilmu dalam meraih kasih sayang Allah.
Alhamdulillah, Dr dapat menyampaikan "Leadership Talk" kepada pemimpin-pemimpin muda sektor korporat, kerajaan dan ahli perniagaan muda. Moga Allah akan memberi pertujuk yang lurus kepada mereka dalam memimpin negara ke jalan yang Allah redhai.
Mereka nampak ceria dan fokus. Moga niat dan usaha Dr untuk membimbing mereka untuk menjadi Pemimpin yang ikhlas dunia akhirat akan dimakbulkan Allah. Ameen...SubhanALLAH.
Salam hormat
kamarjhan
Assalam Dr,
Semuga ceramah ini memberi kesan yang mendalam bagi mereka dan menjadikan mereka pemimpin yang berwibawa dan bertaqwa, ikhlas semata mata kerana NYA.
Semuga Dr tak putus putus berkongsi ilmu dengan insan insan yang memerlukan nya di blog ini dan di luar sana.
Barakaullahufikum.
Jazakaullah
Post a Comment