
Alhamdulilah, dengan kebesaran ALLAH, status dana masjid desa Bojongloa  adalah seperti berikut:-  (sehingga 16 Feb 2012)
JUMLAH DANA:  RM102,101.26
JUMLAH di tt    :    RM36,100.00
BAKI DANA       :       RM66,001.26
FASA I DANA   INI AKAN DITUTUP PADA 7 Rabiulakhir 1433H/29 Feb 2012
InsyaALLAH, jika ALLAH merahmati  usaha ikhlas ini,  Kelab Haji Muda akan didaftarkan secara sah  mengikut undang-undang pertubuhan/persatuan.  Protem sedang bekerja keras untuk menyiapkan kertas MOA.  Jika ALLAH izinkan, InsyaALLAh  FASA II projek akan  menggunakan  Akaun projek atas nama KELAB HAJI MUDA.
Tindakan susulan:
1.  Kemajuan pembinaan masjid akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui blog ini.
2.  Penyata Dana Fasa I akan dimajukan kepada  Jawatankuasa Audit untuk disemak dan di               tandatangani.
3. Fasa II  akan dirancang oleh teman-teman Protem KHM.
4. Pembelian tanah sawah di sebelah masjid akan diusahakan untuk membina Pasentren  Tahfiz anak Yatim.  Mohon doa semua pengunjung blog ini agar ALLAH membuka hati tuan punya tanah desa ini  untuk menjual/mewakafkan tanah untuk kita bina pusat pendidikan ini. 
5.   Doakan juga  tim pembina/protem agar kami sentiasa sihat  dan bersemangat untuk membuat kebaikan buat kita bersama.  Mereka berkorban masa, wang ringgit,  tenaga, buah fikiran dan keluarga  untuk memastikan perancangan berjalan lancar.  Saya sangat-sangat menghargai mereka biarpun mereka mengetahui dengan jelas  bahawa  habuan dunia tidak menanti mereka.
Terima kasih kepada anda semua dengan semangat dan sokongan.  Allahu Akbar!
 
 
 
4 comments:
Assalam Dr,
Semuga Dr dan keluarga, protem serta warga KHM sehat hendaknya.
Alhamdulillah! Semuga Allah permudahkan apa jua urusan. Amin
AJ
Assalam Dr,
Moga ALLAH akan sentiasa merahmati Dr dan Keluarga dan dapat memimpin KHM untuk terus berkembang dalam melaksanakan projek-projek yang telah dirancangkan. Insya ALLAH.
Terima kasih pada Protem. Moga ALLAH memberi gajaranNYA.
Insya Allah saya akan terus memberi sokongan dan membantu semampunya.
salam hormat
kamarjhan
Assalam Dr.
Moga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya pada pendukung2 KHM dan penduduk Desa Bojongloa. Sekiranya diizinkan... InsyaAllah saya ingin menyumbang sedikit untuk majlis perasmian Masjid itu nti. Mohon info Dr, bagaimana caranya.
MS
Assalam MS,
Terima kasih. InsyaALLAH saya akan war-warkan cara utk contribute perasmian masjid nanti.
Post a Comment